Advertlets

Sunday, November 21, 2010

Kebenaran Tentang Mengapa Perempuan Berbohong Pada Husband

Gambar Hiasan



Semalam aku tulis entry Kenapa Lelaki Yang Sudah Berkahwin Suka Berbohong!
Entry kali nie mengenai Kenapa Perempuan Yang Sudah Berkahwin Juga Berbohong Pada Husband !

Mengapa perempuan berbohong dan bagaimana pun pembohongan mereka adalah berbeza dari  kaum lelaki.

Perempuan yang sudah berumahtangga juga berbohong kepada suaminya!!

1) Atas dasar apa seorang isteri membohongi seorang suami? Berkemungkinan si suami tidak memberi layanan sepenuhnya pada si isteri dari pelbagai sudut, yang seseorang isteri rasakan perlu atau patut di beri perhatian oleh seorang suami atau dia pernah di bohongi oleh si suami satu ketika dulu.

2) Atau pun jika seorang isteri tidak berasa bahagia dengan perkahwinannya dia sanggup berbohong atau membuat onar di belakang suami, dengan kata lain si isteri mungkin merasakan perkahwinannya tidak lagi boleh ditruskan dan dirasainya si suami tidak dapat memenuhi kehendah hatinya atau pun si suami telah terlebih dulu membuat curang di belakangnya dan telah di ketahui olehnya, jadi dia memilih untuk tidak lagi mengharapkan apa-apa dalam hubungan rumahtangganya.

3) Akan tetapi jika seseorang isteri itu berbohong pada suaminya, kerana dia sudah mempunyai lelaki lain di dalam hidupnya bermakna dia sudah tidak lagi mengharapkan apa-apa dari sebuah ikatan perkahwinannya yang selama ini cuba di selamatkan, tidak seperti lelaki ! lelaki berbohong kepada isteri kerana dia tidak mahu isterinya tahu akan kejahatan yang di lakukannya kerana lelaki tidak ingin sesuatu yang menyusah kan hidupnya terjadi di dalam kehidupan seharian atau pun takut si isteri meminta cerai dan akan membuat hidupnya tidak lagi terurus seperti semasa isteri masih berada bersamanya.

4) Jika seseorang isteri telah berani berbohong pada si suami ini bermakna sesebuah perkahwinan itu telah gagal untuk diteruskan lagi, ini kerana jarang sekali seorang isteri akan atau ingin menjadi pembohong atau pun curang di dalam rumahtangga yang telah sekian lama di bina atas dasar cinta, jika ia telah berbohong bermakna hati dan perasaan seseorang isteri itu tidak lagi pada suaminya ini kerana berkemungkinan dia telah lama menyimpan perasaan benci dan dendam di atas segala tingkah laku si suami terhadapnya.Dan tindakan berbohong pada suami adalah keputusan yang nekad akan di lakukan olehnya dan seseorang wanita itu tidak akan berbohong atau menduakan seseorang suami jika dia masih sayangkan rumahtangga yang dibina selama ini.

5) Jarang kita dengar seorang isteri yang baik akan membohongi suaminya, akan tetapi jika seorang wanita atau isteri yang memang telah mempunyai perangai yang tidak baik sahaja yang selalu mencari pelbagai alasan untuk membohongi seorang suami sungguh pun si suami telah memberi segala kehendak dan layanan yang terbaik kepada si isteri.

6) Kesimpulanya seorang isteri tidak akan berbohong pada seorang suami jika keadaannya tidak terdesak atau tidak pernah di curangi oleh si suami.


Ps: Pembohongan yang biasa dan tidak menyebabkan rumahtangga menjadi kucar kacir di lakukan oleh seorang isteri-
1) berbohong yang dia tiada duit simpanan, itu perkara biasa kerana isteri dia tidak mahu suaminya tahu yang dia mempunyai banyak wang simpanan.
2) Berbohong kerana anak telah terjatuh dan luka, ini kerana dia tidak inginkan suaminya risau akan keadaan anak atau takut suami memarahinya.
3) Atau pun seseorang isteri berbohong kepada suaminya jika anak lelaki yang sedang menigkat remaja tidak lekat di rumah jika ketiadaan si bapa, dan si isteri takut anak di marahi oleh suaminya dia akan mengatakan anaknya tidak kemana-mana semasa si suami tiada di rumah.
Ini adalah pembohongan biasa kita dengari bila seseorang isteri tidak ingin si suami balik dari kerja dan marah-marah pada semua isi rumah dek kerana sedikit kesalahan.






3 comments:

  1. semua ni lumrah kehidupan...nak tak nak, ia tetap berlaku dalam kehidupan seharian kita

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang kena bohong mengatakan isteri cantik ketika mengandung memang berat badan naik sebab mengandung :-)

    ReplyDelete