Advertlets

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah 1432 Masihi kepada blogger semua! hari nie kita dah pun memasuki tahun baru mengikut  kalender Masihi 1413 Hijrah dah pun habis setahun kita mengharungi suka duka kehidupan untuk tahun 2010, marilah kita sama-sama berdoa semoga kita di panjangkan umur serta di ampuni segala dosa-dosa yang telah lalu oleh Allah s.w.t, semoga dengan hadirnya tahun baru ini dapatlah kita sama-sama mencari keredaan dan keberkatan hidup dari Allah s.w.t,untuk menempuhi perjalanan hidup kita untuk tahun 2011.


12 Rabiulawal 1431 26 Feb 2010 Maulidur Rasul
27 Rejab 1431 10 Julai 2010 Israk dan Mikraj
1 Ramadhan 1431 11 Ogos 2010 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1431 27 Ogos 2010 Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1431 10 September 2010 Hari Raya Puasa/Idul Fitri
1 Zulhijjah 1431 8 November 2010 Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1431 17 November 2010 Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1432 7 Disember 2010 Awal Muharam/Maal Hijrah
Tarikh-Tarikh Penting Yang Patut Kita Ingati di dalam Kalendar Islam 1432 Hijrah 2011

TARIKH HIJRI TARIKH MILADI
HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

Saturday, December 4, 2010

Dunia Di Penghujung Nyawa

Salam to all my fellow folowers, entry aku kali ini sekadar untuk ingat mengigati di antara satu sama lain bahawasanya kita semua adalah  manusia yang hidup di dunia akhir zaman, Jadi mari lah sama-sama kita renungkan dan cuba untuk amalkan.


Cuba lihat tarikh-tarikh tersebut, semua hari-hari yang penting jatuh pada hari Jumaat!
 
(
27-11-2009) Hari Raya Aidiladha "Hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun Baru hijrah "Hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari Krismas "Hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun Baru "Hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur Rasul "Hari Jumaat"
(2-4-2010) Good Friday "Hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari Wesak "Hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari Raya Aidilfitri "Hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "Hari Jumaat"
(5-11-2010) Deepavali "Hari Jumaat"
Adakah KIAMAT sudah hampir????


Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari
JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa-dosa kita semua di  ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan atau di (diringan-ringankan)
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa
 (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak
berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.



Dunia Di Penghujung Nyawa


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
Pada akhir zaman akan terjadinya tanah runtuh, rasuah dan perubahan muka bumi


Pada zaman dulu ada orang yang bertanya Rasuullah:-
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah
bermaharajalela bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita'- Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..
~ memang kita dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak dan bapak pasal malu..kerana mak dan bapak tak kaya-raya!

6) Ramai orang soleh sudah meninggal dunia.


'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama'yang tinggal kini...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh ibu dan bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu memfitnahmu' - Sahih Muslim



12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

- Tengok kes peperangan Iraq


13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumut an sungai-sungai:-Sahih Muslim
- Dubai dan turun salji..Mina dan kena banjir 


PENGERTIAN MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA : Yakin Dan Percaya


- DARI SEGI ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat kita membaca tapi cuba kita sama-sama belajar menghayati dan juga jangan setakat kita tahu , tapi kita tidak cuba untuk mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan  kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang
lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."



Aku sekadar menyampaikan apa yang patut kepada semua..kerana kita sebagai manusia akhir zaman yang masih lagi bernyawa di muka bumi ini hendak lah ingat mengingati di antara satu dengan yang lain..wasalam..

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN-TEMAN LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

MAHA 2010-Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show

Selamat malam all blogger, dah beberapa hari tak meng update blog, tak tau nak mula dari mana dulu? banyak sangat cerita dalam kepala sampai tak tau nak cerita yang mana satu dulu, nyudahnya langsung aku tak update coz otak bercelaru, banyak sangat berfikir yang bukan-bukan serabut lah pulak idea ada cerita ada tapi tak nya aku ceritakan..
Ok lah sebelum ko orang semua pening dengan cerita berbelit-belit aku nie, baik aku mulakan dengan bercerita mengenai lawatan aku baru-baru nie Ke MAHA 2010 di serdang.
Aku yakin ko orang semua tahu sekarang nie kan?Kementerian Pertanian telah menganjurkan pameran pertanian dan asas tani di serdang, dari 26hb November hingga lah 5 December nie,waktu buka dari 10am hingga 10pm, untuk kesana bagi sesiapa yang tak ada keinderaan atau malas nak bawak keinderaan untuk mengelakkan kesesakan, boleh lah menaiki shuttle bus yang telah di sediakan.MAHA 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau Asia.Bagi memperkenalkan aktiviti perdagangan yang akan menarik lebih ramai para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri untuk melihat sendiri hasil pertanian para petani. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia.


Walaupun terpaksa meredah hujan, tetap sanggup kerana ingin melihat sendiri hasil pertanian yang telah di pamerkan di situ.


Sebesar-besar kawasan tu.
 Jadi aku pun tak melepaskan peluang untuk sama-sama pergi untuk melihat sendiri hasil pertanian yang telah di pamerkan di situ, sungguh pun pada petang tadi hujan turun selebat-lebat alam, tapi dah rancang nak pegi teruskan jugak tak kira dah basah kuyup kena siram dek hujan yang penting dapat tengok sendiri hasil tani yang telah di pamerkan dan yang sebenarnya salah seorang dalam group aku nie mengandung dia mengidam sangat nak beli pokok orkid..heiii entah lah orang mengidam nak makan yang dia nie mengidam nak beli sebanyak yang boleh pokok bunga orkid macam-macam orang mengandung nie so nak tak nak kena layan jugak lah kan?kang kempunan pulak anak dalam kandungan dia..hahaa
Yang bestnya berjam-jam si mak buyong nie dok memilih orkid macam-macam jenis pokok orkid yang dia tengok sampai kan naik penat dah kaki masing-masing dok mengikut si mak buyong nie memilih orkid.Nasib baik lah dia beli kalau tak beli tak tau lah aku nak kata apa lagi kat dia, semua pokok dia belek semua bunga dia kata dia suka so belih lah sampai RM300..wohh sampai RM300 dia bantai beli, apa ke benda lah peliknya dia mengidam, nie dah nama mengidam tahap gaban dah nie pokok bunga pun boleh dia beli sebanyak itu peliknya aku? entahlah aku tak paham apa jenis tahap mengidam mak buyong sorang nie!








Melambak orkid cuma pilih dan bayar aje yang mana satu ko orang nak!


Tengok lah tu banyaknya lah pokok orkid dia nak beli
 Masa kat situ aku sempat juga lah melihat bagaimana rupanya periuk kera yang real, kalau tak aku cuma pernah tengok periuk kera kat dataran merdeka je..
Periuk Kera yang pelbagai bentuk


Serta ada pelbagai lagi lah pokok-pokok yang di pamerkan dan di jual kat MAHA ni.
Seperti contoh pokok Bonsai yang di tanam di dalam pasu kecil, nampak semua cantik-canik belaka, tapi sedikit mahal harganya, tapi masih mampu di beli cuma ada sesetengahnya saja berharga ribuan ringgit.
Mini Bonsai datu RM50 tu!


Jadi bagi sesape yang terasa nak membeli belah atau saja-saja nak lihat hasil pertanian, cepat-cepatlah pergi sebelum 5hb December nie key.

ps: Last sekali pesanan aku- support lah Industri Asas Tani negara kita, kerana ia nya memberi banyak peluang rezeki kepada setiap petani-petani di Malaysia.

Monday, November 29, 2010

Jika Ajal Belum Tiba - Keajaiban Manusia dari China

Sebuah Kisah Benar
Seorang Lelaki Di China


Peng Shulin seorang lelaki yang kuat semangat untuk hidup, sungguh pun dia telah kehilangan sebahagian dari angota badannya setelah terlibat dalam sebuah kemalanggan yang dasyat dan hampir-hampir saja meragut nyawanya setelah di gilis oleh sebuah lori sekitar tahun 1995.Kerana semangatnya begitu kuat untuk hidup dia bertahan dan bersabung nyawanya untuk  melawan segala kemungkinan ketika tubuhnya terputus dua semasa digilis. Ini adalah satu kejadian yang begitu luar biasa yang kita sebagai manusia biasa tidak akan menjangka yang dia masih dapat hidup. Kini beliau telah hidup dengan hanya mengunakan sebahagian badannya. Lebih dari satu dekat Peng Shulin telah terlantar sakit, Walau bagaimana pun semua doktor begitu terkejut kerana Peng Shulin masih boleh hidup sungguh pun hanya mengunakan sebahagian atas badannya.


Peng Shulin telah di selamatkan dan para doktor telah berusaha mengambil tisu dan kulit pada bahagian mukanya untuk di tampal ke bahagian yang sudah hancur untuk menutupi sebahagian bawah badannya.
Pada masa itu seramai dua puluh orang pakar perubatan telah berusaha bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawanya tetapi dia masih lagi tidak boleh bergerak dan hanya mampu terbaring di atas katilnya.


Setelah beberapa tahun menerima rawatan dari pakar perubatan, pada akhir tahun lalu dengan tidak di sangka-sangka Peng Shulin telah dapat bergerak dan berusaha untuk hidup dengan hanya mengunakan sebahagian atas badannya yang telah beransur pulih dan berusaha untuk meneruskan kehidupannya seperti sedia kala dengan melaksanakan ruti harian seperti memberus gigi dan mencuci muka pada setiap pagi apabila bangun dari tidur.

Para Doktor di China Rehabilitasi Research Center di Beijing merancang untuk mengantikan bahagian bawah badannya dengan mencipta sebuah alat khas yang seolah-olah nampak seperti sebijik telur dengan mempunyai dua kaki untuk membolehkan Peng Shulin berjalan dan meneruskan hidupnya



Dengan mengunakan alat yang di reka khas oleh para doktor dengan ketinggian "2'6, dengan bantuan alat tersebut kini Peng Shulin telah membolehkan dia berdiri dan berjalan.
Ini adalah satu kejayaan di dalam dunia perubatan moden di mana telah berjaya menghasilkan sebuah alat yang membolehkan Peng Shulin berjalan semula dan dapat meneruskan hidupnya.Begitulah kuatnya semangat Peng Shulin untuk terus hidup.

ps:- Ini semua adalah ketentuan Ilahi, jika ajal belum tiba kita masih boleh berusaha untuk hidup dan jangan sesekali berputus asa dalam meneruskan kehidupan seharian.

Friday, November 26, 2010

Which is more painful ?

Hallo..blogger-blogger semua..apa kata kita lihat story dibawah!
Which is more painful ?
This one...



Kes ni, gf main kayu tiga, boleh main cover line pulak dengan mamat sorang lagi tu..tapi yang pastinya bf dia tak tau cinta 3 segi di antara dia orang bertiga nie! yang mana lagi menyakitkan hati bila dapat tahu?? kes nie boleh jadi haru aku rasa bila terbongkar kot???


Or This ... ????????????

Kes nie pulak lain ceritanya, si bf yang main kayu tiga! Tapi pasanggannya lelaki.So mana lagi parah..agaknya?

 Mana yang lebih menderita, bila cinta di khianati..??cuba ko orang bagi tau aku!

Tuesday, November 23, 2010

Milk - Kisah Susu dan Tiga Orang Lelaki

Salam Blogger Semua !! Hari ini aku ingin bercerita mengenai MILK aku rasa semua orang tahu apa itu SUSU kan?? Wachhha..So jom kita ikuti kisah susu dibawah!

MILK or SUSU

MILK

There were three guys hitchiking along the roads of a plain, boring field because their car overheated from the long drive. Exhausted, hungry, and thirsty from the long walk, they were desperately willing to stay over anywhere. Fortunately, they saw about a mile ahead of them a cow ranch, filled with hundreds of cows. They decided to stay there for the night. So they looked for the main office to ask the ranch owner if they could stay for the night. However, the ranch owner left for the day and no one was there. Too tired from their journey, they decided rather to sleep with the cows than walk forever. They each slept under a cow.

One guy said, "I'm hungry and thirsty, what will we eat and drink?"

Another guy suggested to drink the milk from the cow since they were lying beneath the milk sac. So they began to suck and drink.

The first guy said, "My cow's milk is so good, I finished it all and now I'm full."

The second guy said, "M! y cow's milk is so good, I finished it all and now I'm full."

The third guy said, "My cow's milk doesn't taste quite right."

The first and second guy then said to the third guy, "Well, try another nipple, that one probably has no more milk."
 

The third guy in a confused state exclaimed, "But how come my cow has only one, long, nipple!?" hahahaa..entah aku pun tak pasti ye ker?? sape tahu sila bage komen..wakakakahhhahh..


Sesekali buat lawak apa ada kisah..hahaha

Monday, November 22, 2010

Always Read Proof - Just For Fun Aje Tau!

Hahaha..apakah maksudnya..haru nie?

Always Read Proof-Jangan sesekali main bantai jer!!
Entry aku this time just for fun aje ok..
Sebuah cerita mengenai seorang suami yang ingin meraikan hari ulang tahun perkahwinannya..so ikuti cerita aku di bawah !

A man wanted to celebrate his wife's Birthday by throwing a party. So he ordered a birthday cake.
The salesman asked him what message he wanted put on the cake.
He thought for a moment and said, put "getting older but you are getting better". The salesman asked "how do you want me to put it?" The man said 'Well...put "You are getting older" at the top and "but you are getting better" at the bottom.' huhu haru nie!When the cake was unveiled at the party all the guests were aghast at the message on the cake.
 
It read: "You are getting older at the top, but you are getting better at the bottom"  
PS:-Moral of the Story:

1. Always proof read everything before you send. -Jangan main bantai jerr next time tau!! ingat tu! kalu nak order perkara-perkara yang di anggap special.
2. Don't trust others to write it right for you - And lagi jangan percaya yang si penjual tu tulis semua betul atau dia paham apa yang kita maksudkan!

. 3. Don't order cakes by telephone.- peringatan jangan sesekali membuat tempahan hanya melalui kita call je, tengok di akhirnya kita tak dapat apa yang kita inginkan.D-:

Sunday, November 21, 2010

Kebenaran Tentang Mengapa Perempuan Berbohong Pada Husband

Gambar Hiasan



Semalam aku tulis entry Kenapa Lelaki Yang Sudah Berkahwin Suka Berbohong!
Entry kali nie mengenai Kenapa Perempuan Yang Sudah Berkahwin Juga Berbohong Pada Husband !

Mengapa perempuan berbohong dan bagaimana pun pembohongan mereka adalah berbeza dari  kaum lelaki.

Perempuan yang sudah berumahtangga juga berbohong kepada suaminya!!

1) Atas dasar apa seorang isteri membohongi seorang suami? Berkemungkinan si suami tidak memberi layanan sepenuhnya pada si isteri dari pelbagai sudut, yang seseorang isteri rasakan perlu atau patut di beri perhatian oleh seorang suami atau dia pernah di bohongi oleh si suami satu ketika dulu.

2) Atau pun jika seorang isteri tidak berasa bahagia dengan perkahwinannya dia sanggup berbohong atau membuat onar di belakang suami, dengan kata lain si isteri mungkin merasakan perkahwinannya tidak lagi boleh ditruskan dan dirasainya si suami tidak dapat memenuhi kehendah hatinya atau pun si suami telah terlebih dulu membuat curang di belakangnya dan telah di ketahui olehnya, jadi dia memilih untuk tidak lagi mengharapkan apa-apa dalam hubungan rumahtangganya.

3) Akan tetapi jika seseorang isteri itu berbohong pada suaminya, kerana dia sudah mempunyai lelaki lain di dalam hidupnya bermakna dia sudah tidak lagi mengharapkan apa-apa dari sebuah ikatan perkahwinannya yang selama ini cuba di selamatkan, tidak seperti lelaki ! lelaki berbohong kepada isteri kerana dia tidak mahu isterinya tahu akan kejahatan yang di lakukannya kerana lelaki tidak ingin sesuatu yang menyusah kan hidupnya terjadi di dalam kehidupan seharian atau pun takut si isteri meminta cerai dan akan membuat hidupnya tidak lagi terurus seperti semasa isteri masih berada bersamanya.

4) Jika seseorang isteri telah berani berbohong pada si suami ini bermakna sesebuah perkahwinan itu telah gagal untuk diteruskan lagi, ini kerana jarang sekali seorang isteri akan atau ingin menjadi pembohong atau pun curang di dalam rumahtangga yang telah sekian lama di bina atas dasar cinta, jika ia telah berbohong bermakna hati dan perasaan seseorang isteri itu tidak lagi pada suaminya ini kerana berkemungkinan dia telah lama menyimpan perasaan benci dan dendam di atas segala tingkah laku si suami terhadapnya.Dan tindakan berbohong pada suami adalah keputusan yang nekad akan di lakukan olehnya dan seseorang wanita itu tidak akan berbohong atau menduakan seseorang suami jika dia masih sayangkan rumahtangga yang dibina selama ini.

5) Jarang kita dengar seorang isteri yang baik akan membohongi suaminya, akan tetapi jika seorang wanita atau isteri yang memang telah mempunyai perangai yang tidak baik sahaja yang selalu mencari pelbagai alasan untuk membohongi seorang suami sungguh pun si suami telah memberi segala kehendak dan layanan yang terbaik kepada si isteri.

6) Kesimpulanya seorang isteri tidak akan berbohong pada seorang suami jika keadaannya tidak terdesak atau tidak pernah di curangi oleh si suami.


Ps: Pembohongan yang biasa dan tidak menyebabkan rumahtangga menjadi kucar kacir di lakukan oleh seorang isteri-
1) berbohong yang dia tiada duit simpanan, itu perkara biasa kerana isteri dia tidak mahu suaminya tahu yang dia mempunyai banyak wang simpanan.
2) Berbohong kerana anak telah terjatuh dan luka, ini kerana dia tidak inginkan suaminya risau akan keadaan anak atau takut suami memarahinya.
3) Atau pun seseorang isteri berbohong kepada suaminya jika anak lelaki yang sedang menigkat remaja tidak lekat di rumah jika ketiadaan si bapa, dan si isteri takut anak di marahi oleh suaminya dia akan mengatakan anaknya tidak kemana-mana semasa si suami tiada di rumah.
Ini adalah pembohongan biasa kita dengari bila seseorang isteri tidak ingin si suami balik dari kerja dan marah-marah pada semua isi rumah dek kerana sedikit kesalahan.






Fakta-Mengapa Lelaki Yang Sudah Berkahwin Suka Berbohong??


Sekadar Gambar Hiasan
 Entry aku kali ini mengenai -Mengapa Lelaki Yang Sudah Beristeri Suka Berbohong??

Jawapan yang aku dapati Dari Kaum Lelaki Sendiri !

1) Men lie about affairs because they don't want to face the consequences of their actions if the truth is discovered. These are the reasons I've heard from male friends in this situation.Bukan aku saja-saja reka cerita tau! Ini adalah fakta dan kebenarannya.

2. Fakta yang paling kukuh ialah dia tidak ingin bercerai dengan isteri yang telah di kahwininya! dan sebenarnya dia memang sayangkan rumahtangga yang telah dibina dan tidak juga mahu kehilangan anak-anak yang di sayangi , tidak juga mahu  kehilangan kesenangan hidup bersama isteri dan anak-anaknya.

3.Those who are Chronic cheaters usually have brief flings or one night stands and the other women mean nothing to them at all. (Bagi lelaki yang suka atau kuat menipu hanya ingin beseronok dengan perempuan lain hanya untuk seketika sahaja or mean (One Night Stands)

4. Selalunya lelaki yang suka menipu ini tidak bermain dengan perasaan or hard feeling hanya sekadar untuk hiburan semata-mata.

5. Dan dia percaya yang  He believes he really loves his wife and wants to stay married to her for ever and ever until  the end of their life or lebih senang sampai mati lah di inginkan hubungan perkahwinannya kekal hingga ke akhir hayat, sungguhpun 24/7 dia hidup menipu.

6. Jika tertangkap lelaki yang suka menipu akan menyesal dan mengaku kononnya dia telah menyesali di atas kesalahan atau pun kecurangan yang telah berlaku dan akan memberi seribu janji kepada wanita yang di curanginya! bahawasanya yang dia tidak akan melakukan atau mengulanginya lagi perbuatan jahatnya (Fakta lelaki yang seuka menipu tidak akan menyesali perbuatannya sungguhpun dia memohon apun dan sujut di kaki isteri ini kerana jika ada waktu yang terluang dia tidak akan melepaskan peluang yang ada dan dia akan mengulanginya lagi. )  Boleh percaya ke lelaki suka menipu akan menyesal ??

7. Selalunya si lelaki yang suka menipu sangat senang untuk berkata maaf  dan juga sangat pandai bermain dengan kata-kata! "Ini kerana dia tidak ingin masalah menjadi semakin besar" jadi dia cepat-cepat meminta maaf untuk menutup kesalahan yang telah dilakukanny dan tidak ingin mengambil responsibility untuk apa yang mereka telah lakukan.
8) Selalunya jika seseorang lelaki itu suka menipu pasangannya dia tidak akan banyak masa untuk duduk di rumah, ibaratnya ada-ada saja kerja penting yang nak dilakukannya, dan jika isteri bertanya dia akan memberi pelbagai alasan yang tak masuk di akal.

9) Pendapat lelaki yang suka menipu terhadap wanita (Berbohong adalah wajib kerana tidak ingin menyakiti hati si isteri ! Padahal jika si isteri tahu tengtang pembohongannya ia lebih lagi menyakiti hati isteri yang tahu tengtang pembohongan suaminya)

Pesana Untuk Setiap Wanita: Bagaimana Jika anda mengesyaki anda sedang di tipu apakah yang anda perlu lakukan??

Ps: Setiap wanita di anugerahi naluri untuk mentafsir sesebuah hubungan! Jadi percayalah pada bisikan naluri masing-masing!