Advertlets

Saturday, July 3, 2010

Pangkor Trip 3 days 2 Night- 2nd day








Melawat Kota Belanda











Aktiviti Petang-Snorkeling






Selepas Breakfast-Ber Shopping Sakan!!


Menu breakfast adalah laksa!! ummpphh sedapnya!!


Mencari apa yang patut untuk breakfast di pagi hari



Dinner menjamu selera di tepian pantai




Selepas makan malam- ber shopping lagi!!



Masa untuk balik bilik- tido zzzzz



Pangkor Trip hari ke dua! Pagi-pagi bangun mencari apa yang patut untuk aku alas perut sebelum memulakan aktiviti-aktiviti lain selepas ini. cari punya cari ada satu kedai makan nie berdekatan dengan laut restaurantnya pun bersih dan banyak pulak food untuk buat breakfast so apa lagi aku pun terus lah masuk sambil mata aku memandang apa menu yang ada di sediakan di restaurant tersebut. Mula-mula macam biasa lah aku mesti cari nasi lemak,tapi bila ada menu lagi istimewa yang restaurant nie sediakan cencel nak makan nasi lemak tak jadi terus tukar menu! nak tau apa menu yang istimewa sangat tu..hahaha!! Restaurant nie sediakan Laksa Assam huhuhu..my favourite tu! so order lah laksa assam pagi-pagi buta tu! dah tak pikir dah takut sakit perut ke apa ke, janji dapat makan laksa dengan kuah yang di perbuat dari ikan fresh! Aku tak lepaskan peluang lah untuk menjamu selera dengan menu nie, kalau kat KL mana nak jumpa orang buat laksa untuk breakfast pe pagi buta macam nie! kalu nak jumpa pun nanti petang-petang sikit itu pun nasib kalu ada restaurant yang sediakan menu sedemikian kalu tak tunggu je lah time pasar malam itu pun tak pasti sedap ke tidak laksa assam nya. Aku makan sampai dua pinggan apa cerita! sedapnya laksa kat sini ! nie ada petang nanti aku datang lagi ni!!
Selesai sahaja breakfast kita orang pun meneruskan aktiviti yang sepatutnya.. jeng-jeng nak gi mana lepas nie..?? hoho nak ge ke kota belanda !nak nengok apa ye yang ada kat sana? Nape ye panggil Kota Belanda? ni mesti ada history di sebalik nama kota belanda tu kan? ok lah jom ikut aku pe melawat ke kota belanda ! sesampai saja aku kat sana! ulozz ramainya orang datang melawat kat sini ?? Cantik tempat nie! terletak betul-betul berhadapan dengan laut ! Oo patutlah dinamakan Kota Belanda rupanya di mana tempat orang-orang belanda memantau kapal-kapal atau penceroboh yang lalu di perairan pangkor pada masa dulu sebab kota nie terletak sedikit ke atas bukit jadi orang-orang belanda akan nampak dengan jelas setiap pegerakan musuh yang masuk dan lalu di tengah-tengah laut tersebut, tapi ko orang jangan lupa ye! kat sini ada sebuah lubang yang seakan pintu penjara berada di dalam tanah untuk mengurung setiap tawana yang di tawannya, tapi aku tengok lubang tempat simpan tawanan nie tak lah besar mana pun cukup setakat 5 orang lelaki dewasa je? tapi kalau di masukkan 10 orang tawanan di dalam lubang tersebut bermakna tentu semua tawanan tersiksa berada di dalam lubang tersebut, tapi nak buat macam mana dah nama tawanan kan?dah tentunya terpaksa lah duduk bersesak-sesak di dalam lubang yang tak seberapa nak besar tu! dapat aku bayang kan betapa terseksanya sesiapa yang di tawan oleh pihak belanda di zaman dahulu.Ok lah aku dah abbis bercerita mengenai kta belanda yang penuh dengan sejarahnya! kalu ko orang ada datang bercuti ke pangkor apa kata ko orang datang je melawat ke kota belanda yang penuh bersejarah ni!
Setelah habis melawat ke kota belanda hari dah panas,matahari dah dok atas kepala so apa lagi nak buat selepas nie, rasanya baik lah balik ke hotel untuk berehat seketika sebelum tu pe makan tengah hari dulu! kat mana?kat mana lagi restaurant tadi lah mana lagi! lepas lunch balik tido because petang nanti ada satu lagi aktiviti yang nak di buat, so kenalah rehat-rehat kan minda seketika..wahh rehat kan minda ker?? bukan merehatkan badan yang dah tak larat nak melahar ke??hihihi apa-apa lah ye.

Bila petang selepas bangun dari tido kita orang pun bersiap nak pe mana? cuba teka??hahaha nak pe berendam di lautan yang luas..hahaha D:- Snorkeling lah!!
Sebenarnya aku tak penah pun Snorkeling nie! ni baru petama kali lah kan nak merasa macam mana sedap ke snorkeling tu?best sangat ke snorkeling tu nak juga aku rasa sebok je orang becerita best dapat tengok ikan secara dekat katanya?? Ok lah aku pun dah bersiap-siap dengan pakaian untuk berendam di laut selama 2 jam. Sesampainya aku di tempat di mana ada banyak bot sewa yang nak bawak kita orang pe ke tengah pulau nun nanti brader-brader kat situ dah sediakan peralatan untuk snorkeling. Bayaran aku tak ingat lah pulak berapa di kenakan? yelah bukan aku yang bayar?hihihi dah di sponser baik punya! jeng-jeng masa nak naik bot aku rasa ahhh..tak nak lah pulak because aku nampak laut luas aku takut air, tapi tak kan aku nak tinggal sorang pulak kat sini? nak buat apa aku dok sesorang di sini..emmmpp so kena pegi jugak kahhahahha..ok lah pegi je tak pe jeket keselamatan kan ada??wahh jeket keselamatan boleh caya ker???kuang-kuang!!!
Dah naik bot rasa best pulak tapi dalam hati ada jugak rasa cuak masa tu,tapi control chewahhh..control tuu! nak pulak brader bot tu main lipat-lipat lah pulak aku lagi cuak aku taku bot tebalik je..wakakakahahaha..taku bot terbalik lah pulak aku nie! macam-macam lah perasaan tak munasabah berada dalam diri, lepas sampai baru ok, baru aku rasa lega sedikit bila dah jejak pantai baru rasa selamat.
So bermulalah aktiviti menyelam aku masa masuk kat dalam air laut, tetiba?? apa yang tetiba haa kalu ko orang nak tau aku ingat kan kawasan snorkeling tu berpasir dan smooth je rupa-rupanya sangkaan ku meleset! mula-mula masuk je kaki aku sudah luka terkena batu karang yang maha tajam nya..owahhh sakitnya pedihnya apa nie! habis lah kaki aku kali nie dah lah luka masuk pasir pulak pastu kena lak air masin so sendiri mau ingat lah kan time tu! Lu pikir lah sendiri kan?? kata nabil hahahaha...sempat buat lawak lah kan kaedahnya!! tak tau kaki aku macam kena pisau nie!!
Tapi masa tu sakit pun sakit lah kan, aku tetap meneruskan juga expedisi mengejar ikan di dalam air sampai lah aku tersalah pegang terpegang lah lagi batu karang yang tajam itu,so apa lagi kali ni tangan pulak yang luka..ulozz lagi sakit dari luka kat kaki tadi, ini kali aku dah tak larat lagi nak dok berendam kat air masin nie aku naik dengan tangan yang penuh dengan darah meleleh keluar! nak cari air nak basuh mana ada air paip so biar ke lah sampai bot datang pick-up kita orang.
Balik berehat sekejap lepas tu terus keluar nak dinner,perut pun dah sangat lah laparnya dok berendam di air laut berjam-jam petang tadi. Sesampai je ke tempat yang di tuju terus order makan sambil makan memandang ke laut uhuhu.. nyaman nya lah kalu hari-hari dapat view macam nie ketika menjamu selera kan?Lpas makan ber shopping lah pulak! tak abis-abis dengan shopping kalau boleh semua benda aku nak beli..tu lah aku kalau pe bejalan semua kedai aku nak singgah tengok..wakaakkaahhh teruk tul lah aku nie.Lepas habis shopping apa lagi balik tido lah because esok nak bangun pagi lepas breakfast esok pagi nak jalan-jalan round sekitar pulau nak check-out dan nak berangkat pulang..wokehh selamat malam semua aku nak tido..penat dah nie sehari suntuk bejalan.





Friday, July 2, 2010

Pangkor Trip 3 days 2 Night- 1st Day






 

Counter beli tiket feri

Uncle yang sebok nungu penumpang naik,terutama aku lah ornag yang paling last naik,nasib tak kena tinggal,kalu tak sendiri mau ingat lah brader!hihihi

Dalam Feri, Jakun tu,sebok ambik gambor je..
Laut yang bergelora, sesekali menegok keluar tingkap feri ada gak rasa cuak!hihihi
Menunggu keta siap di baiki,keta buat ragam harap-harap le tak banyak yang kena baiki,mata pun dah rentung matahari dah tercacak kat atas kepala dah nie!
Breakfast kita orang first day
Kita Pekena Chapati dulu!! sungguh pun kat KL pun boleh dapat makanan nie.
Sampai di Jeti tuk pe check in
Petama kali melihat Obor-obor
Obor-obor yang tak penah aku lihat..Jakun sat nengok obor-obor real,selama nie aku nengok kat TV jer..hihihi

Entry aku kali nie,Hari petama..on the way pe Pangkor
Ulozz..kepada semua pembaca ku, Jom ikut aku pe bercuti..hihihi..kat mana?alah pangkor je le!okies jom ikuti kisah-kisah menarik sepanjang aku berada di pangkor island..
Ummmm..cam mana nak mula kan!ok lah aku mula dari masa aku betolak pe sana lah.
Aku pe bercuti 4 orang, naik keta jer!bukan naik jet ke or naik belon..hihihi..
Ok lah memula petang tu aku balik kemas barang le kan! kelam kabut juga aku masa tu! takut tertingal barang yang penting kan ke nyanya aku di buatnya, ye lah aku nie suka benor buat koje last-last minutes nie,itulah pasal aku jadi kelam kabut, maunya tak kabut,padahal dah sebulan dah plan! tapi aku biasa le, ko orang tau je lah kan aku memang yang teramat malas,selagi tak tiba harinya! maunya aku nak berkemas,kalu boleh kala tu nak ge, kala tu gak le aku baru dok sebok nak mengemas,capai apa yang patut aku rasa ok,so key jalan! last-last minutes pack and nak bawak maunya ada benda yang tertinggal sat lage nie..hahahaa..so lepas bekemas apa yang patut aku pun tido sat lah tu tido-tido ayam je tau,bukan tido betul..hihihi,ye lah mau taknya sat lage dia orang nak gerakl aku tak bangun lak..parah dibuatnya..dek kerana takut nanti ngantokss dalam keta aku tido lah sat!dah lah aku bertolak khamis malam dalam kul 3.44 pagi,uhhh tak tido lah jawabnya aku nie sat lage,tapi ko orang jangan tak tau,aku mana boleh tak tido malam nanti otak aku ting tong,mula lah tak de mood asyik nak carik pasal ngan orang je nanti..hihihi..itu lah aku kalu tak cukup tido,kalu ko orang nak tau lah..
Masa nak gerak tu sempat gak lah aku capai bantal busuk aku, tuk aku bawak tido kat dalam keta nanti! so setelah masuk keta aku pun terus dok belakang..dok posisi baring melintang..huhuhu ko orang tau kan! apa aku buat..haaahaha apa lage, aku terus je lah dengan agenda tido aku tu kan,nak buat apa lage pepage buta cam nie, nak layan mata, tak ada maknanya aku nak buat keja cam getu lah weihh! baik aku membuta lage bagus ada faedahnya juga dari bejaga menengok lampu-lampu neon tu..uhh dah puas dah aku nengok lampu neon nie jak dari aku belajor dulu sampai le nie..
Dalam pejalanan tu kita orang singgah sat kat RNR Sungai Buloh,pe minum sat,ye lah driver dah nagantokss pulak nak bawak keta,kang bahaya lak untuk keselamatan bersama,so pada sesape rasa nak terkucil masa tu nie lah nak ambik peluang nak pe menyetal kan nya,lepas minum kita orang terus gerak lah tanpa berhenti di mana-mana RNR pun,yelah nak cepat sampai budget sampai kul 7 pagi kat sana! tapi aku kat belakang tetap dengan aktiviti tido dan terus tido sehingga le keta sampai ke satu kedai mamak nie sebelum entrance nak masuk ke jeti ,masa tu aku baru le, terbangun dari tido ku yang maha tak enak langsung kerna habis seluruh badan aku terasa sengal-sengal kerna tido di dlam keta semalam,uhhh bila bangun je aku tearasa sakitnya seluruh tulang aku,cam rasa nak patah lah pulak..wahh.camana nie nak ge happy-happy sat lage..pastu aku dah lah tido-tido ayam dalam keta semalam,ye lah coz driver and sorang lage passenger dok layan lagu ROCK masa dalam pejalanan jadi dalam tido aku malam tadi ada jugak aku macam dengar lagu amy search yanyi tapi tah, dengar ngan tak dengar je, ye lah tengah tido-tido ayam kan mata mengantuk..ahh nak tak nak tido jer lah kan..sungguh pun tido-tido ayam kan!
Owehh! lupa nak bage tau,masa sebelum sampai dalam 1 kilomiter tu,tetiba keta buat ragam,tetiba terberhenti kat tengah-tengah traffic Light tak idup enjin,wahh apa cita lah pulak nie..kan keta dah di service sebelum betolak nie apa nya lage wehh..uhhh..masa tu dah lah jalan sebok keta lori lalu lalang, orang ramai nak ge koje,mau nya tak cuak sesaat!yelah bila aku toleh belakang keta aku nampak ada satu lori besar sedang menuju ke arah keta kita orang..uhhh aku dalam hati harap lori tu nampak lah signal kecemasan yang kita orang beri kan..uhh sib baik lah lori tu nampak dan berenti kat belakang keta kita orang,wahh apa lage masa tu tetiba lah jalan jadi tersangat lah jam nya kerana keta yang aku naik lah jadi pasal terberenti kat tengah-tengah alang pulak..mau nya tak jadi huru hara kejap..setelah driver bertungkuslumus menghidupkan enjin, dengan tetiba iduplah enjin keta tu,pastu terus je gerakcarik kedai makan coz nak breakfast and nak nengok apa kes lak le keta nie tadi tetiba buat hal, apa kena la..ye,jom kita tengok..uhh sebenarnya ada benda yang rosak tu sebab keta tetiba buat hal..
Masa tunggu workshop tu buka mata aku dah selayu daun kering,rasa nak tido je dalm kepala nie takde ingat lain dah,ingat nak cepat sampai je,tapi tu lah apa nak buat dah tekena macam nie tepaksa lah jugak menahan mata sungguh pun mengantuk tahap dewa tu..
Nak tunggu keta siap ambik masa dua jam tu uhh..tambah mengantuk lah mata aku nie,nak pulak tu matahari dah naik kat atas kepala,ohh masa nie lah mata rasa nak terus pejam je,rasa cam aku tak nak pikir apa-apa pun.arghhh ngantuk nya..
Bila keta dah siap kita orang pun terus gerak pe jeti,masa tu dah 11.30 tengahari,sempat gak lah makan Lunch kat area jeti sebelum belepas.Masa sampai kita orang beli tiket naik feri kul 12.30 tengahari,tiket feri tak lah mahal mana ok lah harga dia,so semasa lepas makan tu sempat gak aku memusing sekitar kawasan jeti,cantik nya landscape dia,aku terasa cam nak ambik gambar je,tapi tak sempat dah coz masa tu dengar feri datang so apa lagi belari sekuat hati lah kita orang semua,hampir-hampir aku tetinggal feri,kalu tertinggal feri menjawab lah aku,ye lah nak tunggu feri seterusnya mau nya 1 setengah jam lage,oh tidak mata ku sudah rentung badan terasa penatnya..hihihi
Uhh..selamat dapat naik feri tu,masa dalam feri sebok dok ambik gambar,sungguh pun mata serentun-rentungnya,tapi ada aku kisah gambar punya hal,acik sanggup je posing hihihi..dalam masa 1/2 jam sampai lah kita orang kat jeti pangkor,huu masa tu matahari betul-betul atas kepala,masing-masing dah tak larat nak bukak mata dah,sekarang tiba waktu mencari kereta yang kita orang sewa,carik punya carik,baru jumpa nun di hujung dunia sana,wahhh jauh nya lah,brader tu kata dekat je,rupanya dia park kat ujung tanjung sana,mau tak melilau kita orang mencarik nya,dah lah panas terik membakar kulit,mata pulak rentung kepala ingat bantal je..uhh siksanya di saat-saat itu..lepas sampai kat hotel, kita orang terus check in coz dah tak tahan betul dah nak tahan mata,habis check in terus je meluru masuk bilik,campak apa yang patut,rehat sekejap mandi terus tido sampai pukul 6pm,uhh masa nak bangun rasa macam tak nak bangun je,tapi mengenangkan banyak aktiviti nak buat,so gagah kan juga le membangunkan diri,lage pun perut pun dah terasa lapar menyanyi-yanyi mintak di isi..emmm lepas mandi bersiap-siap tuk keluar.


Nie lah dia hotel yang kita orang nak check in,harga berpatutan dan berdepan dengan laut best! 
Tengok tu brader nie dah tak sabar nak masuk bilik nak mandi and tido la! apa lagi tuu!!,cuba tengok muka and matanya sesungguh nya nampak sangat kerentungannya..hahaha nasib badan



Thursday, June 10, 2010

Celebrate my Best Friend Buffday

Da Birhday Cake







Wahh..penatnya aku baru je balik dari celebrate buffday kawan baik aku..nie baru je sampai kat umah,esok dah nak keja lage,ti best friend punya pasal no hal lah..yang buat aku penat tu coz organize last minutes tu kalu dah prepare awai-awai tak lah penat sangat kan! ye lah mana taknya masa tu lah nak find place mana nak celebrate and masa tu lah gak nak pe order cake,nak dapat kan preznn nak buat macam-macam dah lah hari nie keja,kalu time cuti ok lah tak lah rushing sangat aku..tapi sib baik semua berjalan lancar seperti yang di program kan kalu tak uhhh..susah gak jadi nya..anyway for my best friend tu aku wish HAPPY BIRTHDAY hope Allah sentiasa memberkati hidupnya tuk selama-lamanya...muachhh

Sunday, May 23, 2010

Camping at Lata Hammer


Sebelum sampai di air terjun anda kena melalui jalan denai yang penuh dengan akar kayu, daun-daun pokok renek yang menghalang jalan serta perlu meredah anak sungai dan kawasan tanah yang tidak rata.


Anda perlu meredah anak sungai yang air nya mengalir deras untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya




Anda tidak di galak kan untuk mandi di bawah air terejun atau di sekitar nya,kerana di bawah nya ada sebuah lubang sedalam 12 miter dan air nya mengalir deras dan berpusar. kerana takut nanti anda di kuatiri lemas seperti pengunjung-pengunjung sebelum ini.


Anda haru melalui jalan seperti ini untuk sampai ke kawasan air terejun lata hammer


Masa perjalanan untuk sampai ke air terejun setelah meredah denai di anggarkan selama 1 jam 1/2


Sebelum sampai ke kawasan air terejun dan kawasan tempat perkemahan anda perlu menuruni curam setinggi 15kaki ke bawah,semasa menuruni curam ini anda hanya boleh memegang akar-akar kayu yang menghalang perjalanan dan anak-anak pokok renek sahaja,jika tersilap langkah anda mungkin tersungkur jatuh ke dalam sungai, jadi perlulah berhati-hati semasa menuruni curam tersebut.
 LATA HAMMER WATERFALL
DARI GOMBAK KE KARAK HIGHWAY EXIT OF SELESA HILL HOME TO BENTONG OLD ROAD AROUND 16KM




Jalan Masuk Baru Nak Buat


Berenti Sekejap Kat Genting Sempah

Laluan Nak Ke Tapak Kemah,kena Meranduk Air Yang Deras Tersilap Langkat Terus Hanyut Dibawa Arus 

Tempat Letak Kereta





Berkemah di Air Terjun Lata Hammer (Bentong Pahang)
2 hari 1 malam
Pegi seramai 25 orang
Pagi tu hujan turun renyai-renyai,jalan raya basah dan licin,sampai satu selekoh turun bukit dari genting sempah dekat nak sampai area Selesa Hill Home,tetiba dummm bunyi dentuman kuat gila,berdecit bunyi tayar kereta kerana break mengejut..uhhh terkejut ya amat rupanya ada salah sorang member kita orang dah tergelincir hampir-hampir masuk jalan sebelah,kereta berpusing-pusing dua, tiga kali nasib baik berpusing kesebelah kiri jalan kalu berpusing kesebelah kanan jalan alamat tinggal kenangan je,memeber konvoi yang dah lepas kedepan semua berpatah balik,ada yang terus tak jadi nak pegi coz dah sebuah keta dah excdn, ada yang kata nie alamat tak baik lebih baik tak payah pegi lah semua,nanti takut ada hal lain pulak yang jadi,tapi ada yang nak terus kan juga pejalanan,sebab dah ter ex-cited sangat nak pe bercamping lagi pun ada lagi 4 buah kereta yang belum gerak dari KL lagi so masing -masing dah call inform kata ada geng yang dah ex-cdent empat-empat tayar tercabut,so tanya sama ada ko orang semua nak turun ke tidak,jadi 4 kereta kat belakang tanya berapa ramai lagi yang nak follow dan berapa ramai keta yang nak berpatah balik ke KL? yang nak berpatah balik ke KL 2 biji keta nak antar pe buat repot and nak pe hospital chk apa yang patut, nasib baik penumpang yang kat dalam keta yang dah ex-cdnt tadi semua tak ada apa-apa semua nya ok,cuma drivernya aje yang nanpak terkejut,yang lain masih boleh bergelak-gelak lagi,pada hal baru je ex-cdent tu..ehhhiihh tak apa-apa tah dia orang nie! dia orang dok becerita saat-saat di ambang maut,camana boleh jadi cam gitu,sebenarnya jalan kat situ dah di tabur minyak hitam, bukan keta geng kita orang je yang kena,ada lagi 2, 3 biji keta lain yang dah kena kat situ semasa kita orang dok tengah nak selesaikan masalah geng yang dah ex-cdent tadi..tetiba ada sebuah keta tu sama gak meleuncur laju tanpa sempat break tau-tau terbabas je ke sebelah kiri jalan...yang tak boleh blah je ada dua biji TONTO terus je menghampiri keta-keta yang ex-cdent kat situ,macam dia orang dah tau-tau dah sat lagi ada rezeki yang datang bergolek kat depan dia orang,siap bergaduh-gaduh lagi kata dia sampai dulu lah dia punya area lah dan macam-macam lagi lah pertengkaran di antara 2 TONTO yang dah buat keja haram tu,sebok nak berbalah nak kan keta member aku tadi,orang dah susah hati dia boleh lah pulak bergaduh kat situ apa kejadah lah dia orang nie,tak tau ke dah lah orang semua susah hati keta dah jadi bangkai tak serupa keta,dia orang sebok nak begaduh.Last nya dapat lah keta kita orang kat satu TONTO nie so dia tarik lah bawak kebengkel..uhhhh apa lah nak jadi dengan TONTO tu ye,tiap-tiap hari makan duit haram bagi anak bini makan pulak tu! dah lah makan duit orang pastu sanggup pulak tu bagi pengguna jalan raya yang dia orang kenakan tu hampir-hampir hilang nyawa! apa lah teruk sangat perbuatan dia orang nie kan?hai entahlah kita tinggal kan lah masalah TONTO tu lantak dia lah nak buat apa untuk sara kehidupan dia,cuma nak bagi peringatan kat ko orang di luar sana kalu melalui jalan tersebut mestilah berhati-hati jangan drive terlalu laju,takut-takut nanti jadi cam member aku tu tadi,dah lah ex-cdent pastu kena bayar TONTO lagi and nak bayar kerosakan keta pulak so DRIVE CAREFULL.. 



Monday, May 3, 2010

The Curve Tempat Lepak Yang Paling Aku Suka


Sesekali Ting Tong Apa Salah nya hahaaha..

Uhhh..macam-macam aksi yang aku suka buat

Nie satu lage aksi yang takleh blah..

Habis jahanam semua tali pinggang kita orang try..pastu buat pelbagai aksi pulak tu.wakakakakahaha

Aku nak yang nie! so apa lage capai satu lah..

Ha nie dia yang sebenarnya aku carik-Pink Colour

Dah Dapat dah acik nak beli