Advertlets

Sunday, December 26, 2010

2010 Hampir Ke Penghujungnya.


Belajar Mencari Keredhaan Hidup Dari Yang Maha Berkuasa.

Salam semua, pejam celik pejam celik kini kita makin hampir ke penghujung tahun 2010, beberapa hari lagi kita akan memasuki ambang 2011, jadi pelbagai kenangan suka dan duka yang kita lalui pada tahun 2010 masih lagi segar di dalam ingatan tak kira ia sebuah kenangan manis atau pahit dalam hidup seseorang itu walaupun kini kita hampir saja meninggal kan tahun 2010 dan akan melangkah terus ke ambang 2011 tanpa boleh mengubah walau sesaat pun segala memory suka duka yang telah terpahat di jiwa masing-masing..perkara yang telah terjadi tetap menjadi sebuah memory yang tak mungkin dapat di ubah lagi, sungguhpun masa berlalu begitu pantas sesekali kita sebagai manusia yang masih lagi dapat menikmati kehidupan di alam ini patutlah bersyukur ke hadratnya kerana kita masih lagi salah seorang insan yang dipilih olehnya untuk menghirup udara percuma yang telah di berikan kepada kita. Jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang telah pun kembali untuk selamanya tanpa dapat merasai nikmat yang masih kita semua rasai, jadi marilah kita sama-sama menafaatkan sisa-sisa hidup yang telah di anugerahkan oleh nya kepada kita dengan cuba memperbanyakkan amalan ibadah dari hari kehari, dan memperbanyakkan doa untuk kesejahteraan hidup serta mencari keredhaan dari nya..amin.

No comments:

Post a Comment