Advertlets

Friday, July 2, 2010

Pangkor Trip 3 days 2 Night- 1st Day






 

Counter beli tiket feri

Uncle yang sebok nungu penumpang naik,terutama aku lah ornag yang paling last naik,nasib tak kena tinggal,kalu tak sendiri mau ingat lah brader!hihihi

Dalam Feri, Jakun tu,sebok ambik gambor je..
Laut yang bergelora, sesekali menegok keluar tingkap feri ada gak rasa cuak!hihihi
Menunggu keta siap di baiki,keta buat ragam harap-harap le tak banyak yang kena baiki,mata pun dah rentung matahari dah tercacak kat atas kepala dah nie!
Breakfast kita orang first day
Kita Pekena Chapati dulu!! sungguh pun kat KL pun boleh dapat makanan nie.
Sampai di Jeti tuk pe check in
Petama kali melihat Obor-obor
Obor-obor yang tak penah aku lihat..Jakun sat nengok obor-obor real,selama nie aku nengok kat TV jer..hihihi

Entry aku kali nie,Hari petama..on the way pe Pangkor
Ulozz..kepada semua pembaca ku, Jom ikut aku pe bercuti..hihihi..kat mana?alah pangkor je le!okies jom ikuti kisah-kisah menarik sepanjang aku berada di pangkor island..
Ummmm..cam mana nak mula kan!ok lah aku mula dari masa aku betolak pe sana lah.
Aku pe bercuti 4 orang, naik keta jer!bukan naik jet ke or naik belon..hihihi..
Ok lah memula petang tu aku balik kemas barang le kan! kelam kabut juga aku masa tu! takut tertingal barang yang penting kan ke nyanya aku di buatnya, ye lah aku nie suka benor buat koje last-last minutes nie,itulah pasal aku jadi kelam kabut, maunya tak kabut,padahal dah sebulan dah plan! tapi aku biasa le, ko orang tau je lah kan aku memang yang teramat malas,selagi tak tiba harinya! maunya aku nak berkemas,kalu boleh kala tu nak ge, kala tu gak le aku baru dok sebok nak mengemas,capai apa yang patut aku rasa ok,so key jalan! last-last minutes pack and nak bawak maunya ada benda yang tertinggal sat lage nie..hahahaa..so lepas bekemas apa yang patut aku pun tido sat lah tu tido-tido ayam je tau,bukan tido betul..hihihi,ye lah mau taknya sat lage dia orang nak gerakl aku tak bangun lak..parah dibuatnya..dek kerana takut nanti ngantokss dalam keta aku tido lah sat!dah lah aku bertolak khamis malam dalam kul 3.44 pagi,uhhh tak tido lah jawabnya aku nie sat lage,tapi ko orang jangan tak tau,aku mana boleh tak tido malam nanti otak aku ting tong,mula lah tak de mood asyik nak carik pasal ngan orang je nanti..hihihi..itu lah aku kalu tak cukup tido,kalu ko orang nak tau lah..
Masa nak gerak tu sempat gak lah aku capai bantal busuk aku, tuk aku bawak tido kat dalam keta nanti! so setelah masuk keta aku pun terus dok belakang..dok posisi baring melintang..huhuhu ko orang tau kan! apa aku buat..haaahaha apa lage, aku terus je lah dengan agenda tido aku tu kan,nak buat apa lage pepage buta cam nie, nak layan mata, tak ada maknanya aku nak buat keja cam getu lah weihh! baik aku membuta lage bagus ada faedahnya juga dari bejaga menengok lampu-lampu neon tu..uhh dah puas dah aku nengok lampu neon nie jak dari aku belajor dulu sampai le nie..
Dalam pejalanan tu kita orang singgah sat kat RNR Sungai Buloh,pe minum sat,ye lah driver dah nagantokss pulak nak bawak keta,kang bahaya lak untuk keselamatan bersama,so pada sesape rasa nak terkucil masa tu nie lah nak ambik peluang nak pe menyetal kan nya,lepas minum kita orang terus gerak lah tanpa berhenti di mana-mana RNR pun,yelah nak cepat sampai budget sampai kul 7 pagi kat sana! tapi aku kat belakang tetap dengan aktiviti tido dan terus tido sehingga le keta sampai ke satu kedai mamak nie sebelum entrance nak masuk ke jeti ,masa tu aku baru le, terbangun dari tido ku yang maha tak enak langsung kerna habis seluruh badan aku terasa sengal-sengal kerna tido di dlam keta semalam,uhhh bila bangun je aku tearasa sakitnya seluruh tulang aku,cam rasa nak patah lah pulak..wahh.camana nie nak ge happy-happy sat lage..pastu aku dah lah tido-tido ayam dalam keta semalam,ye lah coz driver and sorang lage passenger dok layan lagu ROCK masa dalam pejalanan jadi dalam tido aku malam tadi ada jugak aku macam dengar lagu amy search yanyi tapi tah, dengar ngan tak dengar je, ye lah tengah tido-tido ayam kan mata mengantuk..ahh nak tak nak tido jer lah kan..sungguh pun tido-tido ayam kan!
Owehh! lupa nak bage tau,masa sebelum sampai dalam 1 kilomiter tu,tetiba keta buat ragam,tetiba terberhenti kat tengah-tengah traffic Light tak idup enjin,wahh apa cita lah pulak nie..kan keta dah di service sebelum betolak nie apa nya lage wehh..uhhh..masa tu dah lah jalan sebok keta lori lalu lalang, orang ramai nak ge koje,mau nya tak cuak sesaat!yelah bila aku toleh belakang keta aku nampak ada satu lori besar sedang menuju ke arah keta kita orang..uhhh aku dalam hati harap lori tu nampak lah signal kecemasan yang kita orang beri kan..uhh sib baik lah lori tu nampak dan berenti kat belakang keta kita orang,wahh apa lage masa tu tetiba lah jalan jadi tersangat lah jam nya kerana keta yang aku naik lah jadi pasal terberenti kat tengah-tengah alang pulak..mau nya tak jadi huru hara kejap..setelah driver bertungkuslumus menghidupkan enjin, dengan tetiba iduplah enjin keta tu,pastu terus je gerakcarik kedai makan coz nak breakfast and nak nengok apa kes lak le keta nie tadi tetiba buat hal, apa kena la..ye,jom kita tengok..uhh sebenarnya ada benda yang rosak tu sebab keta tetiba buat hal..
Masa tunggu workshop tu buka mata aku dah selayu daun kering,rasa nak tido je dalm kepala nie takde ingat lain dah,ingat nak cepat sampai je,tapi tu lah apa nak buat dah tekena macam nie tepaksa lah jugak menahan mata sungguh pun mengantuk tahap dewa tu..
Nak tunggu keta siap ambik masa dua jam tu uhh..tambah mengantuk lah mata aku nie,nak pulak tu matahari dah naik kat atas kepala,ohh masa nie lah mata rasa nak terus pejam je,rasa cam aku tak nak pikir apa-apa pun.arghhh ngantuk nya..
Bila keta dah siap kita orang pun terus gerak pe jeti,masa tu dah 11.30 tengahari,sempat gak lah makan Lunch kat area jeti sebelum belepas.Masa sampai kita orang beli tiket naik feri kul 12.30 tengahari,tiket feri tak lah mahal mana ok lah harga dia,so semasa lepas makan tu sempat gak aku memusing sekitar kawasan jeti,cantik nya landscape dia,aku terasa cam nak ambik gambar je,tapi tak sempat dah coz masa tu dengar feri datang so apa lagi belari sekuat hati lah kita orang semua,hampir-hampir aku tetinggal feri,kalu tertinggal feri menjawab lah aku,ye lah nak tunggu feri seterusnya mau nya 1 setengah jam lage,oh tidak mata ku sudah rentung badan terasa penatnya..hihihi
Uhh..selamat dapat naik feri tu,masa dalam feri sebok dok ambik gambar,sungguh pun mata serentun-rentungnya,tapi ada aku kisah gambar punya hal,acik sanggup je posing hihihi..dalam masa 1/2 jam sampai lah kita orang kat jeti pangkor,huu masa tu matahari betul-betul atas kepala,masing-masing dah tak larat nak bukak mata dah,sekarang tiba waktu mencari kereta yang kita orang sewa,carik punya carik,baru jumpa nun di hujung dunia sana,wahhh jauh nya lah,brader tu kata dekat je,rupanya dia park kat ujung tanjung sana,mau tak melilau kita orang mencarik nya,dah lah panas terik membakar kulit,mata pulak rentung kepala ingat bantal je..uhh siksanya di saat-saat itu..lepas sampai kat hotel, kita orang terus check in coz dah tak tahan betul dah nak tahan mata,habis check in terus je meluru masuk bilik,campak apa yang patut,rehat sekejap mandi terus tido sampai pukul 6pm,uhh masa nak bangun rasa macam tak nak bangun je,tapi mengenangkan banyak aktiviti nak buat,so gagah kan juga le membangunkan diri,lage pun perut pun dah terasa lapar menyanyi-yanyi mintak di isi..emmm lepas mandi bersiap-siap tuk keluar.


Nie lah dia hotel yang kita orang nak check in,harga berpatutan dan berdepan dengan laut best! 
Tengok tu brader nie dah tak sabar nak masuk bilik nak mandi and tido la! apa lagi tuu!!,cuba tengok muka and matanya sesungguh nya nampak sangat kerentungannya..hahaha nasib badan



No comments:

Post a Comment