Advertlets

Saturday, January 29, 2011

Suami Pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi Minggal Dunia

Salam semua lately nie ramai benar diantara kita yang meninggal di sebabkan serangan jantung, baru-baru ni kita telah kehilangan Arwah Faizal Yusof bekas suami penyanyi NANA tak sampai sebulan pemergian beliau kini kita telah kehilangan seorang lagi insan Suami kepada Pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi yang baru berusia 37 tahun juga telah meninggal di sebabkan oleh serangan jantung. Sebagai seorang mukmin apa kata kita beramai-ramai bersedekah Al-fatihah kepada Allahyarham, semoga Allah s.w.a menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh dan di cucuri rahmat ke atsanya..Amin.


Wilma Muhammad.

Wilma Muhammad.
 PETALING JAYA  Suami Pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
“Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.

wink! wink ! Ajal maut, jodoh pertemuan semua terletak di tanggan tuhan, kita manusia cuma mampu merancang, akan tetapi Allah jua yang menentukannya, jadi belajarlah untuk menempuhi dan bersabar di atas segala ujian yang akan di berikan kepada kita semua mengikut kehendaknya..
.

Thursday, January 27, 2011

I'm gonna..miss you forever in my life





I'm gonna..miss you forever in my life !! and I will remember you love in my prayers....when you are no around, I just cry...I have wondered why?I realize, my tears just comes out searching for you; and I also realize you are never come back to me forever..and ever
Percintaan,kehilangan, perpisahan adalah satu putaran hidup yang perlu di tempuhi oleh setiap Insan..
Hidup itu satu pengorbanan, cinta adalah lumrah dunia,pertemuan dan perpisahan pasti berlaku, pahi manis sebuah percintaan adalah satu perkara yang sangat simbolik yang tidak boleh di huraikan dengan kata-kata. Suratan takdir sebuah percintaan itu bergantung pada ketentuan Ilahi, andai ada jodoh diantaranya pasti dapat bersatu jua, akan tetapi jika bukan  jodoh mu pasti takdir akan memainkan peranan untuk tidak menyatukan kalian dan perpisahan pula yang bakal memainkan peranan penting dalam sesebuah perhubungan yang pasti jika cinta tidak dapat di satukan takdirnya adalah perpisahan yang nyata untuk  di tempuhi. Sesebuah percintaan yang musnah yang tinggal hanyalah sebuah kenangan.......dan mengimbau semula memori tersebut..

Sunday, January 23, 2011

Busy Nya Aku Sekarang!

Salam & Hi Everyone...Semoga kalian semua ceria-ceria selalu hendaknya!

Busy nya aku Sekarang Sehinggakan Tak berkesempatan Langsung Nak Mengupdate Blog tercinta..
Mak Oii tu..dia punya lah lama aku tak update blog tak tau lah apa  kenapa?? macam ada banyak sangat business juta-juta yang aku dok buat sampaikan tak buka-buka blog nie..baru hari nie aku buka punyalah busy nya mak datuk yang kesiannya kat fellow follower aku langsung aku tak pe melawat blog dia orang, dia orang datang melawat aku tapi aku langsung tak menjenguk depa semua, tak apa lah nohh semua kenkawan blog jangan berkecil hati bukannya aku tak nak blogwalking kat blog ko orang cuma aku penat and tersangat lah busy nya dengan aktiviti-aktiviti harian yang membuatkan aku tak kesempatan langsung untuk menulis sepatah dua kata untuk ko orang semua..
wink!! Wink!!
Jadi lepas nie InsyaAllah kalau ada kelapangan aku akan sentiasa dan akan merajinkan diri untuk menulis walaupun untuk sepatah dua kata sungguh pun aku tersangat lah sibuknya..ok.

Thursday, January 20, 2011

Aku Sangat Suka Kat Dia Nie !

   Sapa Dia ??
Hahaha ...Sapa Lagi kalu bukan si Macho nie...tup tup...Jhonney Deep La!!!
Aku suka nya dia nie tersangat sukanya, dah lah macho pastu Versatile actors actresses


























Friday, January 14, 2011

Aku Suka Story Ini ...Edward Scissorhands

Haloo and salam ceria to all blogger!  tak kira di mana jua anda berada? di harap anda semua sihat dan ceria-ceria selalu! Tetiba pulak aku teringat kan sebuah filem ni yang di mainkan di television berabad lalu bertajuk ...Edward Scissorhands yang di lakonkan oleh Johnny Depp, pelakon versatile dan aku sangat sukakannya sampai ke hari ini tu! tak kira lah apa jenis filem di lakonkannya tentu aku akan cuba tengok juga.Tadi bila masa aku tengah google mengoogle mencari wayang apa yang best untuk di tonton, tetiba lah pulak tergoogle muka hemsem si Johnny Depp nie, so apa lagi aku pun teringgat lah aka cerita Edward Scissorhands yang aku pernah tonton masa aku kecik-kecik dulu, so apa lagi teruslah aku mengupload kan gambar di atas untuk tatapan bersama ko orang semua, saja untuk mengingati kembali memory masa aku kecik-kecik dulu, aku tau ko orang pun pernah tengok filem nie kan masa zamak ko orang kecik-kecik dulukan? mesti beskan bila teringat kan kisah yang di lalui oleh edward yang tinggal seorang diri di sebuah menara di pinggir bandar setelah tuan yang membuatnya mati akibat tertikam tanggan Edward yang masih belum siap semasa Edward ingin mengucapkan terima kasih pada tuannya di satu malam yang ingin menghadiahkan tangan baru untuk mengantikan tanggan Edwar yang berbentuk gunting, akan tetapi sayang sekali kerana terlalu gembira Edward tidak tersengaja tertusuk tuan nya sendiri semasa ingin mengambil hadiah tanggan yang di hadiahkan oleh tuan nya pada ketika itu. 

Tuesday, January 11, 2011

Pelancong Ireland Mati Digigit Anjing

Lagi berita manusia mati di gigit anjing, dah berapa banyak kita dengar yang anjing adakalanya menyerang manusia hingga mati, sedangkan bukan ke ada orang membela anjing dan di jadikan binatang kesayangan?? Akan tetapi untuk apa kah kita membela binatang yang boleh membahayakan atau mengancam nyawa manusia lain???Sama-sama kita pikir -pikirkan lah .... 

Berita dipetik dari Bharian
Pelancong Ireland Mati Digigit Anjing
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa


POLIS mengangkat mayat Maurice di tanah persendirian di Teluk Bahang, Pulau Pinang, semalam.
Mangsa, kekasih sukarelawan ladang organik

GEORGETOWN: Seorang pelancong warga Ireland berusia 50 tahun mati selepas diserang dua ekor anjing dipelihara seorang pemilik ladang organik di Teluk Bahang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Sullivan Maurice, mati di tempat kejadian di ladang itu yang terletak 50 meter dari rumah pemilik anjing, akibat cedera parah di lengan dan paha, manakala dagunya hampir tercabut, selain kedua-dua belah telinga putus.
Bagaimanapun, teman wanita mangsa, seorang warga Poland berusia 28 tahun, yang turut berada di tempat kejadian tidak diserang anjing berkenaan. Kedua-dua anjing itu dikatakan jinak, tidak diikat pemilik ladang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

Pemilik ladang itu dikenali sebagai Teoh, 41, berkata pasangan itu tiba di sini kira-kira jam 11 pagi kelmarin untuk menjadi sukarelawan di ladangnya serta bercadang merakam gambar pokok durian, selepas mereka berkenalan melalui internet.

Pasangan itu juga sudah mesra dengan kedua-dua ekor anjing berkenaan walaupun baru tiba di ladang itu, malah petang kelmarin mereka bermain-main dengan haiwan itu.

Sebelum kejadian, pasangan itu baru saja keluar rumah. Bagaimanapun, secara tiba-tiba anjing itu menyerang Maurice yang berada di belakang, tetapi teman wanitanya yang berada di depan terselamat.
“Ketika kejadian, isteri saya berada dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dan apabila keluar mendapati anjing sudah menyerang mangsa. Kami cuba menolong Maurice tetapi terlambat.

“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Maurice kelmarin, menggigit sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Teoh berkata, dua ekor anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata pihaknya difahamkan mangsa bersama kekasihnya datang ke ladang untuk merakam gambar bagi dimuat naik ke laman web mereka

Monday, January 10, 2011

Penghapusan facebook

Hai selamat malam to all my fellow followers and blogger diluar sana ...malam semalam aku terbaca satu artikel ni, yang mengatakan face book yang orang semua dok ada la nie nak di tutup oleh pengasasnya..itu semua hanyalah rekaan semata-mata...wah !! tekejut sekejap aku, bukan tekejut apa kalau betul FB nak di tutup puas lah aku mencarik DVD writer tuk mengupload segala jenis gambar yang ada dalam fb aku tu, nak pulak tu beratus keping gambar aku dah download kat FB aku, maunya aku mengagau mengopy semula dan kena masukan semuanya ke dalam laptop, pastu transfer masuk dalam DVD pulak, nie semua nak membanyak kan kerja aku je kalau betul FB nak tutup..haru aku dibuatnya..mungkin ada antara kita yang belum terbaca lagi isu panas tersebut kan?? kalau ada yang masih belum terbaca lagi apa kata ko orang klik sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai nya.. . sila klik  sini >>>>>
facebook akan dipadam pada 15-march.

ps: Berita nie buat haru kat semua user di luar sana yang ada face book je..uhuhh..panas !!! nih!
and anda semua diluar sana jangan terpedaya dengan berita penutupan face book yang di gembar-gemburkan ini ok! selamat ber face book!

Sunday, January 9, 2011

Chocolate Fair Mid Valley 2011



Portrait Dato Siti and Dato K nie pun chocolate tau! bukan gambar biasa..



Nie chocolate Portrait, kalau ko orang nak muka ko orang letak kat chocolate nie pun dia orang boleh tolong buat kan tau!









Kalau ko orang nak tau apa benda nie? nie lah dia tempat memanas chocolate..nak tau camana aku tau?aku tanya si penjual tu! apa benda nie..so dia bagi tau aku la...hahaha



Nie lah Chocolate Made In Russia yang aku beli tu..












Salam semua blogger semoga ceriakan hari anda di hari ahad yang indah ini ! haha..now day ada chocolate fair kat mid valley aku dah perasan dah baner yang dia orang taruk 5 hari lepas masa aku jalan jalan sekitar KL. Aku memang dah bercadang nak pe tengok apa yang patut, so pagi nie aku pun pe lah sorang-sorang bejalan menuju ke Mid valley tujuan utama nak tengok Pameran Hartanah Bumiputra lepas tu melencong pulak pi tengok chocolate fair kat sebelah..mak oii banyaknya cokelat bermacam-macam jenis cokelat ada di jual dan di pamerkan kat situ..perhh naik rambang mata aku menengok nya, habis segala pameran aku tawaf, bukan setakat tawaf merasa segala macam jenis chocolate yang depa sediakan untuk test dulu sebelum beli..hahaha..lepas dah abis segala tempat aku pusing aku pun berenti lah kat satu bazar nie beli le chocolate yang di perbuat dari mints flavours, chocolate nie di buat di RUSSIA so aku pun memborong lah tak mahal mana RM10 hengget je! dia bage aku satu yang besar 2 cokelat yang sederhana and 10 yang kecik so berbaloi gak lah, nie sampai la nie aku dok mengunyah cokelat yang aku beli tadi tak abis-abis lagi..ni..hahaha, tapi sebelum aku beli tadi aku dah tanya soalan lazim hahaha korang mesti tau kan apa soalannya kan? HALAL ke???hihi itu yang penting kan?? tak halal aku tak nak makan!! tapi tak payah lah bimbang si penjual tu melayu ..kata kalu tak halal dia pun tak nak bekerja kat situ..so bila dah di jamin halal ok le aku borong banyak sikit bawak balik..huhu..so apa kata ko orang semua jamu mata tengok segala gambar chocolate yang aku capture tadi untuk tatapan ko orang semua..so layan.................