Advertlets

Tuesday, June 21, 2011

Berhati-hati Jika Ke Medan Indonesia

Salam semua apa kabar lama aku tak menulis blog, betul-betul lama der!
Hemm..apa ceita aku kali ini pulak ye! ok jom follow aku mendengar sedikit kisah aku yang baru balik dari travelling from Medan North Sumatera indonesia.Apa yang menarik nya di Medan? apa yang aku lihat?dan yang penting sekali apa yang aku dapat bila kesana?Orite tanpa banyak membuang masa jom aku cerita kan sedikit sebanyak pengalaman aku bila berada di negara orang, bukannya sebelum ni aku tak pernah pe travell mana-mana tapi travell aku kali ini lain sikit, hoho lain? lain yang macam mana tu?cer cerita sikit?hahahha...
Pagi-pagi buta pukul 3 pagi aku dah bangun and terus tunggu my friend pick me up to LCCT kerana flight aku pukul 7.40am! uhh..awal kan flight aku pada hal nak ke Medan hanya 1jam saja dari Malaysia, tapi di sebab kan ter excited sesangat aku sengaja ambil flight pagi, kerana bila sampai di Medan waktu pagi suasana dan cuaca masih sejuk dan nyaman, ialah pagi-pagi mestilah sejuk kan! bila sejuk baru syok nak lepak-lepak, sambil menikmati udara pagi di Medan hihihi..
Setibannya aku di POLONIA international airport medan jam di medan menunjukkan pukul 7.45am so masih pagi lagi lah kan, pada hal tadi aku di Malaysia bertolak pukul 7.40am? aikk tak kan 5minit je aku dah sampai Medan kot? tak logik? tak masuk akal kan?tadi aku kata dari Malaysia ke Medan memakan masa 1 jam, ni apa hal baru 5minit dah sampai ni? hihihi ni mesti koorang kata aku tipu kan?hahahah tak lah yang sebenarnya waktu kita lebih awal 1jam dari waktu di Indonesia so betul lah aku tadi bertolak from LCCT kul 7.40am waktu Malaysia and sampai Medan 7.45am waktu indonesia kalau korang tak caya cepat kira..hahhah.
Ok lah setibanya aku di kota Medan hari masih pagi tak berapa ramai orang dalam flight yang aku naik tadi boleh di kira setengah flight aje.So after touch down di polonia airport sebelum keluar dari terminal of coz lah kita kena lalui imigresen untuk melepasi satu persatu syarat-syarat yang perlu di patuhi untuk memasuki sesebuah negara kan? Nak pulak tu negara orang lagi lah ketatnya pemeriksaan yang di lakukan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab kan?so aku pun berbaris seperti orang lain jugak terus menuju ke kaunter imigresen untuk chop our pasport, bila tiba di kaunter tersebut aku hulurkan pasport aku dan seterusnya kawan aku juga telah menghulurkan pasportnya setelah selesai di chop kami pun terus keluar ke pintu utama untuk mencari mana-mana touris atau mana-mana teksi yang boleh membawa kami ke tempat yang ingin dilawati.Tanya punya tanya ada seorang hamba allah nie memberitahu jika mahu ke Danau toba kereta sewanya sebanyak RM500 untuk pergi dan balik pula adalah ke esokan hari  nya,uhh memandangkan harga nya tidak masuk akal? kami telah membatalkan saja niat kami untuk ke Danau Toba.di luar kawasan airport ada sekelumpuk pemandu bas medan yang menanti giliran untuk memandu bas mereka untuk ke danau toba.Akan tetapi kami tidak naik bas untuk ke danau toba sebaliknya kami berharap dapat menyewa sebuah keendraan supaya senang untuk kami pergi ke satu-satu destinasi yang ingin di lawati tanpa banyak masalah, setelah itu kami pun menahan sebuah teksi yang berwarna biru yang mempamerkan nama company texi tersebut (Blue Bird) we all naik texi tersebut  untuk ke Berastaji, sebelum naik kami menanyakan arga tambang jika ingin ke brastaji kata pemandu itu keretanya mengunakan meter, akan tetapi jika we all tidak ingin mengunakan meter pun tak mengapa cuma semasa dalam perjalanan meternya di pasang akan tetapi harganya telah di discuss bersama kami sebelum naik teksi tersebut di sebabkan tiada choice kami berdua pun telah bersetuju dengan cadangan si pemandu tadi dengan hanya memasang meter tetapi harga yang di bayar mengikut deal kami sebentar tadi, setelah berjalan beberapa kilometer kami sekali lagi bertanya ingin mempastikan betul-betul berapa harga ke yang sepatutnya di bayar untuk ke tempat yang telah kami maksudkan, kerana sebelum ini si pemandu teksi telah memberitahu Rp4000 untuk ke berastaji, dan pada kali kedua kami bertanyakan adakah betul tambangnya sebanyak itu dengan tiba-tiba si pemandu tadi mengatakan harga yang lain pula ia itu Rp4500 aikk??? apa ni tiba-tiba boleh naik kan tambang dengan sesuka hati, walaupun tadi sudah deal dengan baik sebelum bersetuju menaiki texi tersebut, yang peliknya bila kita tanya untuk memastikan harga yang di tawar tadi betul atau tidak, dengan tidak semena-mena harganya telah naik Rp500? tanpa memberi sepatah komen pun kami terus diam tanpa banyak bertanya tentang harga tambang lagi kerana kami takut sekali lagi si pemandu tadi akan menaiki harga nya ikut suka hati nya.Ini membuatkan kami begitu kecewa dengan sikap orang di kota medan yang suka-suka menaikan harga tanpa ada rasa bersalah di diri dan langsung tidak memikirkan soal mereka tidak sepatutnya melakukan sedemikian kepada touris dengan mengambil kesempatan terhadap pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke Medan, dengan cara ini mereka-mereka yang berkenaan telah memburukkan lagi imej negara mereka sendiri.Jadi untuk kemedan peringatan bagi pelancong asing jika anda ingin ke MEDAN anda perlulah betul-betul confirm kan harga setiap apa yang anda beli atau ingin mengambil tour guide kerana mereka ini suka mengambil kesempatan terhadap para pelancong.Jadi kepada anda nasihat saya anda cuma perlu tegas dan berhati-hati apa bila ber bicara mengenai price dengan mereka kerana tidak ingin timbul ketidak puas hati semasa sesi tawar menawar.
Dan satu lagi yang peliknya orang-orang di medan ini tidak meng alu-alu kan pelancong, seperti mana jika anda berkunjung ke pulau BALI yang sememangnya terkenal dengan pulau perlancongan dan kesemua orang-orang di sana baik-baik dan suka tolong menolong tanpa mengharapkan upah, jika di medan anda jangan sesekali memberi orang-orang tempatan memegang barang hak milik anda seperti bag atau apa jua sekali pun barang kepunyaan anda ini kerana jika mereka memegang sahaja barang kepunyaan anda, anda haruslah memberi tips kepada mereka sungguhpun anda tidak menyuruh langsung mereka menolong anda, selagi anda tidak memberikan mereka wang mereka akan tetap mengekori anda sehinggalah anda memberikan mereka upah kerana menolong mengankat walaupun sebuah beg kecil anda tetap kena memberi mereka upah.Jadi jika anda ke medan jangan sesekali memberi mereka menolong anda melakukan sesuatu yang boleh membuatkan anda membayar upah tanpa sebab yang munasabah.Disini ada satu lagi peringatan kepada para pelancong yang ingin ke Medan, jika anda tiba sahaja di Airport untuk keberangkatan (departure) pulang ke negara anda anda perlulah mecetak tiket flight dan membayar Airport Tax sebelum berlepas seharusnya anda jangan memberitahu langsung pukul berapa Flight yang anda akan naiki atau pun flight booking number anda,ini kerana jika mereka dapat mengetahui number booking flight anda depa orang akan segera menolong anda untuk mencetakkan tiket flight anda dan terus memberi kepada anda tanpa di suruh kerana dengan cara ini dia orang akan menunggu anda memberi nya upah, sedangkan anda sendiri pun boleh mencetak flight tiket anda dan membayar airport tax tanpa mengharapkan bantuan mereka.Jadi beringatlah kepada semua kawan-kawan yang ingin ke MEDAN! seharusnya make a hotel booking first and bila tiba di airportnya terus dapatkan texi BLUE BIRD dan minta dihantar terus ke hotel dan bila di hotel barulah anda bertanyakan melalui staff hotel bagaimana cara dan siapa yang boleh membawa anda ke tempat yang indin di tuju, kebanyakan hotel mempunyai Tour Guide nya sendiri dan sudah pastinya pihak hotel ingin kan semua guest yang menginap di hotel mereka mendapat layanan yang mesra dan di kenakan harga yang setimpal semasa menginap di tempat mereka.jadi selamat bercuti kepada yang ingin ke MEDAN.

Thursday, June 16, 2011

Medan Trip 2011

Baru Sampai Airport, tengah tengok kul berapa kaunter nak buka nih??uh baru 5am da, flight aku kul 7.40am waktu malaysia ok! so nak buat apa sebelum tu?hemm apa kata kita pe breakfast dulu la ye!

Nak breakfast kat mana lagi kalau bukan MCD! ye tak? mana ada lagi yang paling best nak makan western pagi-pagi cam nie mana nya ada steak house bukak da, so untuk mengalas perut MCD lah yang paling syok layannnn...zassss







Best nya masa nie coz hari yang sangat baik, waktu pagi matahari baru naik so nampak cantiknya kat luar sana..aku suka aku suka..hihihi


Pramugari and Pramugara sedang sebok menjual makanan, aku beli air je coz sat lagi dah nak sampai medan da tak larat nak makan der, tadi baru je makan MCD kat LCCT.

Akhirnya..kini jauh dari malaysia..

Sudah touch down at lapangan terbang POLONIA MEDAN syukur pada tuhan selamat sampai tanpa ada apa apa masalah..amin.




Waktu pagi di medan, sama saja seperti di malaysia orang ramai berpusu pusu keluar mencari rezeki..



Di sebabkan setiap kali pe travelling aku tak pernah booking mana-mana travel agency pun, semua bangsa main redah je walaupun tak pernah pe tempat tu, so we all pun just tahan je texi yang lalu masa tu, mujur tertahan texi yang ada management, kat medan nie kalau nak naik texi seelok-eloknya naik lah BLUE CAB kerana cab ini di manage dengan baik oleh management yang dikira cukup besar lah company nya, dan paling famous lah BLUE CAB nie kat seluruh Indonesia termasuk BALI kerana texi tersebut mempunyai sistem yang boleh mengesan pergerakan texi tersebut, dan jika ada sebarang barang kepunyaan penumpang yang tertinggal di dalam texi tersebut akan dapat di kembalikan semua kepada tuan empunya barang yang hilang, kira sistem yang company nie gunakan kira canggih jugak lah, bermakna jika apa-apa terjadi keatas texi tersebut management nya akan dapat mencari melalui sistem yang telah di pasang kan di dalam kenderaan tersebut, so jika anda ke medan anda berhajat untuk mengunakan texi sila gunakan teksi dari syarikat BLUE BIRD sahaja, kerana pengunaan texi jenis lain di kuatiri tidak menjamin keselamatan diri anda.










Monday, June 6, 2011

Tempat-tempat Menarik Yang Harus Anda Lawati Bila Berkunjung Ke BALI

Banyak sungguh tempat-tempat yang begitu menarik yang boleh kita lawati semasa di pulau bali.Pantai dibawah adalah DREAMLAND BALI BEACH pantainya sangat bersih, cantik dan airnya berwarna biru tua, ramai pelancong asing yang datang untuk mandi manda di sini dan ada juga di antaranya yang sekadar datang untuk berjemur di persisiran pantainya untuk menikmati udara pantainya yang sangat cantik dan segar.








Saturday, June 4, 2011

Berpaling Dari Jannahmu

Malam tadi di sebabkan tak tau apa nak buat, aku ter layan sebuah cerita yang bertajuk Berpaling Dari Jannahmu di astro prima pukul 9 malam para pelakonnya best because siapa tak kenal Nasir Bilal Khan and Fauziah Ahmad Daud (OGY) serta adik Mia Sara, ceritanya tersangatlah touchingnya, ia boleh membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya akan mengalirkan air mata dengan sendirinya, actually aku tertarik dengan background music nya!~ tu yang menyebabkan aku terus duduk terpaku di depan tv semata-mata ingin mengetahui siapakah nama penyanyi untuk lagu itu...puas aku berfikir-fikir siapalah nama penyanyinya..puas aku mencuba tajuk lagu dengan men google, akhirnya pencarian aku berakhir jua setelah terjumpa tajuk lagu yang aku carik itu semasa men google! rupanya lagu nie kepunyaan OPICK - RAPUH aduh..betapa aku  sanggup menunggu cerita yang di tayangkan TAMAT kerana aku nak melihat tajuk yang tertera di kaca TV, akan tetapi ahh..aku cukup hampa kerana semasa cerita itu TAmAT tiada satu ayat pun yang keluarr mengatakan lagu dinyanyikan oleh siapa? Tajuknya apa?uhh sedikit kecewa pada masa itu..so dengan sesegeranya aku men google kan diri.. ada dua buah background lagu yang di mainkan di dalam cerita ini :yang satu tu aku tersangatlah tahunya lagu and nyanyian
penyanyinya-(Uji Rashid)  "Kali Terakhir Kulihat Wajahmu "tu aku tak kisah dan aku biasa mendengarnya akan tetapi sebuah lagu itu sahaja yang membuatkan aku tercarik-carik siapakah dia penyanyinya? Lagu OPICK-RAPUH nie macam aku pernah dengar, tapi aku macam ingat-ingat lupa je, tu yang membuat kan aku mengagau mencariknya sehinggakan terpaksa men google..kan diri semata-mata kerana terasa macam bestnya bait-bait liriknya..uhh cukuplah setakat nie aku membebel pasal lagu favourite ni..
Tapi apa-apa pun cerita BERPALING DARI JANNAHMU itu sangat lah bestnya, ia banyak memberi pengajaran dan tauladan mengenai kita manusia suka dan pandai berjaji sahaja apabila kita tidak memperolehi sesuatu yang belum menjadi hak milik kita, akak tetapi apabila kita sudah dapat apa yang kita idam-idamkan tersebut! kita terlalu cepat melupai janji-janji kita pada tuhan sebelum kita memperolehinya..dan itu lah yang di namakan manusia..manusia sentiasa lupa dan alpa pada sebuah janji yang kita sendiri perkatakan "akan tetapi tidak di kotakan.