Advertlets

Showing posts with label Hari Raya Qurban. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Qurban. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Melahar Sambil Beraya

Menikmati suasana kg, sungguh pun tak balik kg..hihihi

 




Macam-macam ada..tengok lah tu perangai! suka benar buat perangai pelik-pelik kenkawan aku nie!!

  Salam dan selamat hari raya Qurban for all my fellow followers.
Petang tadi di sebabkan tak kemana-mana aku pergi beraya nun di batu 12 gombak, di sebuah kampung seorang sahabat aku yang beria-ia mengajak kita orang datang beraya ke rumahnya kerana katanya dia ada menyembeleh lembu qurban di pagi hari raya.Jadi kami pun berkunjung lah ke rumahnya pada petang tadi! Tak pernahnya sampai aku ke sana.So bila sampai saja di kampung member aku nie wahh!! terkejutnya aku tak sangka di pinggiran ibu kota kuala lumpur nie masih ada lagi kampung rupanya! tak pernah lah aku tau selama nie batu 12 nie kampung, nak masuk ke kawasan kampung member aku nie kena lalu sungai..oo ini lah sungai gombak baru aku tau, tapi air  nya boleh di katakan bersih jugak lah kalau nak di bandingkan dengan air sungai klang yang keruh dan nampak kotor.
Sesampainya kita orang di kawasan rumah member aku nie..tekejut besar aku..wahh cantiknya kampung nie sebijik macam terasa berada betul-betul kat kampung zaman-zaman dulu, rumah jauh-jauh antara satu dengan yang lain, banyak pulak pokok-pokok besar yang tumbuh liar ada paku pakis di sepanjang jalan semasa nak menuju ke kawasan rumah.Terasa pulak macam berada di kampung nenek aku dulu masa kecik-kecik..hihihi..
Masuk-masuk je kawasan pekarangan rumah dah bau harum semerbak..bau apa tu? bau sup tulang yang tengah rebus..uhh terasa lapar lah pulak perut aku nie..




Satu periuk besar tu..tak hinggat 


Di sebabkan perut pun dah keroncong jadi sampai-sampai je kita orang terus ambik pinggan tak tunggu dah!! buat muka selamba je! masing-masing bangsa muka memang tebal 10 inci punya, mananya tau malu kat tuan rumah..semua jenis jalan saja buat macam tak ada orang kat sekeliling apa ada kisah kat orang, janji makan..kan??hahhaa..
Banyak lah pulak makanan, sampainya tak tau mana satu aku nak makan dulu..ahh layan saja..semua makanan aku makan..ye lah tuan rumah buat qurban dah tentu le seperiuk sup tulang ada depan mata tengah masak lagi tu..tapi sanggup tunggu sampai lah tuan rumah kata boleh makan, so dengan muka yang memangnya tebal terus je ambik sup dari periuk tak tunggu dah tuan umah tolong sendukkan..ambik sendiri terus..hahaha..terukkan geng-geng aku!!wakakakahahaha..alah lagi pun nak malu apa si tuan rumah husband and wife geng aku jugak so layan saja..




Huhu..tengok lah tu dah tak sabar-sabar nak makan!


Isi sampai penuh..selagi boleh..hahahah!!





Siap ada BBQ lagi tu mana perut aku tak kenyang tahap gaban!


Ada Western food bagai!

Mula-mula makan ok je muka...tengok kejap lagi macam mana muka masing-masing bila dah kekenyangan??
 
Tengok lah muka masing-masing dah kenyang sampai nak pengsan pun ada, tu lah makan lagi tak hinggat dunia..wakakaka

Anyway berbanyak terima kasih pada tuan rumah se family coz hidangkan makanan yang semuanya sedap-sedap belaka, dan tak lupa tuan rumah telah menapaukan we all semua dengan sup tulang, daging panggang, kuih raya and tak ketinggalan juga 1kg seorang daging Qurban..tu yang bestnya..hihi..apa-apa pun selamat menyambut hari raya qurban to all of my blogger friends.wasallam..




Selamat Hari Raya Qurban 1413 Hijrah 2010

Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban 1431 Hijrah 2010 atau Adiladha to all my fellow followers, esok hari semua umat islam akan menyambut hari raya Qurban.
Sedikit ilmu untuk di kongsi bersama:-
Dalam satu riwayat daripada Aisyah, disebutkan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dahulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).

 
Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban), dan bahawa pada hari Kiamat kelak korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang melakukan korban itu akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu,maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak dengan Allah.
Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Maka, salah satu caranya adalah dengan berkorban. Oleh yang demikian itu, maka sewajarnya kita menginsafi kembali akan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: ”Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami.” (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” tanya sahabat. 
‘‘Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim,” jawab Rasulullah. 
“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat itu lagi. 
‘‘Setiap helai bulu haiwan korban itu merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah. 
Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia di atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: ”Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan ke atas Ismail a.s.” (As-Shaffat: 107)
Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan.
Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya, Ismail, selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah s.w.t menguji kekukuhan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup, iaitu pengorbanan jiwa dan raga.
Menurut Imam Syafie, hukum korban adalah sunat muakkad yang amat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia adalah amalan yang amat dikasihi Allah pada hari nahr (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama yang menyatakan ia adalah wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah yang bermaksud: ”Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu) dan berkorbanlah.” (Al-Kauthar: 2)
Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Nabi Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat demi mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepada-Nya. Manakala anak yang kedua juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh hal yang demikian itu, korban anak yang pertama diterima di sisi Allah s.w.t, manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) daripada yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Habil) menjawab: “Hanyalah Allah menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah: 27)
Amalan ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.” (Al-Shaffat: 102)
Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s menyembelih Ismail kemudian membatalkannya dan menebusnya dengan seekor kibasy? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa sahaja bahawa tiada sesuatu yang mahal atau amat bernilai untuk dikorbankan apabila telah tiba panggilan atau seruan Ilahi. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah s.a.w kepada manusia.

 
Amalan berkorban dalah sebahagian usaha mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah s.w.t dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Manakala amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Ibadah korban adalah memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah s.w.t setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan-syaitan – menjauhkan diri daripada Allah serta mengingkari larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi, yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi haiwan sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.
Berpandukan daripada kisah Habil dan Qabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik (sihat) dan berkualiti, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi makna sama sekali untuk Allah kerana Dia adalah Allah Yang Maha Agung, yang tidak memerlukan daripada apa-apa pun.
Dengan korban tersebut diharapkan agar ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjuk-Nya. Oleh hal yang demikian itu, kunci kepada semua amalan baik sama ada amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)
Apabila melakukan korban haiwan ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban / haji, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan apabila disertai oleh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sikap itulah yang akan membezakan daripada pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.jadi mari lah sama-sama kita semua menghayati erti Qurban..wasalam