Advertlets

Monday, December 13, 2010

‘Trend’ Kos Kahwin dan Berbulan Madu Murah Gadis Tempatan Terancam


Gambar Hiasan
Salam pada semua blogger di luar sana, berita panas!!! pagi tadi aku terbaca sebuah tajuk muka depan harian metro GADIS MAGHRIBI BELUM TERCEMAR dan kos untuk perbelanjaan perkahwinan juga semurah RM14,000. 
I ni adalah "trend" yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang telah mendirikan rumahtangga dan hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi, malah sudah mempunyai anak. Katanya lagi mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan suri hidup pada harga semurah RM14,000.
Ini adalah kisah benar yang di ceritakan oleh lelaki malaysia yang sudah memilih gadis Maghribi dan telah berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar untuk di jadikan sebagai suri hidupnya, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Tambah pula gadis maghribi juga beragama Islam dan serta berwajah jelita oleh itu wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit putih gebu, subur, belum ‘tercemar’ "atau senang cerita belum pernah di tebuk tupai" tidak seperti gadis-gadis yang berada di malaysia yang berkebanyakannya hanya berstatus gadis akan tetapi "adakah ia masih perawan" untuk di jadikan suri hidup? Gadis maghribi juga taat pada perintah Allah dan begitu mendengar kata dan tunjuk ajar dari ibu bapa mereka tidak seperti kebanyakan gadis di malaysia yang ada segelintirnya tidak mengendah kan perintah Allah dan ibu bapa serta hidup terlalu mengikut arus kemodenan dan tidak begitu mengambil berat tentang perihal seorang suami, tidak seperti gadis maghribi golongan gadis dari maghribi juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana. yang juga tidak pandai meminta-minta dari suami atau lebih sedap bunyinya tidak materialistik dalam  menjalani kehidupan sebagai seorang isteri serta pandai melayan suami, serta gadis maghribi juga begitu taat pada suami serta sanggup mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya. gadis dari maghribi juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.
“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.
“Tak perlu keluar untuk berdating’ seperti yang di amalkan oleh gadis kita ini kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,"

Ramai lelaki Malaysia mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai faktor, antaranya perbelanjaan hantaran perkahwinan yang semakin mahal sehinggakan puluhan ribu ringgit yang diminta oleh ibu bapa anak-anak gadis di negara kita, dan juga banyak faktor lain yang di bangkitkan oleh lelaki malaysia untuk berkahwin dengan gadis tempatan kata mereka lagi pada hari ini begitu sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah pasangan sebelum berkahwin.
Sungguh pun masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar cara hidup dan adat budaya masyarakat melayu malaysia.
Kata lelaki yang telah memilih gadis maghribi sebagai teman hidup turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga. Tidak seperti “Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita berkahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand lebih banyak mendatangkan masalah berbanding dengan mengahwini gadis dari maghribi.
Sekadar Gambar Hiasan


GADIS TEMPATAN TERANCAM !!

Kita Dengar Apa Kata Pakar Motivasi dan Kaunseling Tentang Isu Tersebut !

‘Trend’ memilih jodoh di kalangan gadis dari negara luar, termasuk Maghribi, bakal menimbulkan ‘ancaman’ baru kepada gadis tempatan yang kini semakin ramai sukar bertemu jodoh.
Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultantsy, Hushim Salleh berkata, jika lelaki di negara ini, terutama yang tergolong dalam kategori ‘berkualiti’, memilih jodoh gadis dari negara luar, tempiasnya pasti terkena kepada gadis tempatan.

“Realitinya, hari ini semakin ramai wanita negara ini yang semakin lanjut usianya belum berkahwin gara-gara sukar mendapat pilihan lelaki yang serasi dan bersesuaian dengan mereka.

“Pada masa sama, faktor lain seperti belanja hantaran dan kahwin semakin tinggi turut menjadi penghalang kepada ikatan perkahwinan.

“Justeru, sampai masanya masalah seperti itu dikaji dengan mendalam dan dicari jalan penyelesaiannya. Saya bercakap berdasarkan fakta kerana saya berdepan banyak aduan masalah sukar bertemu jodoh kerana hantaran dan belanja kahwin semakin tinggi,” katanya.

Hushim yang juga terkenal sebagai kaunselor perkahwinan turut mengakui, kekangan seperti hantaran dan belanja kahwin yang semakin tinggi menjadi antara punca rumah tangga dibina hancur di pertengahan jalan.

“Sebelum kahwin terpaksa buat pinjaman bank untuk hantaran dan belanja kahwin. Selepas kahwin setiap bulan kena bayar pinjaman bank.

“Kos hidup pula semakin meningkat, menyebabkan perbelanjaan juga meningkat. Bayar pinjaman bank, bayar itu dan ini, lama kelamaan tak cukup wang lalu membuatkan suami isteri bergaduh sampai bercerai,” katanya.
Menurut Hushim, perkahwinan campur dengan gadis negara luar seperti Maghribi tetap mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun yang penting suami perlu bijak memainkan peranan.

“Dapat isteri seperti gadis Maghribi yang belum ‘tercemar’ dan taat kepada suami memang ada kebaikannya. Tinggal lagi, bagaimana si suami hendak mendidiknya.

“Kekurangannya pula, barangkali kerana budaya yang berbeza, lama kelamaan mungkin timbul konflik. Setakat lima enam bulan, belum nampak lagi perwatakan sebenar,” katanya.

Wink!! Wink!! :-
Ps:-Kesimpulannya seandainya semua lelaki kita yang berkelulusan dan berkualiti telah memilih gadis dari maghribi untuk di jadikan isteri! apakah yang akan terjadi dengan anak-anak gadis di malaysia yang masih lagi mencari pasangan yang sesui untuk di jadikan suami???
Pada semua pembaca blog sudi-sudikan lah memberi sebarang idea, pandangan dan apa jua komen yang anda rasa wajar untuk di luah kan pada artikel ini...

-Pendapat aku
-Pada kaum lelaki di luar sana ini mugkin satu peluang untuk anda mencari pasangan hidup untuk di jadikan isteri !
-Akan tetapi apa pula yang akan di perkatakan oleh kaum hawa tentang isu ini??

7 comments:

  1. wow! nanti nak cari orang maghribi la.. sure nanti anak comey2.. haha..

    btw, lelaki malaysia lagi terancam sebab perempuan malaysia cenderung kawen ngan lelaki mat saleh sbb depa kata lelaki mat saleh romantik x macam lelaki melayu..
    thats why la lelaki melayu dah berubah arah ke perempuan maghribi.. ;)

    ReplyDelete
  2. haha..panas nie..ye lah tak di nafikan perempuan melayu memang cenderung kawen ngan lelaki mat saleh coz depa kata lebih romantik dalam perhubungan tak macam lelaki melayu, tapi apa kata kalu lelaki melayu yg ada lebih bersikap romantik dan lebih mengambil berat tentang perihal dalam sesebuah hubungan dah tentu perempuan melayu kita akan cuba ubah persepsi sedemikian kan?

    ReplyDelete
  3. wah,macam best je gadis maghribi..huhu..

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan ya nama ku melor. nice blog

    ReplyDelete
  5. hakim boleh lah u carik gadis maghribi buat isteri tentu dapat anak comel nanti...hihi

    ReplyDelete