Advertlets

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 1432 h


Gambar Hiasan

Sempena hari Maulidur Rasul,1432 h marilah kita perbanyakan selawat keatas junjungan besar nabi muhammad s.a.w dan, Marilah kita sama-sama berusaha melaksanakan tuntutan dan ajaran Al-Quran di samping mencontohi ciri-ciri unggul kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan  mendalami sirah dan sunnah Baginda.
“Dan apa jua yang diberikan oleh  Rasulullah (sama ada pemberian atau perintah) kepada kamu, maka terimalah, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya.  Bertaqwalah kepada Allah.  Sesungguhnya azab Allah amat berat (bagi orang yang melanggar perintah-Nya”. (Al-Hasyr:7)
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah s.a.w. memiliki semua sifat-sifat kepimpinan yang diperlukan. Baginda adalah seorang yang bijaksana dan ahli ibadah. Baginda seorang pelaksana ajaran-ajaran Allah, Baginda seorang Pentadbir Negara, Baginda seorang panglima perang, Baginda seorang penyusun dan pelaksana Undang-undang, Baginda seorang pembina akhlak dan moral umat, Baginda adalah pembina dan pengukuh persaudaraan sesama Islam. Kepimpinan Baginda meliputi kehidupan dunia dan akhirat.
Segala yang ditinggalkan dan dicontohkan kepada kita adalah untuk ditaati, diikuti dan diteladani dalam menghayati kehidupan ini. Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 69:
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan di tempatkan di syurga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang Syahid serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka menjadi teman dan  rakan kepada orang-orang yang taat”.
Dalam rangka kita meneruskan kelangsungan hidup, contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah perlu kita hayati dan diterjemahkan sebagai amalan hidup kita seharian.
Hanya dengan berbuat demikian sahajalah kehidupan kita benar-benar bererti, benar-benar mendapat nur hidayah Allah SWT dari perutusan Rasulullah s.a.w.

1 comment:

  1. Great! Good information to share with others,i like it very much,thanks....

    http://black-eyed-peas-team.blogspot.com
    http://nascar-2011.blogspot.com
    http://digital-cameras-stores.blogspot.com
    http://computer-desktop.blogspot.com
    http://view-cyber-shot.blogspot.com

    ReplyDelete