Advertlets

Saturday, January 29, 2011

Suami Pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi Minggal Dunia

Salam semua lately nie ramai benar diantara kita yang meninggal di sebabkan serangan jantung, baru-baru ni kita telah kehilangan Arwah Faizal Yusof bekas suami penyanyi NANA tak sampai sebulan pemergian beliau kini kita telah kehilangan seorang lagi insan Suami kepada Pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi yang baru berusia 37 tahun juga telah meninggal di sebabkan oleh serangan jantung. Sebagai seorang mukmin apa kata kita beramai-ramai bersedekah Al-fatihah kepada Allahyarham, semoga Allah s.w.a menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh dan di cucuri rahmat ke atsanya..Amin.


Wilma Muhammad.

Wilma Muhammad.
 PETALING JAYA  Suami Pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
“Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.

wink! wink ! Ajal maut, jodoh pertemuan semua terletak di tanggan tuhan, kita manusia cuma mampu merancang, akan tetapi Allah jua yang menentukannya, jadi belajarlah untuk menempuhi dan bersabar di atas segala ujian yang akan di berikan kepada kita semua mengikut kehendaknya..
.

No comments:

Post a Comment