Advertlets

Wednesday, February 9, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin Pahang




<>
Ikan Patin yang baru di bawak naik dari sangkar (masih fresh tu !!) Mula-mula keplanya di potong dua supaya senag untuk di masak Asam Tempoyak nanti !
Ikan Patin Sangkar Sungai Pahang



Cili Padi Kg and Bawang yang sudah di bersihkan

Haha masa untuk menumbuk kesemua bahan tadi

Goreng Ikan Terlebih dulu ! eikk jangan silap nie menu Ikan Patin Goreng Tumis Cili Api kg..


Haa yang ini baru le Ikan Patin Masak Tempoyak



Setelah di Goreng

Sudah Siap Ikan Patin Goreng Cili Api kg


Sudah Siap Ikan Patin Masak Tempoyak ..sedia untuk di makan !!

Wokeh apa kata kali ini kita bercerita mengenai
 IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK DARI TEMERLOH PAHANG
huhu semua orang tahu bukan kalau sebut je ikan patin dah tentu orang akan teringat TEMERLOH !!
Ye lah mana tak nya TEMERLOH kan bandar IKAN PATIN so memang sinonim sangat lah Temerloh dan Ikan Patin nya. Kata orang kalau dah ke temerloh tu tak merasa masak tempoyak Ikan Patin nya tak syok lah perjalanan tu kan ! alah lagi pun dah alang-alang menjejak kaki ke sana apa lah salah nya kalau kita merasa masakan yang memang dah popular di kalangan orang tempatan dan juga pengunjung yang menjejaki kaki ke bandar ikan patin tu kan?
Aku kalau dah sampai ke temerloh dah sah-sah aku akan beli 2 or 3 ekor Patin bawak balik KL mana mungkin aku nak membiarkan ianya berlalu tanpa membeli sebarang seekor dua si patin yang memang dah buat aku ketagih memakan nya sejak aku mengenali Ikan tersebut. Dan aku juga boleh di kata kan biasa sudah memasak ikan tersebut, so tak menjadi hal kepada aku untuk memasaknya pabila tekak ini teras mengaum-ngaum buat meroyan nak kan PATIN MASAK TEMPOYAK mengalah kan aku berbadan dua aje..hahaha
Patin Sangkar sungai pahang tak hanyir langsung kerana di bela di dalam air sangkar di dalam sungai pahang yang di mana airnya mengalir deras, tidak seperti ikan patin kolam yang di bela di sekitar KL yang dah sememangnya terasa hanyir bau tanah, yang membuatkan tekak sesapa yang dah biasa memakan Ikan Patin Sangkar Sg Pahang merasa loya apabila memakan Ikan Patin Kolam Bela Air Bertakung di Sekitar KL..
So bagi sesape sahaja yang berkesempatan menjejak kan kaki ke TEMERLOH PAHANG jangan lepaskan peluang untuk merasa dan membeli Ikan Patin nya..ok selamat mencuba adioss  amigosss...waacauuuu dulu..hihihi

Tuesday, February 8, 2011

Melayan Tekak with Kerang and Tauhu Bakar

Kerang Bakar


Tauhu Bakar
 


Sauce Kerang-tak hinggat mintak sampai dua, makan pun belum lagi..wakakaka
 Petang tadi balik je dari koje tekak terasa nak makan kerang bakar dan tauhu bakar lah pulak! adusss macam-macam lah tekak aku sekarang ni ada-ada je, ngalah kan orang mengandung lah pulak pada hal bila masa pulak aku  pregnant nya ulosss..macam-macam daa kau tekak, mujur lah ko mintak kerang bakar and tauhu! buat nya ko mintak hati gajah ke burung unta ke?mana lah pulaknya aku nak mencarik menatang tu, tak ke nyanya aku di buatnya..emmm apa-apa pun petang tadi aku dah memamah kerang and tauhu sampai lebam, sampai brader gerai tu pun naik hairan bin ajaib nengok aku melahap 3 magkuk kerang and 1 pinggan tauhu !! agaknya apa lah berader tu cakap dalam hati dia bila nengok aku makan macam gitu yek? mesti berader tu pelik agaknya budak nie dah setahun tak makan kerang kot? tu lah pasal dia makan kerang sebanyak ini..hahaha tapi ada aku kisah apa berader tu nak kata kat aku, suka hati dia lah apa nak kata pun..wakakakakahhhhh.

Sunday, February 6, 2011

Jom Pekena Sup Be Dengung

Sup Be-Dengung memang bedengung pun pabila merasanya, sup bedengung ni hanya boleh di dapat at NILAI je. Pada sesape yang suka pe ke NILAI tu apa kata ko orang pe makan sup kat sini, harga nya tak lah mahal sangat dalam RM40 untuk 4 orang makan tu pun dah campur dengan minuman sekali kira ok lah kan! tapi apa-apa pun pada sesape yang ke NILAI di persilakan merasa sup BE DENGUNG ni yerkk!!


Ada segala bagai jenis pilih je, nak sup kaki lembu, sup tulang, sup ekor bagi tau je mana satu nak makan tentu beres..hahaha



Sup Daging


Ini dia sup perut lembu..best nie !!







Haa..kalau nak tahu nie lah sup lidah lembu campur perut and daging, emmmphhh best sesangat sungguh pun aku tak pernah memakan lidah lembu tapi bila petama kali aku memakannya terasa begitu nikmat nya lidah lembu nie lembutnya lagi best dari makan daging lembu, kalau ko orang tak pecaya ko orang boleh try oder kalau ko orang sampai ke sini nanti ok ! kalau dah rasa bagi tau aku apa rasanya..tentu-tentunya ko orang akan berpendapat seperti aku jugak wehh !!

Perhhh..best bebenor le hari nie, tak penahnya aku dapat merasa sup sesedap ni, baru 1st time aku merasa sup yang betul-betul kaw cam gini bentuk rupanya pendek kata  boleh di ketogotikan sebagai sup yang cukup dengan segala bahan nya. Ngan terasa masin, masam,pedas manis air tulang lembu segala bagai terasa..bila petama kali meghirup kuahnya yang panas berasap tu !


Nie Kawan aku yang sesuka hati memintak tanduk lembu dari brader kedai tu tuk di ambil gambar kenang-kenangan kata nya ! dah memang semua kenkawan aku berperangai pelik cam gini tak kira di mana dan tempatnya..hihihi


Cara-cara membuat sup Be-Dengung umppphhh superb !!

Huhu..Best lah dia oarang bedua nie, sempoi siap posing bagai atas pemintaan aku nak ambik gambar dia orang bedua tuk di muatkan kedalam blog aku !
(perhhh yang penting sup korang meletopppp and superb and aku ucap berbanyak thank you kat ko orang bedua coz sudi membenarkan gambar ko orang di rakam oleh aku wehh!!)
Tak sia-sia aku datang dari KL semata-mata nak merasa sup Be-Dengung ko orang memang sedap and the boomm !! memulanya aku cam pelik je nape lak si brader ni guna botol susu ..time-time nih, rupa-rupanya jus limau ada dalam botol susu yang di orang pegang tu..hahaha..
Botol susu pun botol susu le..brader janji meletopp sup ko orang tak gitu!

Sup Tulang campur daging


Wednesday, February 2, 2011

Port Dickson Trip

Day Trip To PD, basically this is not the first time i came to PD..this time tah untuk ke berapa puluh kalinya I be there hihi, by the way I love to came here just for tenangkan fikiran yang sudah penat seharian bekerja with friends sambil mandi-manda dan bersantai di tepian pantai melihat gelagat pengunjung yang datang dari segenap pelusuk dunia.Jika jumaat malam sabtu uhh lagi lah ramainya ! tapi jika cuti umum tak kurang hebatnya pengunjung datang bersama-sama keluarga untuk bercuti. Aku suka datang ke PD coz tempat nya tak berapa jauh dari Kuala Lumpur so disebabkan itu aku lebih suka bercuti-cuti ke PD dari tempat lain yang lebih jauh sedikit dari Kuala Lumpur.so apa kata aku bagi ko orang semua menikmati gambar-gambar yang dah aku ambik ni untuk tatapan mata ko orang.ok mari kita layan...............


Selain dari Banana Boat ada lagi satu permainan yang seolah olah sebijik kerang yang di main oleh pengunjung yang datang kesini, cuma aku rasa ada sedikit kelakar bila depa naik pelampung nie, kerana depa kena baring terlentang dengan kaki tergoyang-goyang di bawa arus laut..hahahaha

Ketika Air Laut Pasang

Ehh ?? ni apa hal pulak nie, tetiba lepak at PD tulis BALI lak nih?? nie sah dah tak sabar nak pe Bali nie..tu lah pasal sampai terbawak-bawak angan-angan tu kesini kot..hahaha

I LOVE YOU TOO !!!



Beautiful Beach

Istana Pasir


Budak-budak Asyik Bermain

Santai dan Bina Istana Pasir




Jika ke PD aku tak akan lepas kan peluang untuk menjelajah di sekitar pasar malam untuk membeli makanan. Pasar Malam ini di ada kan pada malam Sabtu.