Advertlets

Sunday, January 2, 2011

Dramatis Faizal Yusof meninggal dunia di PUSRAWI kerana serangan jantung


Hanya Tinggal Kenangan Allahyarham Faizal Yusoff -1.1.11


Kenangan Terindah antara Nana dan Allahyarham sebelum mereka berpisah


Semoga rohnya termasuk dalam kalangan orang yang diredai Allah. Al-Fatihah...
 1.1.11 mungkin satu tarikh yang cantik bagi sesetengah ibu bapa yang menerima ke hadiran orang baru (baby) dalam hidup akan tetapi 1.1.11 juga akan menjadikan satu tarikh yang tak mungkin dapat di lupakan oleh sesebuah keluarga yang telah kehilanggan orang yang tersayang kerana pergi menghadap Illahi, sebagaimana kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang dramatis Faizal Yusoff yang telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Di kala kita semua sedang sibuk menyambut tahun baru 2011, beliau telah pun  di jemput oleh Allah s.w.t ke alam barzakh.
Jam 8 malam tadi terkejut sekejap aku bila mana secara tiba-tiba terkeluar muka Allahyarham Faizal Yusoff di kaca Tv dan pembaca berita mengumumkan berita tentang kematian pelakon Faizal Yusof bekas suami kepada artis Siti Nordiana atau Nana telah pulang ke rahmatullah di usia yang muda  pada petang tadi di PUSRAWI kerana serangan jantung, berita memengesahkan arwah meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi pada jam 2.30pm tadi di pusrawi. Menurut berita tersebut jenazah allahyarham faizal akan dikebumikan esok hari pada pukul 10 pagi di kampung keluarganya di Tanah perkuburan batu caves gombak. 
Al-fatihah buat keluarga Allahyarham.
Bila setiap kali mendengar berita tentang kematian, terutama berita tentang kematian mengejut membuatkan aku sentiasa berdebar-debar dan teringat akan insan yang telah hadir dalam hidup ku untuk seketika waktu dan pergi meninggalkan aku tanpa sebarang pesanan dan bila mana aku dapat tahu beliau telah lama pergi meninggalkan dunia yang fana ini, setiap kematian yang mengejut benar-benar membuat aku tak keruan apabila aku mengetahuinya ia cukup memberi kesan yang mendalam dalam jiwa.

Sesungguhnya kematian itu adalah pasti bagi setiap yang bernyawa, cuma bila? dimana? dan bagai mana? itu adalah rahsia Allah. setiap yang hidup pasti akan merasai mati itulah lumrah sebuah kehidupan. Kita juga tidak tahu bila ajal akan menjemput sesungguhnya Allah itu maha mengetahuinya. kepada kita yang masih hidup ini cuba sedaya upaya menyediakan  bekalan  untuk menuju akhirat.

Setip kali mendengar tentang kematian aku sentiasa mengingatkan diri ini!
 Ya Allah sesungguhnya aku belum bersedia untuk menghadapi sebuah kematian, amalan ku masih belum mengcukupi untuk dibawa menemui mu kelak,sesungguhnya ya tuhan ku, kau berilah aku peluang dan kesempatan untuk berbuat dan memperbanyakkan amal ibadat serta sempat bertaubat dari segala dosa-dosa yang telah aku lakukan, aku jua memohon doa kepada mu agar kau panjangankan lah  usia ku semoga aku dapat memperbanyakkan amalan ku kepada mu untuk di bawa bersama pabila ajal menjemput ku kelak, serta aku juga berdoa semoga engkau ya Allah lindungi lah aku dan keluarga-keluarga ku dari seksa kubur dan seksa dari api neraka mu di hari pembalasan kelak..amin. 
* Semoga Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosa Allahyarham Faizal Yusoff  selama dia hidup di atas muka bumi allah ini, serta di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman dan di redhai Allah..Amin..
* Kepada semua pembaca blogger, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada roh allahyarham Faizal Yusoff


2 comments:

  1. takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete
  2. al-fatihah...teringat saudara terdekat aku sbb ini juga..tiba-tiba..baru 2oan

    ReplyDelete