Advertlets

Saturday, December 11, 2010

Barang Antik

Pelbagai Rupa Bentuk Alatan Muzik Lama, Tapi Nama Aku Tak Tahu?



Koleksi Yang Menarik



Mesin Getah nie di gunakan pada zaman bila pun aku tak sure?



Pemarut Air batu Zaman dulu-dulu masih lagi elok dan boleh di gunakan lagi kot?Tapi ada ke orang nak gunakan lagi di zaman teknologi canggih nih?


Aku tak pasti yang mana satu Seterika yang menggunakan Arang? yang di atas ke or yang di bawah nie?


Apakah kegunaan benda alah nie ye??



Nie pu aku tak tau namanya?


Ini apa? seterika juga ke?? tak pasti lah pulak?sape-sape yang tau boleh bagi tau aku key!


Yang ini topi zaman askar jepun ker? or topi polis?entah aku main tangkap je gambarnya yang aku fikir dia antik itu je.



Nie lampu minyak tanah ke?





Haloo to all blogger...my entry hari ini, ingin berkongsi sedikit gambar-gambar barangan antik yang aku rakamkan sendiri semasa aku pergi makan satay kajang Hj.Samuri di restaurant nya, sebenarnya dah lama aku tak pergi ke kajang untuk makan satay hj.samuri nie kerana pertamanya sedikit jauh dari KL, kedua aku malas nak ke sana kerana jika teringgin nak makan jugak satay kajang aku boleh pegi mana-mana je franchise hj.samuri yang berada di sekitar KL.Jadi semalam tergerak lah pulak nak pe makan satay kajang. Tapi nak pe ke kajang jugak untuk menjamu selera bukan apa nak rasa feel tu je..haaha , so apa lagi aku pun ajak lah kawan-kawan akrab beramai-ramai ikut turut serta memfollow aku pegi kesana.Setibanya aku di sana ada rasa cam terkagum sekejap bila melangkah masuk ke restaurant nya, banyak perubahan demi perubahan telah di buat dari pelbagai sudut, yang membuat kan aku sedikit terkagum tu bila aku dapat lihat suasana dalam restaurant nya yang banyak di hiasi dengan barang-barang antik yang aku pernah dengar akan tetapi tak pernah lihat serta menggunakannya langsung. So apa lagi aku pun sebok kan diri lah untuk melihat sebijik demi sebijik antara barangan yang di pamerkan di situ, di tanggan aku sudah tersedia dengan sebijik camera yang tak pernah lekang dari tangan aku ketika aku keluar kemana-mana..so klik..klik..mula-mula satu picture aku ambil lepas tu lagi satu and lagi so akhirnya kesemua barang antik yang di pamerkan sebagai hiasan dalam restaurant tu aku ambil gambarnya untuk di masukkan ke dalam blog aku ni, malam sabtu sudah semestinya di banjiri oleh begitu ramai pengunjung yang datang untuk menjamu selera bersama-sama family, akan tetapi itu semua bukan satu masalah besar bagi aku walaupun ada ramai mata memandang aku di ketika itu, aku tetap dengan kerja aku dan tidak mengambil pusing perihal mata-mata yang memandang aku di kala itu, yang penting apa yang aku hasratkan tercapai sudah..hihihi so ini lah hasinya yang aku dapat untuk tatapan ko orang semua.So apalagi silalah melihat satu persatu barangan antik tersebut,ye lah mana tahu ko orang pun suka melihat barangan antik seperti ini kan.Orait aku chow dulu lah ye..

Ps: Bagi sesape yang tahu apa nama barang antik nie sila-sila lah bage tahu aku ok! because aku tak berapa tahu sangat apa nama dan kegunan nya..

No comments:

Post a Comment