Advertlets

Saturday, August 28, 2010

Share Your Love on Ramadhan Month


The Restaurant(nice and clean)

Crowd with people on the bebuka puasa time

My Food

Fresh Prawn Fry with Butter

Tapai Ubi and Tapai Pulut

Nasi Hujan Panas with Crab

Aneka Buah-buahan tempatan di sediakan untuk pencuci mulut


Menu utama in this hotel is Nasi Briyani Gam

The chef busy to served the guest 

Kambing Panggang with Nasi Briyani Gam membuka selera untuk berbuka puasa on that day

Chef Of That Day


Aneka Jenis Kuih Raya di hidang untuk tetamu yang datang berbuka puasa di  Coffee House

Fry item also ada,like goreng pisang,cempedak any much more

Dessert 

Aneka Pemanis Mulut di sajikan untuk pengunjung yang datang untuk berbuka puasa

Buah-buahan tempatan

Friday, August 20, 2010

Kad Raya Pengganti Diri


Sekadar Picture Hiasan


Contoh Kad Raya
Kad Raya Pengganti Diri


Aku nak berkongsi sedikit cerita di sebalik kad raya! aku rasa ko orang semua tahu apa itu kad raya kan? jadi tanpa membuang masa lage marilah kita mengupas sedikit sebanyak mengenai kad raya dan Edul-Fitri yang saban tahun kita raikan.


Ko orang ingat tak dulu masa zaman sebelum zaman IT kita semua akan mengirim kad raya pada sahabat handai dan sanak saudara untuk mengeratkan lagi hubunggan siratulrahim sesama kita kan! tapi kalu ko orang perasan tak sekarang, hari nie jarang sekali kita membeli atau pun mengirim kad raya pada saudara mara bila tibanya hari raya..ye lah zaman sekarang kita semua dok sebok antar pesanan ringkas sms melalui handphone jer bila tibanya hari raya..kalu tak pun korang antar massage melaui FB kan?betul tak?ye aku tau sebab aku sendiri pun buat pekara yang sama seperti mana korang lakukan..sebab apa?sebab malas nak tulis,malas nak beli kad raya dan yang paling utama sekali ialah malas nak pe pejabat pos beratur masa nak beli stamp kan! ha tu lah..sebab nya kita semua dah tak guna kad raya,untuk berhubung di antara satu sama lain kan!..ok lah cuba ko orang ingat-ingat balik,dulu masa ko orang kecik-kecik zaman ko orang sekolah, aku rasa ko orang mesti happy gila kalu dapat kad raya dari boyfriend atau girlfriend ko rang kan? ye lah masa tu mana ada kemudahan cam sekarang,sekarang zaman dah canggih..orang dah tak pos kad raya lage kat boyfriend atau girlfriend..tapi aku ingat lage dulu masa aku kecik masa masih sekolah lage..aku siap tunggu postmen datang depan rumah..tiap-tiap kalu ko orang nak tau..ye lah mana lah tau kot2x dapat kad raya dari sesape je lah yang istimewa!!!..hihihi..kalu tak dapat dari orang yang istimewa pun tak pe,yang penting aku dapat terima banyak kad raya, boleh tunjuk kat kawan-kawan yang aku ada banyak kad raya..tu lah sebab masa tu kad raya tu penting sangat pada aku.. Aku ingat lage masa mak bapak aku bage duit belanja tuk bulan puasa aku sanggup simpan dan beli kad raya sebanyak yang boleh,ye lah nanti kan nak pos bage kenkawan yang dah lama tak jumpa,yang dah tak sama sekolah lage dengan aku..dan yang paling penting mesti beli kad raya yang paling besar dan ada music..tu untuk orang-orang tertentu saja tau! hahaha..tu lah sebabnya kad raya penting dalam hidup aku di kala tibanya bulan ramadhan.Hemmm..tapi hari ini aku sendiri pun lupa tentang kad raya! kalu ko orang nak tau bila aku teringgat kan kad raya..ha nie aku cherita kat ko orang..aku teringgat pabila kenkawan aku dalam FB pos kan kad raya pada wall aku, masa tu baru lah aku teringgat yang tahun nie,aku langsung tak beli walau sekeping pun kad raya..wahh..lupa betul aku ye..pada kad raya..macam tak ada rakan taulan yang aku nak pos kan kad raya tuk diorang,pada hal bukan main melambak kenkawan aku..tapi sorang pun aku tak terfikir nak pos kad raya..ye lah mau taknya,asyik bukak FB and antor je kat wall diorang so mana nak ingat akan kad raya lage dehh..huhuhu..teruk kan! pada hal kalu masa aku sekolah dulu kalu tak dapat kad raya rasa cam tak meriah jer raya aku pada tahun tu..hihihi..tu lah sedikit sebanyak aku nak cherita kan tentang kad raya pada ko orang semua..ye lah Ramadhan pun dah nak ke penghujung..jadi tak lama lage kita semua dah nak sambut raya..so aku menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tersilap kata semasa aku menulis nie...okeys..pada semua kaum muslimin and muslimah..aku ucap kan pada ko orang semua SELAMAT MENYAMBUT EDUL-FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN, pada sesape yang drive sendiri tu bawak keta baik-baik ye! aku doakan ko orang semua selamat pulang ke kampung halaman yang ko orang chintai!






Saturday, August 14, 2010

Dua Betina Bertutup Litup Makan Dikhalayak Ramai Tak Menghormati Bulan Puasa

http://vanillaespresso22.blogspot.com
Bulan Ramadhan nie adalah bulan yang sangat mulia..tapi semalam aku rasa macam nak sound je kat dua betina nie,umurnya dalam tekaan aku lah..tu yang aku teka ..tak tau lah kot2x tua lage dari apa yg aku teka.. antara 40 tahun atau lebih..lah, ..diorang dengan sorang budak pompuan melepak kat cafe dalam umur 4 ke 5 tahu lah..dok kat cafe kat area umah aku..masa tu aku nak masak untuk bebuka pose..so ada barang yang tak ada lah pulak..yang nak kena beli..huhuhu..nak tak nak aku pun turun nak pe beli barang yg tak ada tu nak masak nie, tuk bebuka sat lage.. ok berkisahkan cita aku tadi..aku nampak dua beina nie lah ..tapi atas meja diorang ada dua biji pinggan penuh ngan nasi and lauk pauk emmm.. yg menyelerakan..di tengahh2x hari bulan pose perut pun keroncong tahap gaban nie..dua betina nie ngan budak pompuan kecik tu..aku nengok baik jerr melahap makanan yang baru di isi tadi ye lah diorang ambik untuk makan tengahari le kan! mulanya aku dok ingat nasi tu untuk budak pompuan kecik tu..rupanaya untuk depa bedua nak melahap.di tengah-tengah hari pansa buta nie di bulan puasa..lah pulak..apa kejadahnya..lah betina dua ekor nie..tak ada perasaan segan silu langsung..melahap di tengah-tengah kedai tu..eee...aku kelasikan dua betina nie tak malu..langsung ngan apa orang akan kata. Sebenarnya aku tak lah nak ambik port sangat kat diorang nih,tapi yang membuat kan aku tetiba je naik panas bila aku lalu kat depan diorang coz diorang bedua tu bertutup litup..siap bekurung bagai..tu yang membuat kan mulut aku tak leh nak dok diam dan nak mandang je gelagat gampang dia orang tu kan..mula lah aku dengan jahat mulut bebulan pose nie.. nak gak le aku menyound diorang..Masa nak balik mata aku menjeling 360 darjah..tuu..melihat gelagat..gampang dia orang so apa lage..mula lah terkeluar..jugak kata-kata yang sinis dari mulut aku nie kan! dah tak kira le bulan pose ke! bulan tak pose ke kan!(sambil aku bejalan nak balik dari beli barang sempat gak aku menyound diaorang bedua tu kan..mau tak menyound..aku cepat jer kalu ada benda yg tak masuk akal lalu depan mata aku mula lah nak kata) korang tau ..aku kata apa..hemm.... "bodoh tak guna pakai tudung litup kalu tingkah laku tak di jaga..buat malu je..org lain yang betul2x ikhlas pakai tudung dilebal kan ayat yang sama, nie disebabkan mangkuk yang tak bertanggungjawab yg buat org lain lak yg kena habuan..nya ibarat(NIE LAH PERPATAH BERBUNYI SEPERTI INI-DEK KERANA NILA SETITIK HABIS SUSU SEBELANGA)dah lah bangsa tak tau malu,tak tau menghormati bulan puasa,baik tak payah pakai tudung campak je tudung tu ke laut,dah tentu orng tak mengata korang kan..bukan apa kita nie walaupun katanya (unzur kan! kaedahnya lah kan)kalu ye pun ko unzur nape??haha nak nunjuk ngat kat orang yang kome tu tak leh pose..aduhhhh..bodohnya..makan lah kat umah..bongok noo lahh..depa bedua nie..benci aku..tengok mangkuk 2 ekor tu...tak kan lah ko nak nunjuk sangat kat depan orang.! btul kan apa aku kata nie ..dah lah kowsan tempat tinggal aku tu penuh ngan mat salleh, jadi nanti apa lak kata diornag bila nengok si betina bedua tu makan di bulan pose dah lah pakai tutup litup..tak kan diorang tak mengata..kan *dah tentu diorang akan kata see orang melayu pakai tudung pun boleh makan di khalayak ramai dalam bulan bulan yg mulia nie..so pada dua betina yang tak tau malu+tak pandai jaga adap-adap dibulan puasa tu..bawak2x lah bertaubat..aku pun bukan lah nak kata aku baik..tapi..sekurang-kurangnya aku tak lah buat perangai bengong campur bodoh macam dua betina tu buat kan..aku masih tahu adap sopan,malu, takut jugak orang kata kan! ye lah orang melayu nie tak ada adap untuk menghormati bulan ramadhan kan..

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...To All Muslim Friends

http://vanillaespresso22.blogspot.com
Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
 satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina kemesraan mengambil masameruntuh hanya sekelip masa
 Semoga RAMADHAN mengukuhkan Ukhwah yang telah terbina
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata2 dan perbuatan, Di dalam sedar atau pun tidak sedar, Semoga kita semua di rahmati dan di berkati ALLAH SWT
Sila baca peringatan & pengajaran di bawah =) 
SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK 

Sejarah Ramadhan 
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan 
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) 
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) 
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Cara Sambut Hari Raya 
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri, anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA 

Happy EID MUBARAK

Happy EID MUBARAK dan Maaf Zahir Batin pada ko orang semua aku ucapkan, wahh dah tentu raya korang tahun nie meriah kan?yelah mana taknya dapat balik kampung berjumpa sanak saudara dan kaum keluarga yang dah sememang nya dah lama tak dapat ko orang semua jumpa..kan,al maklum je lah selama nie sebok je dengan urusan masing-masing,bila tibanya hari raya semua warga kota terutamanya akan mengosongkan bandaraya kuala lumpur tuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sama lah aku seperti ko orang juga tak ketinggalan nak balik raya, Raya tahun nie memang aku tunggu-tunggu nak balik beraya kat kampung halaman dapat lah aku berjumpa sanak saudara adik beradik yang dah lama aku tak jumpa,memang meriah dan sangat menyeronokkan dikala menjejak kan kaki di kampung halaman sendiri..aku harap ko orang pun begitu juga..

Saturday, August 7, 2010

Bukak Puasa di Istana Budaya ngan kenkawan sekolah

Istana Budaya

Dalam Istana Budaya

Dok bersembang dengan pelbagai topik yang kuar,tak kira topik semasa tau pun topik zaman-zaman sekolah dulu kala


Puas hati gak lah dengan makanan yang di sediakan, banyak dan sedap harga pun berpatutan tak rugi kalu pe lage bebuka puasa tuk next year







Huuuhh..tahun nie memang tahun yang paling banyak lah dapat invitation tuk bebuka pose kat luar,mana tak nya dalam bulan pose nie aku sesekali dua je bebuka kat umah..yang lain semua bebuka kat luar..bukannya apa,aku ramai kenkawan ajak berbuka bersama jadi nak tak nak kena ge gak kan,lage pun rezeki jangan ditolak musuh jangan di carik..haahaha..betul kan..?
di carik, semalam aku bebuka bersama ngan kengkawan satu kelas masa sekolah dulu..aku rasa cam mimpi lak ye lah dah lama benar tak jumpa diorang sungguhpun diorang ada kat sekitar KL nie gak,tapi tak penah nya ada peluang nak jumpa meka-meka semua..bila dah dapat jumpa nie,cam semalam uh..tak tau nak cakap cam mana bestnya..macam-macam cita kuar le,cherita zaman kekanak dulu le..tambah pulak masing-masing dah bejaya dalam hidup...besnya tengok semua kenkawan dah bejaya dengan kehidupan meka masin-masing..aku pun tumpang happy juge le nengok kenkawan semua dah ada kuarga, kojer besor dan macam-macam lage le.. dia orang semua nie satu kelas aku masa sekolah menengah dulu,tu yang syok dok melepak sampai kan tak sedor dah kui 2 page!macam tak reti-reti nak gerak ker?masing-masing hihi..masih lage melepak kat Haslam Restaurant.