Advertlets

Tuesday, September 14, 2010

Kes Bunuh Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan Rakan-rakannya

http://vanillaespresso22.blogspot.com
Berita di petik dari Harian Metro yang aku baca page tu!
Sejak dari 30hb August hari tu kita digemparkan dengan kes pembuhnuhan trajis Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya,BANTING: Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal, Sosilawati Lawiya, 47, lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.Sumber yang rapat dengan siasatan kes terbabit berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa dikelar di leher sebelum dibakar oleh kumpulan penjenayah terbabit hingga menjadi debu.

“Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Lebih mengerikan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

“Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Sosilawati bersama tiga mangsa lain disahkan dibunuh kejam di ladang persendirian milik suspek utama yang terletak di Sungai Gadung, Tanjung Sepat.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan suspek utama bergelar Datuk berusia 41 terbabit dan adiknya berusia 38 tahun sebelum kedua-dua mereka ditahan di rumah mereka yang terletak di Taman Cempaka, kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.“Setakat ini, polis menemui pisau yang digunakan untuk tujuan pembunuhan terbabit selepas melakukan pemeriksaan rapi di kawasan sungai dan parit berhampiran tapak ladang berkenaan malam Ahad lalu,” kata sumber itu.
Berdasarkan maklumat dikumpul, pisau terbabit dibuang ke dalam sungai bersama abu mayat mangsa bagi menghilangkan bukti jenayah kejam dilakukan.

Berdasarkan petikan yang aku baca dari harian Metro 14 September 2010(selasa)
Masih ada lagi masyarakat kita yang hidup di bumi yang bertamadun ini,sanggup membunuh dek kerana tamakkan wang ringgit..
Kalu nak di ikutkan dengan berita yang di paparkan di dada-dada akhbar sejak kes pembunuhan tersebut,Lelaki yang berstatus datuk serta bergelar peguam tersebut amatlah prihatin pada masayarakt sehingga kan setiap kali ada badan amal yang inging membuat sebarang kebajikan,dia lah orang pertama yang tampil kedepan dengan memberi pelbagai-bagai sumbangan, tetapi itu hanyalah satu penipuan yang dilakukan oleh datuk berkenaan supaya dapat mengaburi mata semua rakyat malaysia..supaya kita semua melihatnya sebagai seorang yang sangat baik dan prihatin pada setiap kebajikan yang di anjurkan.
Tetapi disebalik kebaikannya datuk berkenaan mempunyai pelbagai muslihat jahat yang kita sendiri pun tidak menyangka dia seorang yang berperwatakan manusia tetapi berhati binatang dan sanggup membunuh dengan kejam tanpa ada sedikit perasaan belas kasihan terhadap mangsa-mangsa yang telah dibunuh olehnya.

Aku tahu sebabagai rakyat Malaysia semua berasa sangat sedih diatas apa yang telah terjadi kepada Datuk Sosilawati dan 3 lagi rakan-rakan beliau,  dan semua tentu berasa sangat marah dengan kejadian tersebut, di harap datuk berkenaan mendapat tindakan undang-undang setimpal diatas kejahatan dan perbuatan terkutuk yang telah di lakukan olehnya terhadap Datuk Sosilawati dan 3 lage rakan-rakannya..

Al-Fatihah buat Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 lagi rakan-rakannya, dan ucapan Takziah buat ahli keluarga mereka yang terbabit di harap dapat bersabar dengan ujian dan ketentuan dari Ilahi dan aku sebagai rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan kepada keluarga yang di tinggalkan.. semoga roh mereka semua di cucuri rahmat..Amin....


No comments:

Post a Comment