Advertlets

Saturday, December 4, 2010

MAHA 2010-Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show

Selamat malam all blogger, dah beberapa hari tak meng update blog, tak tau nak mula dari mana dulu? banyak sangat cerita dalam kepala sampai tak tau nak cerita yang mana satu dulu, nyudahnya langsung aku tak update coz otak bercelaru, banyak sangat berfikir yang bukan-bukan serabut lah pulak idea ada cerita ada tapi tak nya aku ceritakan..
Ok lah sebelum ko orang semua pening dengan cerita berbelit-belit aku nie, baik aku mulakan dengan bercerita mengenai lawatan aku baru-baru nie Ke MAHA 2010 di serdang.
Aku yakin ko orang semua tahu sekarang nie kan?Kementerian Pertanian telah menganjurkan pameran pertanian dan asas tani di serdang, dari 26hb November hingga lah 5 December nie,waktu buka dari 10am hingga 10pm, untuk kesana bagi sesiapa yang tak ada keinderaan atau malas nak bawak keinderaan untuk mengelakkan kesesakan, boleh lah menaiki shuttle bus yang telah di sediakan.MAHA 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau Asia.Bagi memperkenalkan aktiviti perdagangan yang akan menarik lebih ramai para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri untuk melihat sendiri hasil pertanian para petani. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia.


Walaupun terpaksa meredah hujan, tetap sanggup kerana ingin melihat sendiri hasil pertanian yang telah di pamerkan di situ.


Sebesar-besar kawasan tu.
 Jadi aku pun tak melepaskan peluang untuk sama-sama pergi untuk melihat sendiri hasil pertanian yang telah di pamerkan di situ, sungguh pun pada petang tadi hujan turun selebat-lebat alam, tapi dah rancang nak pegi teruskan jugak tak kira dah basah kuyup kena siram dek hujan yang penting dapat tengok sendiri hasil tani yang telah di pamerkan dan yang sebenarnya salah seorang dalam group aku nie mengandung dia mengidam sangat nak beli pokok orkid..heiii entah lah orang mengidam nak makan yang dia nie mengidam nak beli sebanyak yang boleh pokok bunga orkid macam-macam orang mengandung nie so nak tak nak kena layan jugak lah kan?kang kempunan pulak anak dalam kandungan dia..hahaa
Yang bestnya berjam-jam si mak buyong nie dok memilih orkid macam-macam jenis pokok orkid yang dia tengok sampai kan naik penat dah kaki masing-masing dok mengikut si mak buyong nie memilih orkid.Nasib baik lah dia beli kalau tak beli tak tau lah aku nak kata apa lagi kat dia, semua pokok dia belek semua bunga dia kata dia suka so belih lah sampai RM300..wohh sampai RM300 dia bantai beli, apa ke benda lah peliknya dia mengidam, nie dah nama mengidam tahap gaban dah nie pokok bunga pun boleh dia beli sebanyak itu peliknya aku? entahlah aku tak paham apa jenis tahap mengidam mak buyong sorang nie!








Melambak orkid cuma pilih dan bayar aje yang mana satu ko orang nak!


Tengok lah tu banyaknya lah pokok orkid dia nak beli
 Masa kat situ aku sempat juga lah melihat bagaimana rupanya periuk kera yang real, kalau tak aku cuma pernah tengok periuk kera kat dataran merdeka je..
Periuk Kera yang pelbagai bentuk


Serta ada pelbagai lagi lah pokok-pokok yang di pamerkan dan di jual kat MAHA ni.
Seperti contoh pokok Bonsai yang di tanam di dalam pasu kecil, nampak semua cantik-canik belaka, tapi sedikit mahal harganya, tapi masih mampu di beli cuma ada sesetengahnya saja berharga ribuan ringgit.
Mini Bonsai datu RM50 tu!


Jadi bagi sesape yang terasa nak membeli belah atau saja-saja nak lihat hasil pertanian, cepat-cepatlah pergi sebelum 5hb December nie key.

ps: Last sekali pesanan aku- support lah Industri Asas Tani negara kita, kerana ia nya memberi banyak peluang rezeki kepada setiap petani-petani di Malaysia.

1 comment:

  1. MAHA memang satu cara tuk promote barang keluaran Malaysia..nice one

    ReplyDelete