Advertlets

Monday, December 27, 2010

Kanser Daripada Sotong Kering

SAY NO!! TO SOTONG KERING! Tapi boleh ke nak kata tak nak kat sotong kering? Apa kata pengemar sotong kering boleh ke dia orang nak kata aku tak akan makan sotong kering lagi, padahal tu lah makanan favourite depa setiap pagi bila pekena nasi lemak? so macam mana la nie, memang dah sah-sah dah bahan yang di gunakan untuk mengawek sotong kering nie cukup-cukup bahaya untuk kesihatan kita..jadi apa perlu kita lakukan untuk tidak menjadi mangsa sisa-sisa toksin nie masuk kedalam urat saraf kita dan di kemudian hari menjahanamkan hidup kita..apa kata mari kita baca info ini sampai habis,dan kalau boleh cuba-cuba lah hindari diri dari menjamah racun ini...

Apa yang ada dalam Sotong Kering !!!

Kita boleh dapat-:Kanser ia Mengandungi logam toksik sama seperti bahan yang berada dan di buat untuk menjadikan sebuah bateri, plastik dan baja fosfat.So apa patut kita buat!@!

Oleh NIZHA PERIASWAMY


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.



ps:-Lupakan sotong kering dalam hidangan breakfast anda!!!

 

3 comments:

  1. ni la kesan cat antifouling pada kapal..

    ReplyDelete
  2. Kat tganu ni mereka makan nasi lemak dgn ikan...

    takde sotong kering tu...

    mcm2 lagi makanan bahaya...

    thanks for sharing

    ReplyDelete