Advertlets

Saturday, July 3, 2010

Pangkor Trip 3 days 2 Night- 2nd day








Melawat Kota Belanda











Aktiviti Petang-Snorkeling






Selepas Breakfast-Ber Shopping Sakan!!


Menu breakfast adalah laksa!! ummpphh sedapnya!!


Mencari apa yang patut untuk breakfast di pagi hari



Dinner menjamu selera di tepian pantai




Selepas makan malam- ber shopping lagi!!



Masa untuk balik bilik- tido zzzzz



Pangkor Trip hari ke dua! Pagi-pagi bangun mencari apa yang patut untuk aku alas perut sebelum memulakan aktiviti-aktiviti lain selepas ini. cari punya cari ada satu kedai makan nie berdekatan dengan laut restaurantnya pun bersih dan banyak pulak food untuk buat breakfast so apa lagi aku pun terus lah masuk sambil mata aku memandang apa menu yang ada di sediakan di restaurant tersebut. Mula-mula macam biasa lah aku mesti cari nasi lemak,tapi bila ada menu lagi istimewa yang restaurant nie sediakan cencel nak makan nasi lemak tak jadi terus tukar menu! nak tau apa menu yang istimewa sangat tu..hahaha!! Restaurant nie sediakan Laksa Assam huhuhu..my favourite tu! so order lah laksa assam pagi-pagi buta tu! dah tak pikir dah takut sakit perut ke apa ke, janji dapat makan laksa dengan kuah yang di perbuat dari ikan fresh! Aku tak lepaskan peluang lah untuk menjamu selera dengan menu nie, kalau kat KL mana nak jumpa orang buat laksa untuk breakfast pe pagi buta macam nie! kalu nak jumpa pun nanti petang-petang sikit itu pun nasib kalu ada restaurant yang sediakan menu sedemikian kalu tak tunggu je lah time pasar malam itu pun tak pasti sedap ke tidak laksa assam nya. Aku makan sampai dua pinggan apa cerita! sedapnya laksa kat sini ! nie ada petang nanti aku datang lagi ni!!
Selesai sahaja breakfast kita orang pun meneruskan aktiviti yang sepatutnya.. jeng-jeng nak gi mana lepas nie..?? hoho nak ge ke kota belanda !nak nengok apa ye yang ada kat sana? Nape ye panggil Kota Belanda? ni mesti ada history di sebalik nama kota belanda tu kan? ok lah jom ikut aku pe melawat ke kota belanda ! sesampai saja aku kat sana! ulozz ramainya orang datang melawat kat sini ?? Cantik tempat nie! terletak betul-betul berhadapan dengan laut ! Oo patutlah dinamakan Kota Belanda rupanya di mana tempat orang-orang belanda memantau kapal-kapal atau penceroboh yang lalu di perairan pangkor pada masa dulu sebab kota nie terletak sedikit ke atas bukit jadi orang-orang belanda akan nampak dengan jelas setiap pegerakan musuh yang masuk dan lalu di tengah-tengah laut tersebut, tapi ko orang jangan lupa ye! kat sini ada sebuah lubang yang seakan pintu penjara berada di dalam tanah untuk mengurung setiap tawana yang di tawannya, tapi aku tengok lubang tempat simpan tawanan nie tak lah besar mana pun cukup setakat 5 orang lelaki dewasa je? tapi kalau di masukkan 10 orang tawanan di dalam lubang tersebut bermakna tentu semua tawanan tersiksa berada di dalam lubang tersebut, tapi nak buat macam mana dah nama tawanan kan?dah tentunya terpaksa lah duduk bersesak-sesak di dalam lubang yang tak seberapa nak besar tu! dapat aku bayang kan betapa terseksanya sesiapa yang di tawan oleh pihak belanda di zaman dahulu.Ok lah aku dah abbis bercerita mengenai kta belanda yang penuh dengan sejarahnya! kalu ko orang ada datang bercuti ke pangkor apa kata ko orang datang je melawat ke kota belanda yang penuh bersejarah ni!
Setelah habis melawat ke kota belanda hari dah panas,matahari dah dok atas kepala so apa lagi nak buat selepas nie, rasanya baik lah balik ke hotel untuk berehat seketika sebelum tu pe makan tengah hari dulu! kat mana?kat mana lagi restaurant tadi lah mana lagi! lepas lunch balik tido because petang nanti ada satu lagi aktiviti yang nak di buat, so kenalah rehat-rehat kan minda seketika..wahh rehat kan minda ker?? bukan merehatkan badan yang dah tak larat nak melahar ke??hihihi apa-apa lah ye.

Bila petang selepas bangun dari tido kita orang pun bersiap nak pe mana? cuba teka??hahaha nak pe berendam di lautan yang luas..hahaha D:- Snorkeling lah!!
Sebenarnya aku tak penah pun Snorkeling nie! ni baru petama kali lah kan nak merasa macam mana sedap ke snorkeling tu?best sangat ke snorkeling tu nak juga aku rasa sebok je orang becerita best dapat tengok ikan secara dekat katanya?? Ok lah aku pun dah bersiap-siap dengan pakaian untuk berendam di laut selama 2 jam. Sesampainya aku di tempat di mana ada banyak bot sewa yang nak bawak kita orang pe ke tengah pulau nun nanti brader-brader kat situ dah sediakan peralatan untuk snorkeling. Bayaran aku tak ingat lah pulak berapa di kenakan? yelah bukan aku yang bayar?hihihi dah di sponser baik punya! jeng-jeng masa nak naik bot aku rasa ahhh..tak nak lah pulak because aku nampak laut luas aku takut air, tapi tak kan aku nak tinggal sorang pulak kat sini? nak buat apa aku dok sesorang di sini..emmmpp so kena pegi jugak kahhahahha..ok lah pegi je tak pe jeket keselamatan kan ada??wahh jeket keselamatan boleh caya ker???kuang-kuang!!!
Dah naik bot rasa best pulak tapi dalam hati ada jugak rasa cuak masa tu,tapi control chewahhh..control tuu! nak pulak brader bot tu main lipat-lipat lah pulak aku lagi cuak aku taku bot tebalik je..wakakakahahaha..taku bot terbalik lah pulak aku nie! macam-macam lah perasaan tak munasabah berada dalam diri, lepas sampai baru ok, baru aku rasa lega sedikit bila dah jejak pantai baru rasa selamat.
So bermulalah aktiviti menyelam aku masa masuk kat dalam air laut, tetiba?? apa yang tetiba haa kalu ko orang nak tau aku ingat kan kawasan snorkeling tu berpasir dan smooth je rupa-rupanya sangkaan ku meleset! mula-mula masuk je kaki aku sudah luka terkena batu karang yang maha tajam nya..owahhh sakitnya pedihnya apa nie! habis lah kaki aku kali nie dah lah luka masuk pasir pulak pastu kena lak air masin so sendiri mau ingat lah kan time tu! Lu pikir lah sendiri kan?? kata nabil hahahaha...sempat buat lawak lah kan kaedahnya!! tak tau kaki aku macam kena pisau nie!!
Tapi masa tu sakit pun sakit lah kan, aku tetap meneruskan juga expedisi mengejar ikan di dalam air sampai lah aku tersalah pegang terpegang lah lagi batu karang yang tajam itu,so apa lagi kali ni tangan pulak yang luka..ulozz lagi sakit dari luka kat kaki tadi, ini kali aku dah tak larat lagi nak dok berendam kat air masin nie aku naik dengan tangan yang penuh dengan darah meleleh keluar! nak cari air nak basuh mana ada air paip so biar ke lah sampai bot datang pick-up kita orang.
Balik berehat sekejap lepas tu terus keluar nak dinner,perut pun dah sangat lah laparnya dok berendam di air laut berjam-jam petang tadi. Sesampai je ke tempat yang di tuju terus order makan sambil makan memandang ke laut uhuhu.. nyaman nya lah kalu hari-hari dapat view macam nie ketika menjamu selera kan?Lpas makan ber shopping lah pulak! tak abis-abis dengan shopping kalau boleh semua benda aku nak beli..tu lah aku kalau pe bejalan semua kedai aku nak singgah tengok..wakaakkaahhh teruk tul lah aku nie.Lepas habis shopping apa lagi balik tido lah because esok nak bangun pagi lepas breakfast esok pagi nak jalan-jalan round sekitar pulau nak check-out dan nak berangkat pulang..wokehh selamat malam semua aku nak tido..penat dah nie sehari suntuk bejalan.





No comments:

Post a Comment