Advertlets

Friday, February 11, 2011

Tarian Poco-poco

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu
yang menggemparkan (masa dalam PLKN,secara
paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah
tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat
penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca
emel in
"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
 masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh-pocoh ini berasal dari Filipina bukannya dari
 Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
 menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
 bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

 Mungkin kita tidak perasan| kerana kita suka mengikut-ngikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
 apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
 maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
 yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
 tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
 Marilah kita sama-sama fikirkan"
 Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
 WALLAHUALAM....


Wink! Wink aku hanya menyampaikan saja..lain-lain tu hangpa fikirlah sendiri...ye!

Poco-Poco yg tersirat - PENTING SEBARKAN KALAU KITA FIKIR DENGAN AKAL YANG LOGIK PUN BETOI GAK TARIAN INI…YA ALLAH




No comments:

Post a Comment