Advertlets

Sunday, September 26, 2010

Raya Open House 2010

Nasi Briyani

Ayam Masak Merah

Daging Rendang

Aneka Kuih Raya

Kuah Kacang

Satay

Kauh Kacang dan Nasi Impit

Satay dan Satay

Kuah Lodeh

Pudding Jagung

Ruang Tamu 

Para Tetamu

Para Tetamu


Wahh..meriahnya semalam..penat nya lah sibaik esok acik cuti getu kalu tak nie dah kui dua page,masih tak tido-tido lage tau tak..hihihi..nih aku baru balik dari open house umah kawan baik aku kat area KL nie gak lah,lepas balik dari keja je terus aku balik umah coz nak siap kan segala persiapan yang aku nak bawak sikit kat open house tu,aku yang ambik part nak tolong le kawan aku tu buat sikit-sikit la juadah yang nak bawak ge umah dia,ye lah mana lah tau nanti tak cukup lak makana sasau dibuatnya kan! so aku lah yang membuat kuah kacang ngan nasi impit..uhhh aku buat bila ko orang tau jumaat malam tuh!dah lah esoknya sabtu kena koje tapi kawan punya pasal no hal punya lah,tido lambat pun tak pe le yer..kawan aku gak tu..
jadi malam semalam acik siap kan kuah kacang ngan merebus nasi impit hingga le kui 3 pagi..uhh ngantok nya lah..nie kul 7 pagi nak bagun ge koja lak nie,masa nie tak tido-tido lage nie uhh..nasib le yer..hihihi.
Okeys kita sambung lak cherita aku tadi,pas balik dari koje aku tak terus ge coz masa tu ujan lebat lah pulak,sib baik agenda open house start kui 5 petang, skang nie dah kui 3.30 petang tak ge ge lage nie..isshhh,dah lamabt nie kang jam lak tau-tau jelah kat KL nie kan pantang ujan sikit je jam..asal ujan jam..asal jam ujan..hahaha buat lawak sikit..hihihi..so dah dalam kul 5 petang baru aku gerak..sampai sampai je orang semua dah nungu aku kat umah coz diorang nak makan nasi impit tak ada kuah kacang..hihihi..marah diorang nape aku lambat,dah lah col-col aku tak dapat..hihihi.biasalah aku kan bage 1000 alasan lah kan,alah tipu sunat tak pe..hihi..tak delah memang ujan masa aku nak ge tu,pastu carik lak umah member aku nie tak nya jumpa-jumpa tu dok memusing 10x kat tempat sama tu..tu yang jadi lambat tu..tapi tak pe lah aku dah sampai pun..kan! Wah! meriahnya ramai nya orang yang dah datang kecuali aku je je yang paling last sekali, semua orang dah makan kenyang tu,cuma tunggu kuah kacang and satay yang tak sampai-sampai lage..pulak dah kata kui 3 petang tadi ambik kat leisure mall cheras,apa da itu penjual satay,janji tak serupa bikin la,next time tak leh ambik lage le kat tempat tu..banyak alasan ngat memula kui 3 petang pas tu kui 6 petang,bila dio orang pe petang tu nak amik kata tak siap lage,yang dah ada tu tuk orang lain yang dah tempah,boleh pak sate tu kata kalu kul 10 malam baru siap yang kita orang tempah tu..wahh banyak cantek muka hang,eihh tak dek-tak dek kita orang kata nak sekarang gak,so nak tak nak pak sate tu bage le kat kita orang dulu..so nasib lah orang yang lain yang dah tempah tu ambik sate dia page esok lah kot baru nya siap..hihi ..okeh kita sambung balik cherita aku tadi ..bila sate dah sampai ape lage melantak tak hinggat lah masing-masing macam lah tak penah makan sate selama nie..hihihi..bila dah abis makan jam pun dah nunjuk kul 10.30 malam..jadi aku rasa dah tiba dah masanya untuk gerak balik lah pulak,ye lah tuan umah pun nak berehat jugak kan,tak gheti-gheti lage ke..hahha..tapi yang bestnya sebelum balik tuan umah bage kita orang semua tapau segala makanan yang ada,sampai licin kita orang menapau..hihi..nie gi open house ke?gi kedai mamak tapau makanan..hahaha..apa apa je lah kan,ada aku kisah...okeiess masa untuk balik,sesampai je kat umah dah kul 11.30 malam..uhhhhh penatnya,nasib le esok ahad cuti boleh lah acik rest sepuas hati kan! wah puas nya tdo esok..tak sabar nak melingkor kat atas tilam aku..orait le aku gerak dulu lah ye..acik nak tido dah nie dah nak ting-tong ting-tong dah nie cam dah tak larat nak off lap top pun..wokess..sweet dream semua..tido mimpi kat aku key!hihihi...

Tuesday, September 21, 2010

Blog Masuk Virus Lah Pulak! Apa Cerita..aduhhh..

http://vanillaespresso22.blogspot.com/
Wohh..tetiba tension tahap gaban getu! ko orang nak tau sebab apa kan?mai sini aku cherita kat hangpa, lagu nie bunyi nya..aku nie sebenaknya dah ada blog sebelum nie,punya lah ramai orang baca blog aku selama nie,tapi tetiba ada satu hari tu aku ada follow satu blog nie! tetiba klik punya klik,ter klik satu vairus dari satu blog nie..adoi since tu lah blog aku tak leh buka lage..wahh acik sedih nya tetiba blog yang acik dah karang bagai kat blog tu tetiba boleh kena virus lah pulak, mau tak meroyan satu badan mengenangkan apa yang aku dah tulis selama nie dah tak leh guna lage..panas hati punya pasal aku pun buat lah blog baru,letih nya nak create lage satu blog..whh tension nya..akhirnya nie lah hasil nya.. hahaah..so pada ko orang di luar sana yang ada blog,jangan sesekali ter silap klik,silap klik habis semua,jadi macam aku lah..semua nya punah..ranah...ahhhh..nak buat cammana dah nak kena. terima je lah sungguh pun ati sakit kan..wokeh..aku caucin cau duulu ye...kita jumpa di lain waktu..ulozzzz..

Tuesday, September 14, 2010

Kes Bunuh Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan Rakan-rakannya

http://vanillaespresso22.blogspot.com
Berita di petik dari Harian Metro yang aku baca page tu!
Sejak dari 30hb August hari tu kita digemparkan dengan kes pembuhnuhan trajis Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya,BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.
Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

Berdasarkan petikan yang aku baca dari harian Metro 14 September 2010(selasa)
Masih ada lagi masyarakat kita yang hidup di bumi yang bertamadun ini,sanggup membunuh dek kerana tamakkan wang ringgit..
Kalu nak di ikutkan dengan berita yang di paparkan di dada-dada akhbar sejak kes pembunuhan tersebut,Lelaki yang berstatus datuk serta bergelar peguam tersebut amatlah prihatin pada masayarakt sehingga kan setiap kali ada badan amal yang inging membuat sebarang kebajikan,dia lah orang pertama yang tampil kedepan dengan memberi pelbagai-bagai sumbangan, tetapi itu hanyalah satu penipuan yang dilakukan oleh datuk berkenaan supaya dapat mengaburi mata semua rakyat malaysia..supaya kita semua melihatnya sebagai seorang yang sangat baik dan prihatin pada setiap kebajikan yang di anjurkan.
Tetapi disebalik kebaikannya datuk berkenaan mempunyai pelbagai muslihat jahat yang kita sendiri pun tidak menyangka dia seorang yang berperwatakan manusia tetapi berhati binatang dan sanggup membunuh dengan kejam tanpa ada sedikit perasaan belas kasihan terhadap mangsa-mangsa yang telah dibunuh olehnya.

Aku tahu sebabagai rakyat Malaysia semua berasa sangat sedih diatas apa yang telah terjadi kepada Datuk Sosilawati dan 3 lagi rakan-rakan beliau,  dan semua tentu berasa sangat marah dengan kejadian tersebut, di harap datuk berkenaan mendapat tindakan undang-undang setimpal diatas kejahatan dan perbuatan terkutuk yang telah di lakukan olehnya terhadap Datuk Sosilawati dan 3 lage rakan-rakannya..

Al-Fatihah buat Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 lagi rakan-rakannya, dan ucapan Takziah buat ahli keluarga mereka yang terbabit di harap dapat bersabar dengan ujian dan ketentuan dari Ilahi dan aku sebagai rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan kepada keluarga yang di tinggalkan.. semoga roh mereka semua di cucuri rahmat..Amin....


Friday, September 10, 2010

Ooo..Balik Kampung..Ooo Balik Kampung





 




Ooo..Balik kampung ooo balik kampung hati girang..huhuhu..mesti korang tau sape penyanyi nya kan..hahaha..tu kan lagu allahyarham Sudirman penghibur No 1 Malaysia..hihihi..yang penting nya dia adalah orang sekampung ngan aku..huhuhu..jangan jelos. Uulozz.. every one tak kira lah siapa pun anda aku ucapkan selamat balik beraya di kampung halaman atau pun yang tak ada kampung tetap menyambut raya jugak kan?Ha kalu nak tau aku pepage esok dah nak balik kampung dah nak celebrate Edul-Fitri yang dah tinggal 2 hari saja lage untuk di raikan...Tapi tahun nie aku balik ke arah selatan lah pulak,bukan balik ke arah pantai timur atau pun meredah kesesakan lebuh raya karak..tapi sebaliknya meredah lebuh raya PLUS untuk balik ke arah selatan..uhh ..masa aku balik menghala keselatan..masa tu highway tak lah jam mana..boleh lah.kira ok gak lah.tak tau lah pulak kalu malam raya kot nya sesak yang teramat..tapi yang penting nya aku tak lah melalui detik-detik itu..kerna hari ini masa aku meredah lebuh raya, jalan nya cam biasa2x je..alhamdullilah le syukur pada tuhan, kerana mempermudah kan perjalanan untuk aku balik kampung..huhu setelah penat meredah lebuh raya PLus,akhirnya sampai gak lah aku ke destinasi yang di tuju, maklum lah esok dah nak raya..sampai2x je kena sebok kan diri tuk menolong di dapur,buat lah apa yang patut untuk di sajikan pada tetamu di page raya, and tak lupa juga nak siapkan juadah tuk bebuka puasa untuk hari yang terakhir umat Islam berpuasa pada tahun ini..emmm..sadis nya kerana tinggal kan bulan Ramadhan yang mulia,moga di panjang kan umur di murahkan rezeki oleh allah supaya bertemu lage Ramadhan yang akan datang..amin..huhu berbalik pada cherita aku tadi..kang lari tajuk lak kang!

Ok Lah setelah bebuka pose,pastu sebok ke dapur tok memasak juadah di page raya, apa kah juadah nya?emm..aku nak masak Mee Rebus Special,bukan Mee rebus biasa tau!nie special lain dari yang lain sungguh pun remeh membuatnya..tapi di atas permintaan ramai so harus lah aku mengikut apa yang meka-meka inginkan,setelah masak menu Mee Rebus tadi, kena lak sediakan juadah lain seperti Nasi impit kuah kacang,Serunding Daging,Lemang dan Rendang tak di lupakan..sebab aku adalah antu lemang,kalu tak ada lemang aku rasa cam tak best nak raya..hahaha..tu menu yang wajib tau tuk tetiap kali tibanya raya,dan satu lage juadah yang selalu ada di page raya kalu kat umah family aku adalah Nasi Minyak ngan rendang daging atau kari daging campur perut..uhhhh..meleleh air liur aku di buatnya..emm sedapnya kalu Nasik Minyak pulak start bagun page raya sampai lah ke petang aku dok ulang makan sampai nak meletop perut di buatnya..hihihi..setelah selesai masak memasak baru lah aku masuk tido..uhh jam dah nunjuk kan kul 2.30page tu..mau nya esok ngantuk tahap gaban nie,nak pulak kena bangun awai pagi nak sediakan apa yang patut..ok lah aku rasa elok lah aku menyambungnya tuk ke esokan hari..apa-apa pun aku ucapkan selamat hari raya edul-fitri tuk ko orang semua dan jangan lupa pe bayar zakat fitrah, pada sesape yang belum membayarnya..orait kita sambung esok..



Wednesday, September 8, 2010

Kenangan Masa Kanak-kanak sambut pose dan raya bebeza ngan bebudak sekarang!

 Teringat Zezaman Bebudak Dulu Main Bunga Api Malam Bulan Pose!

Dulu kalu hari raya je lepas pegi sembayang raya je,terus pegi beraya kekadang tu dari pagi sampai ke petang  tak abis beraya lage,yelah nak dapatkan duit raya! bila dah balik umah hari pun dah petang so tibalah masanya nak mengira duit raya masing-masing,dah abis kira tengok siapa yang dapat paling banyak..kalu dapat paling banyak dia kira menang lah..Tapi bila aku nengok bebudak zaman sekarang jauh bezanya dari aku beraya dulu..yelah bebudak zaman skg dah tak pegi beraya keseluruh kampung dah,bebudak sekarang nie beraya kat umah je! rutin yang diorang buat tiap kali tibanya raya lepas balik sembayang raya diorang terus dok depan TV,kekadang tu dari page sampai le ke malam tak berganjak dari depan TV..yelah bila time raya je ada pelbagai cerita yang menarik di tayangkan kat TV,so dia orang pun tak le sebok nak pegi beraya,cuma beraya kat depan TV je..kalu bab duit raya nya pulak bebudak zaman nie dengan senangnya boleh dapat duit raya tanpa besusah-susah pegi kerumah orang tengah-tengah hari buta,coz mak bapak saudara mara yang datang beraya akan memberi duit raya kat diorang,so tak payah lah diorang nak menyusah-yunsahkan diri nak pegi beraya..Tu lah banyak bezanya bebudak zaman dulu dan bebudak zaman sekarang beraya..aku suka betu beraya zaman aku kanak-kanak dulu, aku rasa cukup meriah..tapi nak buat macam mana,masa dah berlalu..meninggal kan kita, nie zaman kita pulak yang kena kuarkan duit raya dari poket sendiri..so setiap kali raya kalu teringgat kan zaman kanak-kanak dulu terasa bestnya yang teramat sangat...tulah dia sedikit sebanyak perbezaan,budak zaman dulu dan bebudak zaman la nie  menyambut raya,tak sama ngan zaman aku dulu,penuh warna warni..tika menyambut Edul-Fitri..adioss

Saturday, September 4, 2010

Semua terkena hahaaha!

Sebelum Makan Baca Doa Bebuka Puasa Dulu

Nak tau berapa sepinggan nasi plus udang and sotong nie?cuba Teka berapa Harganya?



Menunggu masa nak bebuka
Dah bebuka boleh makan!
Hahaha..nie yang paling lawak bebuka pose tahun nie,semua sakit hati bila tiba time nak membayornya..huhuhu mau tak marah,tetiba makan sepinggan nasi plus sotong and udang sedang-sedang nak membesor,tetiba si mamak tu kata sepinggan RM..Dot..dot,berapa cuba ko orang teka?aku rasa ko orang pun tak pecaya harganya..nak tau berapa? ha mai sini aku bagi tau kat hangpa! harga sepinggan nasi plus lauk dua ketul RM35 hengget seorang makan,mau tak gila meroyang sekejap kalu makan kat hotel tu memang semua orang tau lah harganya dah tentu sesui dengan tempatnya,nie tidak makan kat kedai mamak tetiba harga yang di kenakan 3 kali ganda mahal nya dari makan kat gerai-gerai biasa,mak oi apa ke hal nya kan! huhu marah betul sorang member aku nie kat mamak tu,ye lah dia bukanya tak ada duit nak bayar tapi bengang plus sakit hati bila tekena cam gitu,katanya kalu macam nie lebih baik lah aku pe makan kat hotel je lagi class,nie makan kat mamak dah lah tak class pastu harag macam siot je habis dia sumpah seranah tuan restaurant tu punya lah sakitnya hati dia,kesian tak pasal-pasal tekena kali nie! Aku sendiri pun tekejut berok di buatnya bila aku nak bayar tadi,macam tak pecaya jer seekor udang harga RM12 hengget campur Sotong plus nasi and Air semua Rm35 hengget wahh kalu cam gini gayanya cepat lah kayanya si mamak tu ye! cekik darah bebenor aku rasa,tak masuk akal langsung harga makanan kat restaurant tu,uhhh nie lah kali petama dan terakhir aku makan kat sini,next time tidak lah acik nak gi makan kat situ lagi,bukannya sedap pun cam biasa je,cam restaurant mamak-mamak lain gak lah,baik terus gi mamak pelita je lagi sedap dia masak,nie tah apa-apa tah! mengarut sungguh aku rasa, dah lah harga kat makanan tu dia tak letak pastu charge semaunya apa kata kalu yang datang tu memang orang yang tak beduit camana ceritanya pulak, aku rasa ada lak yang kena basuh pinggan kat belakang kedai tu tok melunaskan bayaran makan yang dimakan tadi..uhh memang tak patut2x..nie aku nak pesan kat ko orang kalu pe ke restaurant tersebut sila-silalah tanya berapa harga seekor udang yang dia jual, kalu rasa sanggup ok boleh makan kalu rasa tak berbaloi baik tak osah makan pe je tempat lain banyak lagi tempat-tempat yang berpatutan yang boleh pe makan key!

Friday, September 3, 2010

SteamBoat Time-Buka Puasa 2010

Banyak Gak lah Makanan Yang Di Sediakan




uhh berasap tuu..

nengok tanggan tu besimpang siuh,masing-masing tak menyempat nak tunggu turn! hei macam-macam


Tengah menunggu time bebuka



Sempat promote lage tu!






Tahun nie puasa aku time table pack bebenor,ada-ada je tempat yang aku nak ge bebuka,ada yang aku pegi sesama kenkawan seofic,ada yang kena  ajak dek boss lama,ada yang boss baru belanja dan tak kurang jugak geng lama ajak berbuka bersama,so acik busy bebenor lah pose nie,sampaikan dua tiga kali je sempat bebuka kat umah! tu pun coz aku rasa penat dah nak bebuka kat luar.
Tapi kali nie boss yang belanja bebuka kat Radius International Hotel, katannya suruh aku buat booking mana je place yang kita orang nak bebuka dia bayor..huhuhu..itu sudah kira bagus..acik suka2x..hihihi
petang tadi dari office,bejajalan kaki je beramai-ramai pe ke hotel tu,coz bukan nya jauh pun tak sampai 15minit pun jalan kaki dah sampai dah..masing-masing tak nak bawak keta coz mana nak parking tengah-tengah jam kat area bukit bintang nie pepetang buta dah lah semua orang sebok berpusu-pusu nak balik bebuka,jadi baik lah jalan kaki je tuk mengelakan dari jammmmm..
Sesampai je,tempat dah sedia di reserv tuk 15 orang,so apa lagi masing-masing terus ambik makanan lah,ye lah tak berapa minit lagi orang dah nak azan dah menandakan waktu berbuka dah nak masuk..so masing-masing ambik makanan tak hinggat cam tak penah makan, alah nafsu pose lah katakan tu sebab masing-masing tamak tak hinggat..hahaha..macam-macam lah,suka hati lah kan,janji jangan membazir sudah tak baik tu amalan saitan.
Makanan yang di orang served pun boleh tahan jugak lah,tak lah sikit sangat kira ok lah dengan harganaya RM20nett per person, so boleh makan sampai kenyang.
Habis makan pakat-pakat bersembang nak nunggu makanan hadam seketika,pas tu baru lah gerak balik.

Matta Fair 2010 on September


Haha..Matta Fair aku memang dah lama tunggu, ye lah aku ada banyak pogram yang nak buat untuk next year! that why aku sebok sangat tunggu matta fair untuk tahun nie,lepas je balik keja half day aku terus pe ke sini sungguh pun sekarang nie bulan puasa,dek kerana sebok nak pe becuti tuk tahun depan aku sanggup tu turun tempat sesak-sesak cam nie,wuhh..kalu idak tak maunya aku jejak kaki kat tempat ramai orang,nak pulak tu time-time bulan pose nie,dah lah tak leh makan and minum,panas lak tu!pastu nak besesak-sesak ngan bebagai jenis orang..oh tidak!acik tak larat nokk..

Tu cuba ko orang tengok kawan aku tu wahh siap bertangkap gambar lage ngan model-model yang ada kat situ..hihihi,ksahabat aku nie betul-betul excited benor nak ge ke MATTA FAIR nie,ye lah dia dah sebok nak carik tempat-tempat yang menarik tuk ge melancong for next year,sebok benor nak gi korea,pastu nak ge Australia dan tah mana-mana lagi lah yang dia nak ge tahun depan..tu sebab dia so excited sangat sungguh pun bulan-bulan pose cam gini..pada hal tujuan sebenar aku ge dini coz nak carik hotel tuk menginap ketika aku nak ge ke BALI next year, Flight-ticket dah aku booking tuk 5 orang ,cuma tempat tido je yang belum aku carik lage,tu lah pasal sungguh pun bulan pose aku sanggup turun kesini semata-mata nak dapat kan hotel tuk BALI trip for next year..

Banyak betul booths aku tengok untuk matta fair kali nie,so easy lah aku nak carik mana-mana booths yang aku suka,boleh lah aku banding-banding kan harga mana yang paling berpatutan tuk pe melancong kali nie..uhh seronoknya..acik!

Wohh meriahnya! 

Ha Booths nie aku suka coz besar,lage pun banyak package yang di orang tawarkan,so senang tak payah aku nak kesana sini tuk carik mana tempat yang aku nak booking tuk next year.

Tengok Ramai tul orang kan!

Aku nengok busy benor dia orang mem promote package 

Haahha pada sape yang teringgin nak ge ke USA sila-sila lah meyebok kan diri ke counter nie!hihihi

Ha..dah jumpa Booths nie,suka lah kawan aku tu,ye lah mau taknya dia kan sebok nak ge ke Australia!so mana leh lepas peluang menyemak kan diri kat booths nie kan!

Seramai-ramai nya orang dalam hall nie,sampai nak lalu pun susah,sib baik le hall nie besor kalu idah tak tau lah aku,jadi ikan sadin kot aku..wakakaahhahaha

Ha Mayflower travel agent nie memang aku dah lama kenal,memang travel agent yang besar lah,sebesar nama nya..

Pamphlet yang ada di beri percuma kat orang ramai untuk mengambil nya sesuka hati,ikut mana ko orang nak ge,so ambik je,pas tu sila-sila lah tanya kat dia punya staff harga and segala bagai yang ko orang nak tau..kan!

Semua orang sebok dok discuss mana  yang dia orang nak ge ngan staff yang bertugas.

Meriah kan!so next year kalu ada lage MATTA FAIR apa kata ko orang ikut serta,mana lah tau  kot-kot ko orang oun berminat nak ge bercuti kan!