Advertlets

Wednesday, February 9, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin Pahang




<>
Ikan Patin yang baru di bawak naik dari sangkar (masih fresh tu !!) Mula-mula keplanya di potong dua supaya senag untuk di masak Asam Tempoyak nanti !
Ikan Patin Sangkar Sungai Pahang



Cili Padi Kg and Bawang yang sudah di bersihkan

Haha masa untuk menumbuk kesemua bahan tadi

Goreng Ikan Terlebih dulu ! eikk jangan silap nie menu Ikan Patin Goreng Tumis Cili Api kg..


Haa yang ini baru le Ikan Patin Masak Tempoyak



Setelah di Goreng

Sudah Siap Ikan Patin Goreng Cili Api kg


Sudah Siap Ikan Patin Masak Tempoyak ..sedia untuk di makan !!

Wokeh apa kata kali ini kita bercerita mengenai
 IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK DARI TEMERLOH PAHANG
huhu semua orang tahu bukan kalau sebut je ikan patin dah tentu orang akan teringat TEMERLOH !!
Ye lah mana tak nya TEMERLOH kan bandar IKAN PATIN so memang sinonim sangat lah Temerloh dan Ikan Patin nya. Kata orang kalau dah ke temerloh tu tak merasa masak tempoyak Ikan Patin nya tak syok lah perjalanan tu kan ! alah lagi pun dah alang-alang menjejak kaki ke sana apa lah salah nya kalau kita merasa masakan yang memang dah popular di kalangan orang tempatan dan juga pengunjung yang menjejaki kaki ke bandar ikan patin tu kan?
Aku kalau dah sampai ke temerloh dah sah-sah aku akan beli 2 or 3 ekor Patin bawak balik KL mana mungkin aku nak membiarkan ianya berlalu tanpa membeli sebarang seekor dua si patin yang memang dah buat aku ketagih memakan nya sejak aku mengenali Ikan tersebut. Dan aku juga boleh di kata kan biasa sudah memasak ikan tersebut, so tak menjadi hal kepada aku untuk memasaknya pabila tekak ini teras mengaum-ngaum buat meroyan nak kan PATIN MASAK TEMPOYAK mengalah kan aku berbadan dua aje..hahaha
Patin Sangkar sungai pahang tak hanyir langsung kerana di bela di dalam air sangkar di dalam sungai pahang yang di mana airnya mengalir deras, tidak seperti ikan patin kolam yang di bela di sekitar KL yang dah sememangnya terasa hanyir bau tanah, yang membuatkan tekak sesapa yang dah biasa memakan Ikan Patin Sangkar Sg Pahang merasa loya apabila memakan Ikan Patin Kolam Bela Air Bertakung di Sekitar KL..
So bagi sesape sahaja yang berkesempatan menjejak kan kaki ke TEMERLOH PAHANG jangan lepaskan peluang untuk merasa dan membeli Ikan Patin nya..ok selamat mencuba adioss  amigosss...waacauuuu dulu..hihihi

No comments:

Post a Comment