Advertlets

Saturday, June 4, 2011

Berpaling Dari Jannahmu

Malam tadi di sebabkan tak tau apa nak buat, aku ter layan sebuah cerita yang bertajuk Berpaling Dari Jannahmu di astro prima pukul 9 malam para pelakonnya best because siapa tak kenal Nasir Bilal Khan and Fauziah Ahmad Daud (OGY) serta adik Mia Sara, ceritanya tersangatlah touchingnya, ia boleh membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya akan mengalirkan air mata dengan sendirinya, actually aku tertarik dengan background music nya!~ tu yang menyebabkan aku terus duduk terpaku di depan tv semata-mata ingin mengetahui siapakah nama penyanyi untuk lagu itu...puas aku berfikir-fikir siapalah nama penyanyinya..puas aku mencuba tajuk lagu dengan men google, akhirnya pencarian aku berakhir jua setelah terjumpa tajuk lagu yang aku carik itu semasa men google! rupanya lagu nie kepunyaan OPICK - RAPUH aduh..betapa aku  sanggup menunggu cerita yang di tayangkan TAMAT kerana aku nak melihat tajuk yang tertera di kaca TV, akan tetapi ahh..aku cukup hampa kerana semasa cerita itu TAmAT tiada satu ayat pun yang keluarr mengatakan lagu dinyanyikan oleh siapa? Tajuknya apa?uhh sedikit kecewa pada masa itu..so dengan sesegeranya aku men google kan diri.. ada dua buah background lagu yang di mainkan di dalam cerita ini :yang satu tu aku tersangatlah tahunya lagu and nyanyian
penyanyinya-(Uji Rashid)  "Kali Terakhir Kulihat Wajahmu "tu aku tak kisah dan aku biasa mendengarnya akan tetapi sebuah lagu itu sahaja yang membuatkan aku tercarik-carik siapakah dia penyanyinya? Lagu OPICK-RAPUH nie macam aku pernah dengar, tapi aku macam ingat-ingat lupa je, tu yang membuat kan aku mengagau mencariknya sehinggakan terpaksa men google..kan diri semata-mata kerana terasa macam bestnya bait-bait liriknya..uhh cukuplah setakat nie aku membebel pasal lagu favourite ni..
Tapi apa-apa pun cerita BERPALING DARI JANNAHMU itu sangat lah bestnya, ia banyak memberi pengajaran dan tauladan mengenai kita manusia suka dan pandai berjaji sahaja apabila kita tidak memperolehi sesuatu yang belum menjadi hak milik kita, akak tetapi apabila kita sudah dapat apa yang kita idam-idamkan tersebut! kita terlalu cepat melupai janji-janji kita pada tuhan sebelum kita memperolehinya..dan itu lah yang di namakan manusia..manusia sentiasa lupa dan alpa pada sebuah janji yang kita sendiri perkatakan "akan tetapi tidak di kotakan.

No comments:

Post a Comment