Di sebabkan setiap kali pe travelling aku tak pernah booking mana-mana travel agency pun, semua bangsa main redah je walaupun tak pernah pe tempat tu, so we all pun just tahan je texi yang lalu masa tu, mujur tertahan texi yang ada management, kat medan nie kalau nak naik texi seelok-eloknya naik lah BLUE CAB kerana cab ini di manage dengan baik oleh management yang dikira cukup besar lah company nya, dan paling famous lah BLUE CAB nie kat seluruh Indonesia termasuk BALI kerana texi tersebut mempunyai sistem yang boleh mengesan pergerakan texi tersebut, dan jika ada sebarang barang kepunyaan penumpang yang tertinggal di dalam texi tersebut akan dapat di kembalikan semua kepada tuan empunya barang yang hilang, kira sistem yang company nie gunakan kira canggih jugak lah, bermakna jika apa-apa terjadi keatas texi tersebut management nya akan dapat mencari melalui sistem yang telah di pasang kan di dalam kenderaan tersebut, so jika anda ke medan anda berhajat untuk mengunakan texi sila gunakan teksi dari syarikat BLUE BIRD sahaja, kerana pengunaan texi jenis lain di kuatiri tidak menjamin keselamatan diri anda. |
No comments:
Post a Comment