Advertlets

Thursday, October 28, 2010

CiNTA ????


cIntA  ????? 

 Salam sahabat semua..
Entry aku kali ini mengenai cinta ???                
cIntA Itu MenYakiTkaN! Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai. Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu. Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita. Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa- apa selain tetap menyokong anda dari belakang. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu. Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi. Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa. Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya. Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan. Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia. Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain. Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba. Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati. Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis..

ps: Cinta itu begitu simbolik untuk dimengertikan  

Wednesday, October 27, 2010

AMARAN KEPADA KAUM HAWA!

Subject:Amaran pd Kaum Hawa
Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.
Kesah ini  betul2 terjadi kat Penang
Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pengumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagi tau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..

lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada lelaki menyelinap masuk kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..

perempuan tu pun apa lagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..

Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada geng yang amik sebahagian dari body orang pompuan..salah satu cara dia orang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan dia orang menculik dan bunuh perempuan tu..

satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci  kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.
Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas waktu tengah malam. Memang mengeri kan!
Bagi kaum perempuan elakkan keluar berseorangan diwaktu tengah malam.
ps:Pada semua kawan-kawan semua sila berhati-hati pabila anda meninggalkan kereta untuk mengisi minyak atau apa-apa jelah..AWAS UNTUK KAUM HAWA! SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN DIRI ANDA!
DAN SILA SEBARKAN BERITA INI UNTUK SEMUA KAUM KELUARGA ANDA!

Info asal dr FB De Niza.....


Sunday, October 24, 2010

Ohhh..I Love It!


Tak Sah Kalu aku ke Waroeng Ayam Penyet tak order menu nie tak sah!

"Meat Ball" this also my fvrt..ummphhh

"Ayam Penyet"  I Like it! Served with tauhu, tempe, salad, cucumber and sambal plus Air yang aku suka mesti "Soda Gembira" tak sah kalu ke Waroeng Ayam Penyet aku tak order menu nie!
dan "Meat Ball" ummphh terleleh air liur aku bila teringat kan dua jenis makanan tu!
Dulu mula-mula kawan aku bage tau yang dia selalu pe makan ayam penyet kat The Curve! aku tanya sedap sangat ke Ayam Penyet tu!sebab dia asyik benor becerita kat aku,dah dua tiga kali dah aku rasa aku dengor dia bercerita pasal Ayam penyet nie! ye lah bunyi macam pelik jer! apa ke bendanya ada ke pulak Ayam Penyet orang jual kat tengah-tengah bandaraya kuala lumpur nie ye? Ayam yang dah di penyet kan pun ada juga orang nak makan,pelik lah dalam otak aku ligat mikirkanya! itu dalam fikiran aku..entah lah..apa-apa jelah kan,aku pikir macam-macam benda pelik yang member aku nie nak makan,ahh gasak dia lah! aku pun tak ambil pusing aku dah kenal sangat dah member aku nie,di becerita lagi aku ambik acuh tak acuh je le masa dia bercerita,sebab otak aku tak leh nak pikir apa ropa bentoknya le makanan tu! pastu satu hari tetiba dia ajak aku pe sana..aku mulanya nak kata malas lah,tapi tak leh coz member aku nie kalu kata mengidam nak makan benda yang dia suka tu,mulalah dia dok teringat sampai lah dapat makan makanan tu juga! so sebagai kawan nak kata tak nak kang takut dia meleh air liur pulak coz tak dapat makan,makanan kesukaannya tu..emmm aku pun ikut je le,malas nak banyak cakap,suka hati dia lah nak makan kat mana..aku follow je le ye,lage pun aku nak ge tengok barang kat IKEA,so dah tersambil tu boleh lah dia makan makanan kesukaan dia tu.
So bila tibanya aku di sana,lepas park keta je terus ge IKEA dulu carik apa yang patut,pas tu terus je dia ajak pe Waroeng Ayam Penyet,masa tu aku tak tau nak order pun coz aku tak tau apa bentuk gayanya makanan tu,so aku serah bulat2x kat dia untuk terus kan misi megorder kan untuk aku sekali.
Bila masa makanan sampai baru lah kutahu ini rupanya yang orang panggil Ayam Peneyet ok gak lah pada panadangan petama aku.Pastu makan lah aku..mula makan tak lah rasa best sangat tapi bila lama-lama sikit aku baru menikmati kenikmatan Ayam penyet..emmm tertelan air liur aku sekarang nie..uhh terasa lah pulak nak ge makan akhir bulan nie..emmm sedap dan nikmatnya ayam penyet tu..hahahahaha..
Entah lah ada orang kata tak sedap biasa je,emmmm tapi aku suka!
Emmm terpulang lah ye pada korang semua,coz setiap manusia citarasa tak sama ada kata sedap ada kata tidak,so terpulang tanya citarasa anda! wokeh..habis dah cerita pasal ayam penyet nie!
ps:jom makan ayam peneyet..hihihi


Saturday, October 23, 2010

Santai Di Petang Sabtu Bersama Best Friends







Emmm..Petang-petang sabtu selalunya aku mesti bersantai bersama best friends kalu tak ada apa-apa hal lain yang nak buat..pegi jalan-jalan window shopping ker?tengok wayang ke or pegi mana tempat menarik yang nak pegi tak pun pe makan kat mana-mana tempat yang rasa nak try makan,tempat baru yang belum penah pegi ker! atau apa-apa jelah yang boleh aku buat..

Thursday, October 21, 2010

Sebuah Kehilangan








Salam kawan-kawan, dah berapa hari aku tak update blog,rasa cam lama sangat dah padahal baru jer beberapa hari aku rasa,hemmm kali nie aku nak cerita sedikit mengenai kisah seorang kawan aku nie...
Dia telah kehilanggan...seseorang tanpa di sangka-sangka..kesian kat dia..tapi apa nak buat, ajal maut,jodoh pertemuan semua terletak di tanggan tuhan..seperti mana apa yang terjadi pada sahabat aku nie,pada 16hb October 2010,yang lalu beliau telah kehilanggan insan tersayang..disebab kan Brain Tumor,aku betul-betul tak sangka yang si arwah tu akan pegi secepat itu,ye lah dia bukan sakit yg tak boleh bangun,sihat wal-afiat cuma yang aku tahu dari sahabat aku nie dia kurang selera makan,badan sedikit kurus,lepas tu pergi hospital doktor chk,tahu-tahu ada brain tumor..so macam tak pecaya je,masuk hospital lepas beberapa hari meninggal dunia,nak pulak tu meninggal didepan mata sahabat aku sendiri,dah tentu lah dia masih terbayang-bayang akan si arwah,tapi apa nak buat kan kita nie tak tahu bila kita akan mati,sungguh pun tak ada sakit,kalu allah nak jemput kita pulang..so pulang jua kan?cuma yang penting dalam hidup nie kita kena bersedia dengan bekalan untuk akhirat,itu je yang boleh menyelamat kan kita bila di sana nanti..aku bukan apa, bukan nak mati dah,cuma bila tiap kali aku dengar berita kematian orang-orang yg pernah aku kenali,terasa insaf seketika..maklumlah amal ibadat tak seberapa,mana tau tetiba mati apa nak jawab...tu yang aku sentiasa merenung nasib orang-orang yang pernah aku kenali yang telah pergi tak kan kembali lagi! apa kah nasibnya di sana! baik kah? atau sebaliknya!..tapi aku sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka-mereka yang telah pergi dulu yang pernah aku kenali,aku berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa mereka-mereka di atas dunia dulu..dan pada sahabat aku tu! aku berharap dia tabah menghadapi dugaan yang telah Allah tentukan ke atasnya,semoga dia lebih memperbanyakkan amal ibadat, setelah apa yang berlaku keatasnya,aku tahu apa itu erti kehilanggan,kerana aku baru lepas merasa apa yang sahabat aku rasai,aku telah kehilanggan insan yg pernah aku kenali selama berbelas-belas tahun,tiba-tiba dia juga telah pergi menghadap Ilahi,dalam usia awal 30an..perginya tanpa aku sedari,aku sedikit pun tidak tahu  yang dia telah tiada di dunia nie selama 4 bulan yang lalu,bila aku tahu saja dia sebenarnya telah lama menemui Allah,baru lah aku tersedar betapa kita hidup di dunia ini sepatutnya sentiasa perlu memperbanyak kan amal ibadat! walaupun sesibuk mana pun kita,kita mesti mencari ruang untuk diri kita untuk mempelajari ilmu agama,kerana jangan lah kita alpha dengan hidup duniawi,yang dah sah-sah hanya sementara..akhirat jualah yang kekal abadi..!!jadi untuk menuju ke akhirat kita perlu lah bersedia..dari sekarang! pada mereka-mereka yang pernah aku kenali,aku sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keredhaan dari Allah di alam barzakh serta di ampun kan segala dosa-dosanya semasa hidup di dunia ini..Amin..

Sunday, October 17, 2010

Sunday Morning lot of to do!

Allooo everybody macam mana hari ini! ceria kan pagi anda di pagi ahad ini! bangun dan buat lah apa yang patut..yang ko orang rasa nak buat kan! hari ahad cuti bestnya,boleh dok membelek blog and Fb atau macam-macam keja rumah yang belum selesai yang nak kena bereskan pada hari ini!
emmm..terbangun awal lah pulak aku hari nie! selalunya kalu hari keja sangat lah malasnya nak bangun,ye lah nak kena pegi keja..mesti lah malas..kalu kata nak pegi vacation baru lah ok! rajin je..hihihi..uhhh banyak benda nak kene bereskan nie..tapi rasa macam malasnya..argghhhh....

Thursday, October 14, 2010

GOL & GINCCU











Hahhaaaa...nie aku nak cita sikit kat ko orang,baru-baru nie acik main futsal..hahahaa..padahal selama nie tak pernah nya aku main apa jenis bola pun tak berminat tau tak! cuma acik main bola-bola api je..wakakakakahaaha..buat lawak sikit,nanti ko orang boring lak nak baca blog acik nie..hihihi..
13/10/2010 dalam sejarah acik main futsal ! wacakap lu..chewah..pada hal aku bukanya penah main pun selama hidup nie minat bola pun idak,apa tah lage nak mainnya, tapi disebabkan permintan geng suruh main,jadi acik pun menyudikan diri, main jugak le ye! ye le apa ketidaknya nanti department acik tak cukup korum pulak kan! kalu acik tak nak mainkan....so dengan besemangat wajanya! acik pe lah beli segala bagai barang yang nak acik pakai masa main game tu nanti,acik sanggup tu carik kasut merata tempat lah kerna semata-mata nak main futsal kalu ko orang nak taunya le..hahaha..
yang lawaknya kan! apa cer training tidak apa tida,tetiba .. je...!
Tiba hari nak kena turun padang main futsal terus je main dengan semangatnya..wakakakahhhaaaa...semangat ker???
Pastu acik pun start le main kan! main punya main mengah tak hinggat punya mai tau! ye leh dah lah lama tak bersukan,tetiba je terus main,mana ada orang buat keja getu,ahhh tapi acik peduli apa kan..seronok punya pasal so main lah sepuas hati tak getu!..huhuhu..masa main ramai lah yang mengeluh penat lah, kaki sakit lah apa segala macam sakit kuar de masa tu..lepas je habis half game berehat seketika,masa tu dah terasa dah sikit-sikit cam sakitnya betis and peha acik nie,tapi gagah lage tu..main lage sampai habis game tu..dah lah sepak bola pun tak berapa nak kena..wakakaakkkhhhaa..lawak benor le acik rasa..kaki tersa lak sakitnya bila nyepak bola tak berapa nak kena nie! tapi masa tu tak kisah lah sakit pun sakit lah..janji kena habis kan satu game,baru boleh berehat kan? lepas dah habis main,baru lah dok melepak merehat-merehatkan kaki yang dah nak terasa beratnya, nak ngangkat nie! masa main tadi tak hinggat ganasnya acik kan,siap memangkah orang lage tu, berebut bola lah katakan! pastu bila dah abis main baru lah terasa sakitnya..segala sendi macam nak tecabut..haha baru ko tau ye! sakit nya urat ko.. bila tak pernah nya main,tak nya pulak training dulu kan! nasib baik kaki acik tak kejang, kalu kejang apa ke hal lah pulak kan! menjawab..esok dah lah keja ada jugak lah acik MC nie..hihihi..
Tapi bila lepas je semua game abis rerupanya acik punya team kena main lage esok lawan ngan team yg sama-sama menang..waahhh..ini sudah kira malang nie..acik ingat tadi dah tak payah main lage esok..wohh rerupanya kena lage haha..nasib lah ye acik esok kena lah main lage..nak tak nak kan! so bila dah nak balik dalam keta acik dah terasa bisa-bisa urat yang dah mengembang,sampaikan nak kuar dari keta kena lurus kan kaki baru boleh kuar..haha apa cer! amacam esok nak ge koje cam mana nih?tapi kalu aku MC tak leh lah pulak esok petang kan nak kena main lage..so kesudahannya esok kena ge koje le yer! no MC,MC ye..tak dak alasan tak nak ge koje,sape suruh main tak hinggat dunia skang rasa kan lah ye!
So bila dah balik sampai umah mandi,terus tido punya lah penat yang maha tu,sedar-sedar je jam bunyi nak gi koje pulak..dah pagi tu..uhhhhh masa bangun tak osah cherite leh ye,macam tak leh nak gerak kaki ku.waaaaa..camana nie nak ge koje,petang kang ada game lage nie..uhh bangun jugak lah kan..mandi ge koje,masa kat tempat koje nak langkah kaki pun tak larat sampai jalan pun terkangkangkang tu..hahaa padan ngan muka ku..
Bila petang nya tiba,terasa cam nak balik terus je acik masa tu,tapi tak leh nanti tak cukup sorang camana group aku nak main kan..so pegi lage lah main lage tu..aku dengar semua nya tak larat nak sepak bola,tapi kena gak main,nak wat camana kan dah tepaksa tu..lepas je main hari kedua,bila masa main team acik dah tamat masa tu 10x lage lah terasa sakitnya..muka merah padam dah..tahan penat,mengah pulak..tu apa segala macam lah rasa masa tu..pastu bila dah nak balik lage lah terasanya bagai di tusuk sembilu tu urat-urat acik..uhhh..sakitnya..pas nie tobat lah acik tak nak main FUTSAL lage..dah serik dah..bior le main game lain,janji tak sakit urat cam gini..acik dengar next month ada lage game nak main..harap-harap yang tak le penat cam gini..kalu tak acik awal-awal tarik diri lah jawab nya..tak nak dah acik main..nie tah berapa hari lage le nak baiknya urat-urat acik nie nak sembuh sepeti sedia kala..
p/s:moral of the storynya next time kalu nak bersukan sila-sila lah merajinkan diri tuk training dulu ye! kalu tak baik tak osah main je,kalu menyakit kan badan kan..

Wednesday, October 13, 2010

Celebrate Buffday lagi !





Ahhhh..kalu macam nie gemok le aku nampaknya,habis camana tak gemok kalu tetiap bulan nyambut besday kawan-kawan je,makan kek jer tiap-tiap bulan..huhuhu..mana taknya dalam ofc aku ada 15 orang staff,jadi ada kalanya dalam 1 bulan dua orang sekali nyambut besday,so bukan ke aku kena makan kek 2 kali dalam sebulan..pastu mula lah badan macam di pam-pam hahahaa..tak leh jadi nie,next time bila ada je kenkawan seofic sambut besday aku kena jadi tukang tangkap gambor je lah,tak payah makan kek,aku kena nengok je,pastu bage semua orang makan..barulah aku tak jadi belon..