Advertlets

Friday, December 31, 2010

7 Keajaiban Dunia

Salam kepada semua pembaca blog and my fellow followers and pembaca blog yang di kasihi. Dah lama tak menulis blog, jadi di kesempatan bercuti-cuti nie aku ada sediakan sedikit info untuk di berkongsi kan kepada you all semua ..so infonya mengenai 7 tempat menarik dan ajaib yang terdapat di dunia yang mungkin ko orang dah tau atau pun ada yang masih belum tahu lagi..wokehh jom ..so apa kata kita teruskan perkongsian aku  hingga ke akhir ...adiossss

 1.) Jurang Grand Canyon
Salah Satu nya ialah Grand Canyon adalah sebuah jurang tebing-curam yang terbentuk oleh Sungai Colorado, terletak di utara Arizona. Jurang ini merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia dan sebagian besar berada di Taman Nasional Grand Canyon, salah satu taman nasional pertama di Amerika Syarikat. Presiden Theodore Roosevelt merupakan salah seorang  pendukung utama wilayah Grand Canyon, beliau sentiasa mengunjunginya tempat ini jika ada masa kelapangan untuk berburu singa gunung sambil menikmati pemandangan alam sekitar yang menakjubkan dan tidak terdapat di tempat lain.


Jurang ini, terbentuk oleh Sungai Colorado yang terbahagi dua oleh sebuah selat selama jutaan tahun lamanya, panjangnya kira-kira 446 km, mempunyai kelebaran yang di anggarkan bermula dari 6km sehingga 29 km dan mempunyai kedalaman yang melebihi dari 1.600 m. Hampir dari 2000 juta tahun yang lampau sejarah sungai colorado dan permukaan Bumi telah terbentuk dan telah di potong oleh Sungai Colorado dan anak sungainya selapis demi lapis sehingga lah Dataran Tinggi Colorado mulai terbentuk.
Grand Canyon telah di jumpai oleh orang Eropa pada tahun 1540, iaitu García López de Cárdenas yang berasal dari Spanyol. Ekspedisi saintifik pertama ke canyon ini dipimpin oleh Mayor AS John Wesley Powell pada akhir 1870-an. Powell menunjuk bentuk lurah yang terbentuk yang terbuka di satu jurang telah di namakan sebagai “daun" ia di beri nama mengikut sebuah buku cerita agung”. Namun yang sedemikian tempat ini telah di jumpai kaum orang Asli Amerika dan telah di jadikan penempatan mereka pada ketika itu.


 

2.) Great Barrier Reef
Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang terbesar dunia yang terdiri dari kurang lebih 3.000 karang dan 900 kepulauan yang telah tebentuk dan membentangi sepanjang 2.600 km. Terumbu Karang ini berlokasi di Laut Koral, selepas pantai Queensland Australia, sebahagian besar wilayah terumbu karang ini telah dilindungi oleh Taman Laut Karang Penghalang Besar (Great Barrier Reef Marine Park) Karang Penghalang Besar (KPB) dapat dilihat dari luar angkasa dan adakalanya ia disebut sebagai organisme tunggal terbesar di dunia. Pada kenyataannya, ia terbentuk dari berjuta organisme kecil, dikenal dengan sebutan polip koral (coral polyp). KPB dipilih sebagai sebagai salah satu khazanah Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981.
  
Kekayaan dari segi georgraphy nya berada di perairan bercuaca panas dan perairan yang bersih dan terapung yang disebut live aboards, Ini telah membuatkan terumbu karang ini menjadi tempat tumpuan pelancong yang sangat popula terutamanya bagi para penyelam scuba. Banyak tempat di sepanjang pesisiran pantai Queensland yang menawarkan perkhidamatan dan pengankutan untuk kemudahan pengunjung ke perairan di mana terdapatnya terumbu karang tersebut yang beroperasi pada setiap hari dan masa. Beberapa buah pulau berhampiran juga telah berubah terkenal dan juga telah banyak didirikan deretan resort untuk kemudahan para pelancong yang datang berkunjung ke sini.
 


 3. Mount Everest
Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan mempunyai ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Gunung Everest adalah gunung tertinggi di duniajika (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet.
Gunung ini telah diberi nama oleh seorang Inggeris iaitu nama Sir George Everest. Nama ini diberikan oleh Sir Andrew Waugh, surveyor-general India yang berbangsaan Inggris yang juga seorang Pendaki Everest. Puncak Everest merupakan salah satu dari Tujuh Puncak tertinggi di dunia.
  

4. Air Terjun Victoria
Air terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling mengagumkan di dunia. Air terjun ini terletak di  Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki kelebaran kira-kira 1 batu (1.6 km), dengan ketinggian 128 m (420 kaki).
penjelajah Scotland, mengunjungi tasik ini pada 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama tempatannya adalah Mosi-oa-Tunya, "asap menggelegak." Air terjun ini merupakan sebahagian dari dua taman negara,  Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan  Victoria Falls national Park di Zimbabwe, dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan objek pelancongan utama di Afrika Selatan.





5. Volcano Paricutín
Paricutin, gunung berapi yang tumbuh dari sebuah ladang jagung
Paricutín-Mexico paling terkenal gunung berapi. Suatu hari pada tahun 1943, seorang petani di sebuah desa kecil di Mexico tengah di negara bahagian  Michoacan pergi ke Paricutin-Mexico untuk mengambil hasil dari ladang jagungnya.Para petani, Dionisio Pulido, sedang asyik mengutip hasil dari tanaman jagungnya ketika ia mendengar pergerakan dar bawah permukaan perut bumi. tanpa di duga oleh para petani tersebut sebuah lubang rekahan besar muncul di tengah-tengah ladang jagung mereka. Mereka semua cuba dengan sedaya upaya menutupi lurah yang terbentuk itu, akak tetapi ia tidak berhasil malah mereka juga dapat menghidu sejenis bau yang sangat busuk yang datang nya dari celah-celah rekahan tanah tersebut, bau yang amat busuk dan tidak dapat di  digambarkan seperti bau sebiji telur busuk.Bau itu yang sebenarnya adalah bau wap belerang yang naik dari celah permukaan rekahan bumi tersebut, semua petani merasa kecewa, dan pada masa itu asap mulai berkepul keluar dari tanah, stim abu-abu naik di sertai dengan asap, jelaga dan abu yang dan lava panas yang mengalir deras. Penduduk dari dua buah desa ini telah menjadikan sebuah memori dalam kenagan mereka. Apa yang mereka saksikan adalah luar biasa, kerana sebuah gunung berapi telah tumbuh dari sebuah ladang jagung milik mereka.  Mujurlah, jenis gunung berapi yang terjadi di Paricutín diklasifikasikan sebagai monogenetik, yang bermaksud ia tidak akan meletus lagi.
Banyak orang datang untuk melawat gunung berapi .Dan di sebabkan sejarah tercetusnya gunung berapi ini ia telah tercatat sebagai salah satu dari 7  keajaiban dunia.




6.Northem Lights
 Salah satu keajaiban dunia adalah Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis. Kejaiban cahaya warna-warni ini terbentuk akibat interaksi lapangan magnetik di Bumi dengan partikel matahari
Sebuah aurora (jamak: aurora atau aurora ) adalah display cahaya alami di  kaki langit , khususnya di daerah kutub , yang disebabkan oleh tumbukan partikel bermuatan diarahkan oleh bumi  medan magnet. aurora Sebuah biasanya diamati pada malam hari dan biasanya terjadi di ionosfer . Hal ini juga disebut sebagai aurora kutub atau, secara kolektif, seperti lampu kutub . Fenomena ini biasanya kelihatan antara 60 dan 72 darja lintang utara dan selatan, yang menempatkan mereka di atas ring hanya dalam lingkaran kutub Artik dan Antartika. Aurora memang terjadi lebih dalam di daerah kutub, tetapi ini jarang berlaku dan sering tak terlihat oleh mata kasar.

7. Perlabuhan Rio de Janeiro
Rio de Janeiro (bermakna “Sungai Januari” dalam bahasa Portugis) adalah ibu kota Negara Bagian Rio de Janeiro di Brasil bagian tenggara.Kota ini mempunyai luas sebesar 1.256 km² dan penduduk sekitar 6.150.000 juta jiwa (2004).Sekitar 10 juta orang tinggal di wilayah metropolitan Rio de Janeiro Raya,yang saat ini merupakan kota terbesar keempat di duniaLetak pelabuhan Rio De Janeiro sangat unik yaitu tepat berada di hujung muara sungai di antara pertemuan laut dan sungai, selain kota pelabuhan kota tersebut juga mempunyai letak dan pemandangan geografi nya yang sangat indah, Brazil ditemui dan dijajah oleh orang portugis pada tahun 1565.
  

Monday, December 27, 2010

Kanser Daripada Sotong Kering

SAY NO!! TO SOTONG KERING! Tapi boleh ke nak kata tak nak kat sotong kering? Apa kata pengemar sotong kering boleh ke dia orang nak kata aku tak akan makan sotong kering lagi, padahal tu lah makanan favourite depa setiap pagi bila pekena nasi lemak? so macam mana la nie, memang dah sah-sah dah bahan yang di gunakan untuk mengawek sotong kering nie cukup-cukup bahaya untuk kesihatan kita..jadi apa perlu kita lakukan untuk tidak menjadi mangsa sisa-sisa toksin nie masuk kedalam urat saraf kita dan di kemudian hari menjahanamkan hidup kita..apa kata mari kita baca info ini sampai habis,dan kalau boleh cuba-cuba lah hindari diri dari menjamah racun ini...

Apa yang ada dalam Sotong Kering !!!

Kita boleh dapat-:Kanser ia Mengandungi logam toksik sama seperti bahan yang berada dan di buat untuk menjadikan sebuah bateri, plastik dan baja fosfat.So apa patut kita buat!@!

Oleh NIZHA PERIASWAMY


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.



ps:-Lupakan sotong kering dalam hidangan breakfast anda!!!

 

Sunday, December 26, 2010

Pernah Terfikir Tak ? If Condoms Had Sponsors ! 18SX









Alooo Blogger n Follower Sekalian, pernah tak ko orang semua terfikir jika ???
If Condoms Had Sponsors,  You might Find Them Packaged Like These Kot??
Aku rasa mungkin ada kita jumpa condoms yang di pack mengikut sponsors masing-masing kot?? tapi lucky lah condoms bukan barang yang di sponsors oleh jenama-jenama tersebut kalau tak ???emmmm...no komen..hahaa

  

Jika Bosan ! Apa yang Aku Selalu Lakukan!

Mula -Mula Order Domino


Bila Dah Sampai

Makan Sorang-sorang


Makan Sampai Penat
 Apa yang aku selalu lakukan jika bosan berada dirumah keseorangan !!
Arghhh...bosannya hari-hari bila kat rumah aku sorang-sorang je, setiap hari atau hujung minggu mesti membosankan jika tak kemana-mana. Rumah ku sentiasa kosong tidak berpenghuni yang ada hanya aku seorang diri melayan diri jika bosan menonton tv aku akan mendengar radio jika bosan lagi aku update blog, jika tak ada entry baru yang nak di tulis aku chat FB, tapi jika semua pekara trsebut tetap juga tidak dapat menghilangkan tahap keboringan yang melanda hidup aku sehari harian apa lagi yang aku mesti buat untuk menghiburkan hati ini..arghhh cuma satu saja lagi pekara yang aku mesti buat "Ya sudah semestinya memesan Pizza Hut or  Domino Pizza untuk di delivery kan at home" So order sampai depan pintu terus makan, dan makan-makan lagi sampai penat nak makan..itu adalah pekara biasa aku buat bila aku tidak mempunyai aktiviti yang ingin di lakukan pada hujung minggu, akan tetapi jika ianya masih lagi tidak boleh mengatasi masalah keboringan yang masih melanda ku ini apakah lagi yang perlu ku lakukan..!!!

2010 Hampir Ke Penghujungnya.


Belajar Mencari Keredhaan Hidup Dari Yang Maha Berkuasa.

Salam semua, pejam celik pejam celik kini kita makin hampir ke penghujung tahun 2010, beberapa hari lagi kita akan memasuki ambang 2011, jadi pelbagai kenangan suka dan duka yang kita lalui pada tahun 2010 masih lagi segar di dalam ingatan tak kira ia sebuah kenangan manis atau pahit dalam hidup seseorang itu walaupun kini kita hampir saja meninggal kan tahun 2010 dan akan melangkah terus ke ambang 2011 tanpa boleh mengubah walau sesaat pun segala memory suka duka yang telah terpahat di jiwa masing-masing..perkara yang telah terjadi tetap menjadi sebuah memory yang tak mungkin dapat di ubah lagi, sungguhpun masa berlalu begitu pantas sesekali kita sebagai manusia yang masih lagi dapat menikmati kehidupan di alam ini patutlah bersyukur ke hadratnya kerana kita masih lagi salah seorang insan yang dipilih olehnya untuk menghirup udara percuma yang telah di berikan kepada kita. Jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang telah pun kembali untuk selamanya tanpa dapat merasai nikmat yang masih kita semua rasai, jadi marilah kita sama-sama menafaatkan sisa-sisa hidup yang telah di anugerahkan oleh nya kepada kita dengan cuba memperbanyakkan amalan ibadah dari hari kehari, dan memperbanyakkan doa untuk kesejahteraan hidup serta mencari keredhaan dari nya..amin.

Saturday, December 25, 2010

Join Contest Aku Dan Kacamata

Salam kepada semua blogger yang di sayangi, aku terpanggil untuk menjayakan contest Aku dan Kacamata yang di anjurkan oleh Saudara Mohd Syafiq, sungguhpun aku adalah seorang yang begitu low profile dan langsung tidak ingin menunjukkan diri atau siapakah aku kepada khalayak ramai...kerana aku berblog bukan untuk mengejar glamour akan tetapi aku berblog kerana untuk kepuasan diri semamata-mata, bagi aku cukuplah blogger and follower yang ada sekelian mengenali aku dengan membaca entry yang di tulis oleh aku tanpa perlu melihat siapakah aku.. Akan tetapi ini tidak bermakna aku tidak ingin join the contest, walaubagaimanapun aku tetap upload juga gambar aku dan kacamata untuk menyertai contest yang di jayakan oleh Mr.Syafiq yang mengajak semua blogger memeriahkan lagi contest yang telah di anjurkan oleh nya..aku juga tak ketinggalan untuk menjoin kan diri dan telah membuat keputusan untuk mempamerkan diriku...untuk mengambil bahagian di dalam contest ini...so mari beramai-ramai melihat wajah aku dan kacamata ...yang telah aku sediakan untuk join the contest....
Ok. mari kita lihat siapakah yang kena. !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
huhuhu...ini dia msvanillaespresso dengan kaca mata
So harap Mr. Syafiq berpuas hati with the picture...

Biodata :
Name:Vanilla Espresso
Sex: Female vs Male
Join The Contest Aku Dan Kacamata
2 orang mangsa aku ialah :Mr.Syazwan and Mr.Zwan Sabri 
so pada you all berdua sesilakan lah join the contest yang telah di anjurkan oleh Mr.Syafiq kita..wasalam...







Thursday, December 23, 2010

Kesian Kat Blog Aku !

Salam to all kenkawan followers blog vanilla espresso, kesian kat blog aku, actually dah 5 hari dah aku tak update blog ni, bukan apa tuan blog baru baik dari demam, so tak larat lah nak update blog, nak angkat badan sendiri pun tak larat nie kan pulak nak update blog lagi lah tak mampu nak lakukan, malam nie lah baru tuan blog sihat seperti selalu kira ada sedikit mood lah nak tulis-tulis kat sini, kalau dua tiga hari lepas jangan kan nak update blog nak on laptop pun tak berselera..ni bila dah sihat nie nak tak nak kenalah jugak tulis sepatah dua kata kat kenkawan followers semua, supaya tak tertanya-tanya mana pegi nya si tuan blog nie..jadi cukuplah setakat nie saja bebelan tuan blog untuk malam ini, jika ada masa terluang esok and setrusnya tuan blog akan berceloteh lagi..wasalam...

Sunday, December 19, 2010

Melaka Bandaraya Yang Indah Di Waktu Malam




















Haloo to all blogger, entry kali ini nak bercerita sedikit mengenai Bandaraya Melaka.
Sebenarnya dah lama juga aku tak pe bercuti-cuti ke Melaka ni, setiap kali cuti je selalu pe ke arah utara, jadi kali nie aku turun pulak ke arah selatan, tapi tak sangka pulak aku Melaka sekarang begitu cantik dan pesat dengan pembangunan di sana sini.Setibanya aku di Melaka macam tak percaya dengan perubahan yang telah di lakukan.Dulu jika aku pe bercuti ke Melaka aku suka chek-in at Equatorial Hotel coz senang untuk aku pe bejalan-jalan sekitar bandar Melaka di waktu malam untuk mencari makanan.Dulu setahu aku di depan Hotel Equatorial ada sebuah gerai makan, aku suka makan makanannya sambil melepak dengan kawan-kawan sebelum naik ke hotel untuk tidur, tapi hari nie aku dah tak tau kat mana letaknya kedai makan tersebut, yang aku nampak sebijik bangunan pasaraya yang tersergam di tambah dengan jalan raya yang jam di waktu malam, bila ke melaka aku sangat suka makan Assam Pedas, yelah kalau ke melaka tak makan Assam Pedas tak sah kan? dulunya ada sebuah gerai yang terletak berhampiran dengan sungai, tapi aku tak nampak lah pulak kat mana gerai tu pergi! jalan nak ke gerai tu pun aku dah tak tau, celah mana dah ye! yang aku nampak cuma sungai melaka yang dah di komersial kan untuk pengunjung dan pelancong yang datang untuk menaiki boat mengelilingi sungainya saja yang aku nampak.Uhh..tak sangka baru beberapa tahun aku tak jejak kan kaki ke Melaka dah banyak perubahan yang berlaku, tapi apa-apa pun aku memang suka bercuti-cuti di melaka walaupun kini kepesatan telah melanda bandaraya itu. Aku suka melihat banyak lampu neon di tengah bandar Hilir, dan kat bandar hilir juga dah ada Uptown rasa macam aku jalan-jalan kat Uptown Cheras lah pulak! best tul lah merayau-rayau kat bandar hilir nie. Dah alang-alang ke Melaka aku pun nak jugak merasa untuk menaiki boat yang mengelilingi sungai melaka tu, dengar kata best sangat bila datang melaka dapat naik boat jalan-jalan keliling sungainya aku pun tak lepas kan peluang le, tapi ramainya orang masa tu pada hal dah pukul 9 malam tu tapi masih ramai lagi orang kat jeti tengah tunggu turn nak naik boat.Aku pun tak ketingalan juga bersesak-sesak beratur nak naik boat tu, yelah nak tengok sendiri sekitar sungai melaka di waktu malam mesti best kan! bila dah dapat naik boat uhh..bestnya barulah dapat tengok sekitar tepian sungai penuh dengan warna-warni lampu-lampu dan bangunan lama yang terletak di sekitar sungai ada pub dan banyak backpackers travellers lodge untuk pelancong-pelancong menginap bila ke melaka dan dapat lah aku tengok rumah-rumah melaka di sekitar tepian sungai melaka, semua cantik-cantik belaka di terangi cahaya lampu yang di pasang di branda rumah, setiap rumah ada keunikan tersendiri memang unik dan cantik. Bagi orang-orang melaka manafaatkan perubahan demi perubahan yang telah di lakukan oleh kerajaan.."Melaka Maju, Bandaraya Bersejarah" Adiosss.. I like Melaka..

Menara Eiffel

Salam to all blogger!! Mari kita lihat sedikit faktar mengenai Eiffel Tower yang di katakan begitu menarik hati setiap pengunjung apabila ke kota Paris!!

Menara Eiffel atau di dalam bahasa Perancis disebut Tour Eiffel, merupakan sebuah Menara besi yang dibina di Champ de Mars di Tebing Sungai Seine di Paris .

 
Lokasi: Paris , Perancis
Selesai Dibina Pada: 1887 -1889
Sebagai Menara Pemerhatian
Menara Penyiaran Radio
Ketinggiannya: Puncak / Antena 324 m (1.063 kaki)
Ketinggian Menara: 300.65 m (986 kaki)
Telah Di Beri Nama Oleh: Gustave Eiffel
Arkitek Menara Eiffel :Emile Nouguier, Maurice Koechlin dan Stephen Sauvestre.

Pemandangan Eiffel Tower Di Kala Malam

Pemandangan Eiffel Tower Di Kala Matahari Terbenam


Pemandangan Menara Eiffel yang Indah dari Sudut Jauh dengan begermelapan cahaya lampu yang meneranginya di waktu malam 

1.Telah di beri nama oleh Gustave Eiffel
2.Menara Eiffel adalah bangunan tertinggi di Paris dan salah satu struktur terkenal di dunia.
3.Lebih dari 200.000.000 orang telah mengunjungi menara ini sejak dibangunkan pada tahun 1889, dan pada tahun 2006 seramai 6.719.200 orang telah mengunjunginya, menjadikannya monumen besejarah yang paling banyak dikunjungi di dunia.
4 Menara ini mempunyai antena setinggi 24 m (79 kaki)
5.Struktur yang dibina ini memiliki ke tinggian 325 m (1.063 kaki) ketinggian Menara Eiffel menyamai dengan ketinggian sebuah bangunan yang mempunyai ketinggian 81 tingkat.
6.Ketika menara ini selesai di bina pada tahun 1889, struktur menara ini menjadi yang tertinggi di dunia pada masa itu. 
7. Ketinggiannya dapat dipertahankan sehingga tahun 1930 sebelum Chrysler Building di New York City selesai dibina dengan ketinggian (319 m-1.047 kaki)
8.Menara Eiffel adalah menara yang kelima tertinggi di Perancis.
9.Menara Eiffel mempunyai kedudukan menghadap matahari.
10.Menara ini di bangunkan dengan menggunakan 7300 ton struktur besi.
11.Menara ini memiliki masa yang kurang dari masa udara di dalam silinder dengan dimensi yang sama,  setinggi 324 meter dan 88.3 jari-jarinya.
12.Berat menara Eiffel ialah 10.100 ton bila dibandingkan dengan 10.265 ton udara.
13.Tingkat satu dan dua dapat dinaiki denggan menggunakan tangga atau pun lift.
14.Dari tingkat satu dan dua, tangga dibuka kepada pengunjung yang telah membeli tiket untuk menaikinya.
15. Terdapat 328 biji anak tangga pada tinggkat satu, manakala untuk ketingkat dua pula mempunyai 340 anak tangga yang perlu dinaiki dan mempunyai 18 anak tangga naik menuju platform ke lift di tingkat dua.
16.Ketika keluar lift di tingkat ketiga terdapat 15 anak tangga yang perlu di naik sebelum menuju platform ke tingkat seterusnya.
17.Jumlah anak tangga ada ditulis di sisi tangga untuk mempermudahkan pengunjung mengetahui berapa jumlah anak tangga yang telah di naikinya.
18.Ketika menaiki anak tangga pengunjung akan dapat melihat kawasan pemandangan di sekitar menara sungguh pun beberapa anak tangga pendek dan tertutup.
19.Setiap tujuh tahun Eiffel Tower akan di selengarakan dan di cat dengan menggunakan 50 hingga 60 ton cat untuk menjaganya dari tahan karat.
20. Eiffel Tower juga di cat dengan mengunakan tiga jenis warna yang berbeza, untuk penggunaan ton warna gelap ia di cat pada bahagian bawah menara, dan untuk pengunaan warna terang pula ia di gunakan pada bahagian atas menara.
21.Warna pilihan yang di gunakan untuk mengecat Eiffel Tower ialah ton cat yang berwarna coklat-kelabu.
22.Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai warna dan cara untuk mengecat menara Eiffel di aras bawah menara.