Advertlets

Thursday, December 16, 2010

Beristeri tiga masih tak puas

Ulozzz to all blogger..di petik dari harian metro kes dah beristeri tiga pun tapi masih tak puas-puas lagi sehinggakan! masih lagi nak berzina ,nie apa jenis manusia lah agaknya ye?tak takut dengan hukuman dari allah agaknya kot! entah lah macam-macam perangai jahat di lakukan oleh manusia yang hidup di dunia akhir zaman nie ye? yang haram jugak dia orang suka ye? yang halah tak di kisahkan pulak..apa nak jadi lah dengan dunia dan manusia sekarang nie! tapi apa-apa pun jom kita ikuti kisah dibawah sampai habis pastu pepandailah ko orang komen ye! ....ulozzz
TAHAN...pasangan ditangkap khalwat di motel, semalam.
ALOR SETAR: Biarpun sudah mempunyai tiga isteri, ia ternyata masih belum cukup memuaskan nafsu seorang lelaki apabila ditahan penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat dengan remaja berusia 18 tahun di motel murah di Pantai Chenang, Langkawi, awal pagi kelmarin.
Lelaki berusia 41 tahun yang juga ahli perniagaan itu ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan di motel murah berkenaan dalam operasi maksiat di pulau pelancongan itu kira-kira jam 2 pagi.
Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa pergi ke pulau itu bersama remaja wanita berkenaan untuk bercuti selama tiga hari dan baru tiba jam 1 tengah hari pada hari tangkapan dibuat.

Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan ahli perniagaan berkenaan mendakwa akan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Kelantan dalam tempoh terdekat sebagai isteri keempat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, ketika serbuan lelaki terbabit yang berkemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan seorang wanita yang hanya berkemban didapati turut berada di dalam bilik, tetapi kedua-dua mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

6 comments:

  1. itulah dunia sekarang..haish

    ReplyDelete
  2. Kalau dah kaki perempuan, 100 bini pun takkan puas.

    ReplyDelete
  3. ala nampak sangat mamat ni tak heran..yala kena denda bape sen sangat...ooh dunia...

    ReplyDelete
  4. Betul tu hukuman berat patut di kenakan kepada penzina yang dah mempunyai isteri..lagi pun kalau dah jenis kaki betina berilah 100 bini pun tetap nak bezina juga..semoga kita semua tak jadi sebahagian dari penghuni neraka jahanam..amin..

    ReplyDelete