Advertlets

Monday, November 8, 2010

Menunda-nunda Taubat !

Salam semua pada pembaca blog aku, kali ini entry aku lain dari yang lain! aku menulis sekadar untuk ingat mengingati sesama kita yang hidup di muka bumi Allah ini.
(Menunda-nunda Taubat) taubat kepada Allah dari segi dosa merupakan kewajipan yang harus dilaksanakan setiap hari oleh setiap orang yang beriman.Sebagaimana yang di jelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang beriman agar kamu memperolehi kejayaan" (An-Nur:31).
Rasulullah SAW sendiri yang dosa-dosanya telah diampuni oleh Allah baik yang terdahulu mahu pun yang terakhir, bertaubat kepada Allah dalam sehari tidak kurang dari seratus kali. Dan apa tah lagi kita sebagai manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat dosa sepatutnya lebih memperbanyakkan bertaubat kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang telah kita laku kan selama ini.Al-Aghar Al-Muzany berkata, telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Wahai manusia, bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah.Sesungguhnya aku bertaubat kepadanya dalam sehari seratus kali."(HR.Muslim).
Rasulullah SAW juga menjelaskan bahawa orang yang bertaubat dari dosanya itu bagaikan orang yang tidak berdosa."(Ibn Majah).
Ketauhilah, bahawa keberhasilan Iblis yang paling utama dalam memperdayakan manusia adalah dengan cara menghasut manusia supaya menunda-nundakan taubatnya.Dia membisikkan dalam hati orang-orang yang berbuat maksiat itu supaya jangan terburu-buru dalam bertaubat, kerana di hadapannya masih ada waktu yang panjang.kalau ia bertaubat sekarang,kemudian mengulangi dosanya lagi,maka taubatnya nanti tidak akan diterima oleh Allah dan dia akan menjadi penghuni neraka Allah, atau di bisikkan kepadanya,bahawa kalu usianya nanti telah mencapai luma puluh atau enam puluh tahun barulahia bertaubat dengan taubat nasuha,dengan selalu pergi ke masjid dan melakukan amal ibadah lainnya.Sedangkan sekarang umurnya masih sangat muda dan dalam usia yang penuh gairah.puaskanlah diri dan jangan menyusahkannya dengan beribadah kepada Allah.
ini sebahagian dari tipu daya Iblis dalam menghasut manusia supaya menunda-nunda taubat.Para solihin pada masa silam pernah berkata:"Aku ingatkan kepadamu dari bisikan nanti sajalah:,kerana yang demikian itu adalah tentera Iblis yang sangat besar.
Perumpamaan seorang mukmin yang sungguh-sungguh bertaubat kepada Allah di setiap waktu dari segala dosa kerana takut mati dalam su'ul khatimah, dengan orang-orang yang mensia-siakan waktu yang selalu menunda-nundakan taubatnya, adalah seperti suatu kaum yang sedang mengadakan perjalanan dan memasuki sebuah kampung.Maka orang yang menyedari tujuan dari perjalanannya, ia akan membeli apa yang diperlukannya di kampung tersebut untuk melanjutkan perjalanannya kembali, kemudian naik ke atas kenderaannya dan siap untuk meneruskan perjalanan yang ke seterusnya.
Sedangkan orang yamg mengabaikan waktu, maka di dalam hatinya berkata:"Ah nanti sajalah baru aku bersiap-siap untuk membeli bekalanku", Sehingga akhirnya ketua rombongan dalam perjalanan tersebut mengumumkan saat keberangkatan, sedangkan dia tidak mempunyai bekal sedikit pun.
ini perumpamaan bagi manusia dalam kehidupan di dunia ini.Bagi orang yang beriman dan penuh kesungguhan, bila saja kematian itu datang dia telah siap sedia dan tidak pernah timbul perasaan menyesal dalam hatinya.Sedangkan pelaku maksiat dan mengabaikan waktu ia akan mengatakan:"Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku agar aku dapat beramal dan menebus segala dosa-dosaku."

ps: Setiap yang baik datangnya dari Allah  dan setiap yang buruk datangnya dari diri kita sendiri sebagai manusia di muka bumi ini sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri dari kejahatan kepada kearah kebaikan! Wasalam
wink!!wink: coretan ini sekadar untuk aku ingat mengingati sesamama sahabat blogger semua!

No comments:

Post a Comment