Advertlets

Wednesday, September 8, 2010

Kenangan Masa Kanak-kanak sambut pose dan raya bebeza ngan bebudak sekarang!

 Teringat Zezaman Bebudak Dulu Main Bunga Api Malam Bulan Pose!

Dulu kalu hari raya je lepas pegi sembayang raya je,terus pegi beraya kekadang tu dari pagi sampai ke petang  tak abis beraya lage,yelah nak dapatkan duit raya! bila dah balik umah hari pun dah petang so tibalah masanya nak mengira duit raya masing-masing,dah abis kira tengok siapa yang dapat paling banyak..kalu dapat paling banyak dia kira menang lah..Tapi bila aku nengok bebudak zaman sekarang jauh bezanya dari aku beraya dulu..yelah bebudak zaman skg dah tak pegi beraya keseluruh kampung dah,bebudak sekarang nie beraya kat umah je! rutin yang diorang buat tiap kali tibanya raya lepas balik sembayang raya diorang terus dok depan TV,kekadang tu dari page sampai le ke malam tak berganjak dari depan TV..yelah bila time raya je ada pelbagai cerita yang menarik di tayangkan kat TV,so dia orang pun tak le sebok nak pegi beraya,cuma beraya kat depan TV je..kalu bab duit raya nya pulak bebudak zaman nie dengan senangnya boleh dapat duit raya tanpa besusah-susah pegi kerumah orang tengah-tengah hari buta,coz mak bapak saudara mara yang datang beraya akan memberi duit raya kat diorang,so tak payah lah diorang nak menyusah-yunsahkan diri nak pegi beraya..Tu lah banyak bezanya bebudak zaman dulu dan bebudak zaman sekarang beraya..aku suka betu beraya zaman aku kanak-kanak dulu, aku rasa cukup meriah..tapi nak buat macam mana,masa dah berlalu..meninggal kan kita, nie zaman kita pulak yang kena kuarkan duit raya dari poket sendiri..so setiap kali raya kalu teringgat kan zaman kanak-kanak dulu terasa bestnya yang teramat sangat...tulah dia sedikit sebanyak perbezaan,budak zaman dulu dan bebudak zaman la nie  menyambut raya,tak sama ngan zaman aku dulu,penuh warna warni..tika menyambut Edul-Fitri..adioss

No comments:

Post a Comment