Advertlets

Sunday, January 9, 2011

Kelebihan hidup Seorang Mukmin dan Kekurangan Hidup Seorang Kafir

Dipetik Dari Hadits Shahih Al Bukhari

Kelebihan Hidup Sebagai  Seorang Mukmin dan Kekurangan Hidup Menjadi Seorang Kafir
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”

Friday, January 7, 2011

Bahayanya Panadol



Tahukah anda?? Jika mengambil berlebihan atau sentiasa mengamalkan pengambilan Panadol setiap saat apabila anda sakit kepala, ia akan mendatangkan banyak mudarat kepada tubuh badan kita.Panadol adalah sejenis ubat yang boleh merosakkan organ hati. Menurut kata doktor , Setiap pesakit yang mengambil panadol sebagai ubat tahan sakit akan menyebabkan banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan. Tahukah anda bahawa selepas pengambilan panadol ia tidak larut di dalam tubuh kita malah “Panadol akan tinggal di dalam tubuh kita untuk beberapa lama sekurang-kurangnya 5 tahun”. Menurut kata doktor lagi, pernah terjadi pada seorang perempuan yang bekerja sebagai seorang pramugari telah menelan berbiji-biji Panadol setiap kali kedatangan haid pada setiap waktu penerbangaan, beliau berbuat demikian oleh kerana di sebabkan terpaksa kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman untuk melegakan sakit kepala.


ps:peringatan panadol adalah ubat tahan sakit yang sangat bahaya pada sistem tubuh kita! jadi sila jangan amal kan memakan panadol selalu..wasalam semoga harimu seria -ceria selalu...wazzaassssssssssssss

Sunday, January 2, 2011

Dramatis Faizal Yusof meninggal dunia di PUSRAWI kerana serangan jantung


Hanya Tinggal Kenangan Allahyarham Faizal Yusoff -1.1.11


Kenangan Terindah antara Nana dan Allahyarham sebelum mereka berpisah


Semoga rohnya termasuk dalam kalangan orang yang diredai Allah. Al-Fatihah...
 1.1.11 mungkin satu tarikh yang cantik bagi sesetengah ibu bapa yang menerima ke hadiran orang baru (baby) dalam hidup akan tetapi 1.1.11 juga akan menjadikan satu tarikh yang tak mungkin dapat di lupakan oleh sesebuah keluarga yang telah kehilanggan orang yang tersayang kerana pergi menghadap Illahi, sebagaimana kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang dramatis Faizal Yusoff yang telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Di kala kita semua sedang sibuk menyambut tahun baru 2011, beliau telah pun  di jemput oleh Allah s.w.t ke alam barzakh.
Jam 8 malam tadi terkejut sekejap aku bila mana secara tiba-tiba terkeluar muka Allahyarham Faizal Yusoff di kaca Tv dan pembaca berita mengumumkan berita tentang kematian pelakon Faizal Yusof bekas suami kepada artis Siti Nordiana atau Nana telah pulang ke rahmatullah di usia yang muda  pada petang tadi di PUSRAWI kerana serangan jantung, berita memengesahkan arwah meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi pada jam 2.30pm tadi di pusrawi. Menurut berita tersebut jenazah allahyarham faizal akan dikebumikan esok hari pada pukul 10 pagi di kampung keluarganya di Tanah perkuburan batu caves gombak. 
Al-fatihah buat keluarga Allahyarham.
Bila setiap kali mendengar berita tentang kematian, terutama berita tentang kematian mengejut membuatkan aku sentiasa berdebar-debar dan teringat akan insan yang telah hadir dalam hidup ku untuk seketika waktu dan pergi meninggalkan aku tanpa sebarang pesanan dan bila mana aku dapat tahu beliau telah lama pergi meninggalkan dunia yang fana ini, setiap kematian yang mengejut benar-benar membuat aku tak keruan apabila aku mengetahuinya ia cukup memberi kesan yang mendalam dalam jiwa.

Sesungguhnya kematian itu adalah pasti bagi setiap yang bernyawa, cuma bila? dimana? dan bagai mana? itu adalah rahsia Allah. setiap yang hidup pasti akan merasai mati itulah lumrah sebuah kehidupan. Kita juga tidak tahu bila ajal akan menjemput sesungguhnya Allah itu maha mengetahuinya. kepada kita yang masih hidup ini cuba sedaya upaya menyediakan  bekalan  untuk menuju akhirat.

Setip kali mendengar tentang kematian aku sentiasa mengingatkan diri ini!
 Ya Allah sesungguhnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kematian, amalan ku masih belum mengcukupi untuk dibawa menemui mu kelak,sesungguhnya ya tuhan ku, kau berilah aku peluang dan kesempatan untuk berbuat dan memperbanyakkan amal ibadat serta sempat bertaubat dari segala dosa-dosa yang telah aku lakukan, aku jua memohon doa kepada mu agar kau panjangankan lah  usia ku semoga aku dapat memperbanyakkan amalan ku kepada mu untuk di bawa bersama pabila ajal menjemput ku kelak, serta aku juga berdoa semoga engkau ya Allah lindungi lah aku dan keluarga-keluarga ku dari seksa kubur dan seksa dari api neraka mu di hari pembalasan kelak..amin. 
* Semoga Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosa Allahyarham Faizal Yusoff  selama dia hidup di atas muka bumi allah ini, serta di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman dan di redhai Allah..Amin..
* Kepada semua pembaca blogger, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada roh allahyarham Faizal Yusoff


Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011



Salam semua pembaca blog vanilla ! kat sini vanilla ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2011" yang telah pun berlalu beberapa jam yang lepas dan di kesempatan ini juga aku ingin menutup tirai 2010 dan akan membuka tirai baru untuk mengharungi suka duka kehidupan yang akan di teruskan bersama-sama tahun baru 2011. Diharap kepada semua blogger di luar sana menanam azam yang baru untuk mengharungi 2011 pula, andai kata tahun 2010 masih lagi mempunyai azam yang masih belum tercapai untuk di laksanakan, apa kata cuba bawa azam tersebut ke tahun ini 2011 insyaallah mudah-mudahan ia akan terlaksana jua. Sekian coretan  penutup dari ms vanilla to all of u tuk tahun 2010, wasalam.

HAPPY NEW YEAR 2011 AND HAPPY HOLIDAY TO ALL BLOGGER !

Friday, December 31, 2010

7 Keajaiban Dunia

Salam kepada semua pembaca blog and my fellow followers and pembaca blog yang di kasihi. Dah lama tak menulis blog, jadi di kesempatan bercuti-cuti nie aku ada sediakan sedikit info untuk di berkongsi kan kepada you all semua ..so infonya mengenai 7 tempat menarik dan ajaib yang terdapat di dunia yang mungkin ko orang dah tau atau pun ada yang masih belum tahu lagi..wokehh jom ..so apa kata kita teruskan perkongsian aku  hingga ke akhir ...adiossss

 1.) Jurang Grand Canyon
Salah Satu nya ialah Grand Canyon adalah sebuah jurang tebing-curam yang terbentuk oleh Sungai Colorado, terletak di utara Arizona. Jurang ini merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia dan sebagian besar berada di Taman Nasional Grand Canyon, salah satu taman nasional pertama di Amerika Syarikat. Presiden Theodore Roosevelt merupakan salah seorang  pendukung utama wilayah Grand Canyon, beliau sentiasa mengunjunginya tempat ini jika ada masa kelapangan untuk berburu singa gunung sambil menikmati pemandangan alam sekitar yang menakjubkan dan tidak terdapat di tempat lain.


Jurang ini, terbentuk oleh Sungai Colorado yang terbahagi dua oleh sebuah selat selama jutaan tahun lamanya, panjangnya kira-kira 446 km, mempunyai kelebaran yang di anggarkan bermula dari 6km sehingga 29 km dan mempunyai kedalaman yang melebihi dari 1.600 m. Hampir dari 2000 juta tahun yang lampau sejarah sungai colorado dan permukaan Bumi telah terbentuk dan telah di potong oleh Sungai Colorado dan anak sungainya selapis demi lapis sehingga lah Dataran Tinggi Colorado mulai terbentuk.
Grand Canyon telah di jumpai oleh orang Eropa pada tahun 1540, iaitu García López de Cárdenas yang berasal dari Spanyol. Ekspedisi saintifik pertama ke canyon ini dipimpin oleh Mayor AS John Wesley Powell pada akhir 1870-an. Powell menunjuk bentuk lurah yang terbentuk yang terbuka di satu jurang telah di namakan sebagai “daun" ia di beri nama mengikut sebuah buku cerita agung”. Namun yang sedemikian tempat ini telah di jumpai kaum orang Asli Amerika dan telah di jadikan penempatan mereka pada ketika itu.


 

2.) Great Barrier Reef
Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang terbesar dunia yang terdiri dari kurang lebih 3.000 karang dan 900 kepulauan yang telah tebentuk dan membentangi sepanjang 2.600 km. Terumbu Karang ini berlokasi di Laut Koral, selepas pantai Queensland Australia, sebahagian besar wilayah terumbu karang ini telah dilindungi oleh Taman Laut Karang Penghalang Besar (Great Barrier Reef Marine Park) Karang Penghalang Besar (KPB) dapat dilihat dari luar angkasa dan adakalanya ia disebut sebagai organisme tunggal terbesar di dunia. Pada kenyataannya, ia terbentuk dari berjuta organisme kecil, dikenal dengan sebutan polip koral (coral polyp). KPB dipilih sebagai sebagai salah satu khazanah Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981.
  
Kekayaan dari segi georgraphy nya berada di perairan bercuaca panas dan perairan yang bersih dan terapung yang disebut live aboards, Ini telah membuatkan terumbu karang ini menjadi tempat tumpuan pelancong yang sangat popula terutamanya bagi para penyelam scuba. Banyak tempat di sepanjang pesisiran pantai Queensland yang menawarkan perkhidamatan dan pengankutan untuk kemudahan pengunjung ke perairan di mana terdapatnya terumbu karang tersebut yang beroperasi pada setiap hari dan masa. Beberapa buah pulau berhampiran juga telah berubah terkenal dan juga telah banyak didirikan deretan resort untuk kemudahan para pelancong yang datang berkunjung ke sini.
 


 3. Mount Everest
Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan mempunyai ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Gunung Everest adalah gunung tertinggi di duniajika (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet.
Gunung ini telah diberi nama oleh seorang Inggeris iaitu nama Sir George Everest. Nama ini diberikan oleh Sir Andrew Waugh, surveyor-general India yang berbangsaan Inggris yang juga seorang Pendaki Everest. Puncak Everest merupakan salah satu dari Tujuh Puncak tertinggi di dunia.
  

4. Air Terjun Victoria
Air terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling mengagumkan di dunia. Air terjun ini terletak di  Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki kelebaran kira-kira 1 batu (1.6 km), dengan ketinggian 128 m (420 kaki).
penjelajah Scotland, mengunjungi tasik ini pada 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama tempatannya adalah Mosi-oa-Tunya, "asap menggelegak." Air terjun ini merupakan sebahagian dari dua taman negara,  Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan  Victoria Falls national Park di Zimbabwe, dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan objek pelancongan utama di Afrika Selatan.





5. Volcano Paricutín
Paricutin, gunung berapi yang tumbuh dari sebuah ladang jagung
Paricutín-Mexico paling terkenal gunung berapi. Suatu hari pada tahun 1943, seorang petani di sebuah desa kecil di Mexico tengah di negara bahagian  Michoacan pergi ke Paricutin-Mexico untuk mengambil hasil dari ladang jagungnya.Para petani, Dionisio Pulido, sedang asyik mengutip hasil dari tanaman jagungnya ketika ia mendengar pergerakan dar bawah permukaan perut bumi. tanpa di duga oleh para petani tersebut sebuah lubang rekahan besar muncul di tengah-tengah ladang jagung mereka. Mereka semua cuba dengan sedaya upaya menutupi lurah yang terbentuk itu, akak tetapi ia tidak berhasil malah mereka juga dapat menghidu sejenis bau yang sangat busuk yang datang nya dari celah-celah rekahan tanah tersebut, bau yang amat busuk dan tidak dapat di  digambarkan seperti bau sebiji telur busuk.Bau itu yang sebenarnya adalah bau wap belerang yang naik dari celah permukaan rekahan bumi tersebut, semua petani merasa kecewa, dan pada masa itu asap mulai berkepul keluar dari tanah, stim abu-abu naik di sertai dengan asap, jelaga dan abu yang dan lava panas yang mengalir deras. Penduduk dari dua buah desa ini telah menjadikan sebuah memori dalam kenagan mereka. Apa yang mereka saksikan adalah luar biasa, kerana sebuah gunung berapi telah tumbuh dari sebuah ladang jagung milik mereka.  Mujurlah, jenis gunung berapi yang terjadi di Paricutín diklasifikasikan sebagai monogenetik, yang bermaksud ia tidak akan meletus lagi.
Banyak orang datang untuk melawat gunung berapi .Dan di sebabkan sejarah tercetusnya gunung berapi ini ia telah tercatat sebagai salah satu dari 7  keajaiban dunia.




6.Northem Lights
 Salah satu keajaiban dunia adalah Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis. Kejaiban cahaya warna-warni ini terbentuk akibat interaksi lapangan magnetik di Bumi dengan partikel matahari
Sebuah aurora (jamak: aurora atau aurora ) adalah display cahaya alami di  kaki langit , khususnya di daerah kutub , yang disebabkan oleh tumbukan partikel bermuatan diarahkan oleh bumi  medan magnet. aurora Sebuah biasanya diamati pada malam hari dan biasanya terjadi di ionosfer . Hal ini juga disebut sebagai aurora kutub atau, secara kolektif, seperti lampu kutub . Fenomena ini biasanya kelihatan antara 60 dan 72 darja lintang utara dan selatan, yang menempatkan mereka di atas ring hanya dalam lingkaran kutub Artik dan Antartika. Aurora memang terjadi lebih dalam di daerah kutub, tetapi ini jarang berlaku dan sering tak terlihat oleh mata kasar.

7. Perlabuhan Rio de Janeiro
Rio de Janeiro (bermakna “Sungai Januari” dalam bahasa Portugis) adalah ibu kota Negara Bagian Rio de Janeiro di Brasil bagian tenggara.Kota ini mempunyai luas sebesar 1.256 km² dan penduduk sekitar 6.150.000 juta jiwa (2004).Sekitar 10 juta orang tinggal di wilayah metropolitan Rio de Janeiro Raya,yang saat ini merupakan kota terbesar keempat di duniaLetak pelabuhan Rio De Janeiro sangat unik yaitu tepat berada di hujung muara sungai di antara pertemuan laut dan sungai, selain kota pelabuhan kota tersebut juga mempunyai letak dan pemandangan geografi nya yang sangat indah, Brazil ditemui dan dijajah oleh orang portugis pada tahun 1565.
  

Monday, December 27, 2010

Kanser Daripada Sotong Kering

SAY NO!! TO SOTONG KERING! Tapi boleh ke nak kata tak nak kat sotong kering? Apa kata pengemar sotong kering boleh ke dia orang nak kata aku tak akan makan sotong kering lagi, padahal tu lah makanan favourite depa setiap pagi bila pekena nasi lemak? so macam mana la nie, memang dah sah-sah dah bahan yang di gunakan untuk mengawek sotong kering nie cukup-cukup bahaya untuk kesihatan kita..jadi apa perlu kita lakukan untuk tidak menjadi mangsa sisa-sisa toksin nie masuk kedalam urat saraf kita dan di kemudian hari menjahanamkan hidup kita..apa kata mari kita baca info ini sampai habis,dan kalau boleh cuba-cuba lah hindari diri dari menjamah racun ini...

Apa yang ada dalam Sotong Kering !!!

Kita boleh dapat-:Kanser ia Mengandungi logam toksik sama seperti bahan yang berada dan di buat untuk menjadikan sebuah bateri, plastik dan baja fosfat.So apa patut kita buat!@!

Oleh NIZHA PERIASWAMY


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.



ps:-Lupakan sotong kering dalam hidangan breakfast anda!!!

 

Sunday, December 26, 2010

Pernah Terfikir Tak ? If Condoms Had Sponsors ! 18SX









Alooo Blogger n Follower Sekalian, pernah tak ko orang semua terfikir jika ???
If Condoms Had Sponsors,  You might Find Them Packaged Like These Kot??
Aku rasa mungkin ada kita jumpa condoms yang di pack mengikut sponsors masing-masing kot?? tapi lucky lah condoms bukan barang yang di sponsors oleh jenama-jenama tersebut kalau tak ???emmmm...no komen..hahaa

  

Jika Bosan ! Apa yang Aku Selalu Lakukan!

Mula -Mula Order Domino


Bila Dah Sampai

Makan Sorang-sorang


Makan Sampai Penat
 Apa yang aku selalu lakukan jika bosan berada dirumah keseorangan !!
Arghhh...bosannya hari-hari bila kat rumah aku sorang-sorang je, setiap hari atau hujung minggu mesti membosankan jika tak kemana-mana. Rumah ku sentiasa kosong tidak berpenghuni yang ada hanya aku seorang diri melayan diri jika bosan menonton tv aku akan mendengar radio jika bosan lagi aku update blog, jika tak ada entry baru yang nak di tulis aku chat FB, tapi jika semua pekara trsebut tetap juga tidak dapat menghilangkan tahap keboringan yang melanda hidup aku sehari harian apa lagi yang aku mesti buat untuk menghiburkan hati ini..arghhh cuma satu saja lagi pekara yang aku mesti buat "Ya sudah semestinya memesan Pizza Hut or  Domino Pizza untuk di delivery kan at home" So order sampai depan pintu terus makan, dan makan-makan lagi sampai penat nak makan..itu adalah pekara biasa aku buat bila aku tidak mempunyai aktiviti yang ingin di lakukan pada hujung minggu, akan tetapi jika ianya masih lagi tidak boleh mengatasi masalah keboringan yang masih melanda ku ini apakah lagi yang perlu ku lakukan..!!!

2010 Hampir Ke Penghujungnya.


Belajar Mencari Keredhaan Hidup Dari Yang Maha Berkuasa.

Salam semua, pejam celik pejam celik kini kita makin hampir ke penghujung tahun 2010, beberapa hari lagi kita akan memasuki ambang 2011, jadi pelbagai kenangan suka dan duka yang kita lalui pada tahun 2010 masih lagi segar di dalam ingatan tak kira ia sebuah kenangan manis atau pahit dalam hidup seseorang itu walaupun kini kita hampir saja meninggal kan tahun 2010 dan akan melangkah terus ke ambang 2011 tanpa boleh mengubah walau sesaat pun segala memory suka duka yang telah terpahat di jiwa masing-masing..perkara yang telah terjadi tetap menjadi sebuah memory yang tak mungkin dapat di ubah lagi, sungguhpun masa berlalu begitu pantas sesekali kita sebagai manusia yang masih lagi dapat menikmati kehidupan di alam ini patutlah bersyukur ke hadratnya kerana kita masih lagi salah seorang insan yang dipilih olehnya untuk menghirup udara percuma yang telah di berikan kepada kita. Jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang telah pun kembali untuk selamanya tanpa dapat merasai nikmat yang masih kita semua rasai, jadi marilah kita sama-sama menafaatkan sisa-sisa hidup yang telah di anugerahkan oleh nya kepada kita dengan cuba memperbanyakkan amalan ibadah dari hari kehari, dan memperbanyakkan doa untuk kesejahteraan hidup serta mencari keredhaan dari nya..amin.

Saturday, December 25, 2010

Join Contest Aku Dan Kacamata

Salam kepada semua blogger yang di sayangi, aku terpanggil untuk menjayakan contest Aku dan Kacamata yang di anjurkan oleh Saudara Mohd Syafiq, sungguhpun aku adalah seorang yang begitu low profile dan langsung tidak ingin menunjukkan diri atau siapakah aku kepada khalayak ramai...kerana aku berblog bukan untuk mengejar glamour akan tetapi aku berblog kerana untuk kepuasan diri semamata-mata, bagi aku cukuplah blogger and follower yang ada sekelian mengenali aku dengan membaca entry yang di tulis oleh aku tanpa perlu melihat siapakah aku.. Akan tetapi ini tidak bermakna aku tidak ingin join the contest, walaubagaimanapun aku tetap upload juga gambar aku dan kacamata untuk menyertai contest yang di jayakan oleh Mr.Syafiq yang mengajak semua blogger memeriahkan lagi contest yang telah di anjurkan oleh nya..aku juga tak ketinggalan untuk menjoin kan diri dan telah membuat keputusan untuk mempamerkan diriku...untuk mengambil bahagian di dalam contest ini...so mari beramai-ramai melihat wajah aku dan kacamata ...yang telah aku sediakan untuk join the contest....
Ok. mari kita lihat siapakah yang kena. !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
huhuhu...ini dia msvanillaespresso dengan kaca mata
So harap Mr. Syafiq berpuas hati with the picture...

Biodata :
Name:Vanilla Espresso
Sex: Female vs Male
Join The Contest Aku Dan Kacamata
2 orang mangsa aku ialah :Mr.Syazwan and Mr.Zwan Sabri 
so pada you all berdua sesilakan lah join the contest yang telah di anjurkan oleh Mr.Syafiq kita..wasalam...