Advertlets

Monday, November 29, 2010

Jika Ajal Belum Tiba - Keajaiban Manusia dari China

Sebuah Kisah Benar
Seorang Lelaki Di China


Peng Shulin seorang lelaki yang kuat semangat untuk hidup, sungguh pun dia telah kehilangan sebahagian dari angota badannya setelah terlibat dalam sebuah kemalanggan yang dasyat dan hampir-hampir saja meragut nyawanya setelah di gilis oleh sebuah lori sekitar tahun 1995.Kerana semangatnya begitu kuat untuk hidup dia bertahan dan bersabung nyawanya untuk  melawan segala kemungkinan ketika tubuhnya terputus dua semasa digilis. Ini adalah satu kejadian yang begitu luar biasa yang kita sebagai manusia biasa tidak akan menjangka yang dia masih dapat hidup. Kini beliau telah hidup dengan hanya mengunakan sebahagian badannya. Lebih dari satu dekat Peng Shulin telah terlantar sakit, Walau bagaimana pun semua doktor begitu terkejut kerana Peng Shulin masih boleh hidup sungguh pun hanya mengunakan sebahagian atas badannya.


Peng Shulin telah di selamatkan dan para doktor telah berusaha mengambil tisu dan kulit pada bahagian mukanya untuk di tampal ke bahagian yang sudah hancur untuk menutupi sebahagian bawah badannya.
Pada masa itu seramai dua puluh orang pakar perubatan telah berusaha bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawanya tetapi dia masih lagi tidak boleh bergerak dan hanya mampu terbaring di atas katilnya.


Setelah beberapa tahun menerima rawatan dari pakar perubatan, pada akhir tahun lalu dengan tidak di sangka-sangka Peng Shulin telah dapat bergerak dan berusaha untuk hidup dengan hanya mengunakan sebahagian atas badannya yang telah beransur pulih dan berusaha untuk meneruskan kehidupannya seperti sedia kala dengan melaksanakan ruti harian seperti memberus gigi dan mencuci muka pada setiap pagi apabila bangun dari tidur.

Para Doktor di China Rehabilitasi Research Center di Beijing merancang untuk mengantikan bahagian bawah badannya dengan mencipta sebuah alat khas yang seolah-olah nampak seperti sebijik telur dengan mempunyai dua kaki untuk membolehkan Peng Shulin berjalan dan meneruskan hidupnya



Dengan mengunakan alat yang di reka khas oleh para doktor dengan ketinggian "2'6, dengan bantuan alat tersebut kini Peng Shulin telah membolehkan dia berdiri dan berjalan.
Ini adalah satu kejayaan di dalam dunia perubatan moden di mana telah berjaya menghasilkan sebuah alat yang membolehkan Peng Shulin berjalan semula dan dapat meneruskan hidupnya.Begitulah kuatnya semangat Peng Shulin untuk terus hidup.

ps:- Ini semua adalah ketentuan Ilahi, jika ajal belum tiba kita masih boleh berusaha untuk hidup dan jangan sesekali berputus asa dalam meneruskan kehidupan seharian.

2 comments:

  1. Manusia hebat selagi ada semangat untuk hidup selagi itu tidak ada yang mustahil

    ReplyDelete