Advertlets

Monday, November 8, 2010

Kenapa Manusia Sering Sombong Dan Lupa Diri Bila Berada Di Kemuncak !!

Salam to all of my blogger friends! my entry kali ini! Kenapa manusia sering sombong dan lupa diri bila berada di kemuncak sesebuah kejayaan??Sebagaimana yang kita semua maklumi, bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah sebagai tempat kehidupan dan kematian.Allah menjadikan manusia ini tinggal di dunia, agar mereka dapat mengetahui keagunganNya dan keluasan ilmuNya sehingga mereka mahu mengabdi kepadaNya.Dengan demikian, manusia akan merendahkan diri dihadapanNya patut dan tunduk di bawah keputusan takdirNya, atau mengikuti kehendakNya.
Begitulah adanya, ketika Allah telah menyempurnakan nikmatNya kepada manusia, mencurahkan rahmat dan memberikan kesempurnaan lahir dan batin, ternyata kebanyakan dari manusia tidak sedarkan diri, mereka sombong dan mengaku bahawa dirinya yang memiliki kekuatan dan kekuasaan serta kejayaan yang diperolehinya dari hasil dirinya sendiri sedangkan lupakah ia atas apa yang telah Allah berikan kepadanya itu adalah datangnya dari siapa?? bukan kah datang nya dari Allah?? andai kata Allah ingin menarik balik sesuatu yang di anugerahkan kepada manusia dia boleh berbuat demikian dengan sekelip mata sahaja segala kenikmatan yang di berikan itu?? jadi kita sebagai manusia sewajarnya tidak lah terlalu angkuh atau sombong dengan setiap kejayaan yang telah kita perolehi! kerana ingat lah sesungguhnya pabila "Allah SWT berfirman:"Wahai bani Adam, bagaimana engkau melemahkan Aku, padahal Aku lah yang telah menciptakan engkau dari benda yang seperti ini?Makalah Aku telah menyempurnakan kejadianmu dan aku cukupkan, lalu engkau berjalan pagi dan petang serta engkau membuat suara hentakan yang sangat kuat di atas permukaan bumi dan engkau kumpulkan harta lalu menjadi sombong sampai saat tibanya nyawa di pangkal leher lalu engkau berkata:" Aku akan bersedekah, lalu mana lagi masamu untuk bersedekah.?." atau pun untik membangga diri di atas apa yang telah Allah berikan kepadanya di atas muka bumi ini. Jadi kita sebagai manusia biasa yang sentiasa hidup bergantung kepada ihsan Allah tidak lah perlu sombong atau riak di atas setiap kejayaan yang Allah telah anugerahkan kepada kita" Jadi mari lah kita sesama manusia sentiasa ingat-mengingati antara satu dengan yang lain untuk tidak takbur dan riak dia atas setiap apa yang kita miliki sekarang! wasalam...
ps: Untuk renungan kita bersama

1 comment:

  1. Kadang orang sebegini kena diselalu peringatkan supaya tidak lupa asal usulnya. Berpesan dengan penuh kesabaran

    ReplyDelete