Swimming Pool time! |
Ramainya orang?Ohh lupa hari nie sabtu? kuang-kuang-kuang |
Baru nak ambil towel ! tak sabar sangat lah semua tu nak mandi-manda!! mandi lah sampai jadi dugong! lepastu senang boleh terus kelaut..wakakakaka.. |
Pemandangan yang sangat cantik! Swimming pool yang menghadap ke laut |
Cuba tengok betul-betul! apa dia orang buat? nie lah yang di katakan orang lain tak terfikir pun nak buat, dia orang nie buat??? |
Lepas check in masuk bilik letak segala bagai, pastu terus je buat aktiviti. patutnya kita orang nak ge pangkor tapi tak jadi kensel ok! coz memandangkan hari pun dah pukul 2.30 petang nanti kalau pe ke pangkor takut tak sempat pulak nak balik, kang nak kena waiting the feri pulak masa dah suntuk, last feri pukul berapa pun kita orang tak pasti! so yang lagi bagusnya dok kat hotel pastu mandi-manda sepuasa hati, suka hati masing-masing lah ye ! berapa lama nak berendam kat dalam kolam tu boleh saja, kalau sampai kecut baru nak naik pun tak pe tak ada sapa nak larang kan?
Bila dah jumpa air masing-masing macam tak penah mandi kolam, macam anak itik kuar dari reban jumpa air cam tu lah dia orang semua nie! kalau tak percaya tengok lah picture kat atas tu, betul kan?
Masa mandi aku lah yang paling takut sekali, yelah aku takut kalau kolam tu dalam aku nie dah lah tak tau nak berenang langsung! kalau mandi kat swimming pool kat umah aku pun! aku dok kat area tangga je! tak pegi dah aku ke tengah-tengah kolam... nanti aku takut lemas,kang tak ada orang pulak nak selamatkan aku..wakakakaka. Macam kat sini jugak lah aku mandi kat area tepi-tepi kolam je! yelah takut kan tu le pasal?. Tapi si member-member aku nie siap tarik aku lagi bawak aku pe ketengah-tengah kolam tu..!! tak ke dajal namanya tu?jahat sungguh dia orang semua nie, lagi aku takut lagi di tariknya aku sampai ke tengah-tengah kolam. masa tu apa lagi acik tejerit-jerit lah kan macam orang sawan air! hihihi, dia orang pakat-pakat gelak lah kan siot je..ha.. sesuai sangat lah tu kan! gelak-gelak kan! aku punya lah meronta-ronta tak nak pe...hei..macam-macam perangai pelik kenkawan aku nie! kalau bab mengenakan orang ha..serah kat dia orang semua! masa tu aku kena kaw-kaw tau!eeeeee..geramnya.. tapi apa nak buat! semuanya kenkawan aku jugak? eee..rasa macam nak marah pun ada masa tu! tapi tak leh..nak marah..semuanya bukan kepala betul semua jenis ting-tong..so biar kan je le..
No comments:
Post a Comment